Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini.

Set Muka Apa Yang Suka Pakai

Saya daripada belajar sehingga sekarang dah anak 3 ni, belum ada lagi set muka yang betul-betul sesuai dengan jiwa raga saya. Saya memang jarang sangat pakai set ni yang ada selalunya facial cleanser dan moisturizer aje. Dah bermacam jenis pencuci dah guna tapi tak nampak hasilnya pun, mungkin guna produk campur-campur atau mungkin juga sebab tak guna satu set. Set muka yang mana bagus yer? Dulu masa sekolah saya guna pencuci Revell buah-buahan tu sebab tengok kawan pakai, main ikut-ikut aja :) bila dah masuk universiti dah pandai ke Watson, Guardian so tengok yang mana rasa berkenan beli. Cleanser jer saya beli, sebab nak buang minyak-minyak dan kekotoran pada muka yang lain-lain tu saya tak pakai. Nasib baik muka ni bukan jenis yang sensitive, kalu tak mahu naik lagi banyak jerawat batu penuh muka sebab bertukar-tukar cleanser hehe :D Pernah juga cuba set muka seperti Tia Emilia dan Sendayu Tinggi tapi takde nampak kesan pun, tak gepu putih melepak pun kulit muka saya ni ke seb

Episod CD: Jom Tengok CD apa yang ada

Saya adalah salah seorang pengguna cloth diapers moden sejak 2 tahun lebih yang lalu ... dah hampir 3 tahun kut, ramai lagi ibubapa lain yang menggunakannya jauh lebih awal daripada saya kerana saya tahu mengenai cd pun melalui satu forum. Apabila ada seorang ibu yang berkongsi cerita tentang pemakaian cd kepada anak-anaknya saya jadi tertarik dan terus mencari maklumat untuk mencubanya juga. Saya pernah juga berangan mat jenin nak jual cd suatu waktu dulu kerana saya tahu ramai yang ingin mencuba dan menambah koleksi cd yang ada (mesti ketagih nak beli bila dah mula menggunakannya...) tapi memikirkan sudah ramai kawan/adik-adik blog shopper yang menjualnya saya batalkan niat. Perkembangan cd juga memberansangkan sekarang kerana terlalu banyak brand yang ada di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan. Blog shopper yang menjualnya juga semakin banyak dan masing-masing tawarkan harga yang murah. Jika tahun lepas ketika survey cd untuk tambah stok, saya boleh dapat harga dalam R

Nak cerita pasal CD

Bismillah Saya jarang atau tidak pernah bercerita tentang CD (Cloth Diapers) sebelum ini di dalam blog walaupun sebenarnya saya adalah pengguna cd tegar. Sekarang memang tiada langsung Dispo Diapers yang dibuang daripada rumah. Ya pernah saya ceritakan tentang cd dalam Episod CD semasa contest yang dianjurkan oleh blogger pada tahun lepas. Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan cd saya cadangkan join contest atau giveaway yang banyak sekarang ni... mana tahu ada rezeki, jika membeli pastikan pemilihan cd yang betul untuk memastikan anda berpuashati dengan pelaburan yang telah dilakukan. Kami beruntung sangat sekarang bukan sebab tinggal di Bukit Beruntung tapi anak ke-3 kami jimat lebih RM500 untuk keperluan diapers. Sekarang Umar sudah 8 bulan, cd yang dipakai inherit daripada Aiesyah dahulu. Sudah cukup sangat cuma bila outing atau balik kampung tu sendat-sendat ler jugak :D Selalunya bila balik kampung kami memang bawak keperluan yang cukup, hehe agak2 tak payah lah nak mendob

Perlu Susukan Bayi Dengan Susu Ibu

Bismillah Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahun jagung pun. Mungkin dahulu saya tidak sedar atau separuh sedar akan kepentingan dan khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Saya menyusu kerana naluri keibuan saya :) ya betul, apabila bayi lahir naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan sendiri bayi kerana ada jalinan kasih sayang yang tidak terungkap ketika itu. Saya menyusukan bayi pertama sambil menitiskan air mata kerana gembira melihat bayi selamat selepas berhempas pulas berjuang :)>- Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada m

Senyap Sunyi ni... apa dah jadi?

Bismillah Dihari minggu begini memang senyap sunyi tiada suara langsung kat blog ni hehe, tambahan pula cuti sempena Hari Raya Cina sampai Selasa, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau bercuti. Kami masih di sini, tidak ke mana-mana, esok lusa belum tahu. Saya bukan tidak ada mood untuk mengupdate blog, jauh sekali... saya selalu melihat mana tahu ada komen-komen yang tersangkut, tetapi tidak ada nampaknya :'( pokok pangkal memang kena update blog sentiasa baru ada yang sudi singgah, yer lah kalu rumah dan penuh sawang siapa nak masuk... hehe :D Hari ini kami sangat gembira di rumah membuat aktiviti bersama-sama, anak-anak mandi bersama-sama abah sementara ibu siapkan sarapan nasi lemak dengan sambal ikan (ikan masak tumis) dan telur rebus. Sekarang ini Umar dan Aiesyah sudah tidur, abah dengan Hakim mungkin sudah terlelap juga agaknya, senyap jer tuh. Seminggu ini saya sibuk menyiapkan 'sesuatu' target untuk mulakan di bulan tiga, bermakna s

Mengapa Sukar Untuk Bersyukur? Renungkan...

Bismillah Adakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa? Padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah anda mengira bahawa berdiri di atas kedua betis itu merupakan suatu yang mudah? Padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kedua betisnya. Adakah anda merasai nikmatnya tidur dengan hanya memejamkan mata? Sementara banyak manusia lain yang tidak dapt melelapkan maa lantaran sakit yang ditanggung dan sebagainya. Pada diri kalian juga terdapat tanda-tada kekuasaan Allah, apakah kalian tidak memperhatikannya? (Surah AdzDzariat:21) Renungkanlah! Betapa besar nikmat pendengaran di mana Allah menjauhkan kita dari ketulian, penglihatan terhindar dari kebutaan, kulit yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan fungsi otak sehingga kita terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah kita ingin menggantikan mata dengan emas sebesar gunung? Inginkah kita menjual pendengaran seharga berlian satu

Kembalikan Jiwaku Yang tenang

Suatu saat dan ketika hati berasa tidak tenang Apakah yang sebenarnya daku fikirkan Akal berserabut dengan segala macam hal duniawi Hati gelisah, fikiran buntu Kadang terasa sebak di dada Apakah sebenarnya yang berlaku Mungkin sudah lama ayat-ayat suci Nya daku tinggalkan Atau mungkin zikir-zikir yang tiada lagi kedengaran Bukan sukar manapun untuk dilakukan Jika tidak dapat setiap waktu, setiap pagi Alhamdulillah Wahai hati yang tenang kembalilah Sucikan jiwaku yang gundah gulana Daku terasa kesepian tanpa rahmat dan lindungan-Mu Ku seru nama Mu dan hayati firman Mu Senang mengucapkan redha dan bersyukur Tapi hakikat menerimanya sukar Bukankah musibah diturunkan mengikut kemampuan Insan Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya Ya ALLAH hanya Engkau tempat mengadu Maha Mengetahui setiap sesuatu Tetapkan Iman daku Semoga sentiasa di dalam landasan Mu Nukilan,

Jom Kita Mulakan Diet Wang

Apa dia diet wang? Seperti juga diet makan, kita bukan tidak makan terus tapi menghadkan kadar pengambilan makanan dengan memilih makanan yang berkhasiat dan perlu sahaja. Matlamat diet makan juga jelas samada untuk mengurangkan berat atau mengawal berat badan ideal mungkin juga peka dengan kesihatan kerana badan ini nak guna lama. Kalau boleh kita mahu hidup sihat tanpa gangguan 'kawan' penyakit yang datang menghimpit apabila meniti usia tua kelak ;) Apakata di tahun ini kita mulakan diet wang juga, sama seperti diet makan kita tidak boleh untuk tidak berbelanja kerana perbelanjaan menampung keperluan hidup. Diet wang cuma perlu dikurangkan atau dihadkan perbelanjaan kepada perkara yang benar-benar perlu sahaja. Bunyi seperti susah kan? tetapi mungkin tidak jika kita mulakan dengan perkara yang mudah terlebih dahulu. Jika dicatatkan aliran wang keluar setiap hari sehingga sebulan, sudah tentu kita tahu ke mana wang kita dibelanjakan paling banyak. Mungkin juga makanan selepa

Jika ke Terengganu, Jangan Lupa Kepok Lekor Tok Beng

Jika orang Terengganu pasti tahu dengan 'keglemeran' Kepok Lekor Kampung Bukit Tok Beng atau nama singkatan Kepok Lekor BTB. Pasti berbaloi-baloi jika anda membelinya walaupun terpaksa beratur hampir sejam semasa peak hours . Kerepok Lekor nya memang berasa ikan habis dan sedap dimakan begitu sahaja! Kepok BTB ini dibentuk bulat dan panjang lebih besar daripada kerepok losong yang diketahui umum. Makan kerepok rebus sewaktu panas sebatang pasti tak cukup.... :) Kami jika balik kampung memang tak lepaskan peluang untuk singgah ke sini, jika taknak beratur buatlah pesanan awal melalui telefon. Mudah sahaja nak cari lokasi Kepok Lekor BTB ni yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng, jalan nak ke Seberang Takir. kedai kerepok ni terletak berhampiran dengan Kedai Air Buah Gelas Besar. Jika tahu lokasi Stadium Sultan Mizan yang runtuh haritu, memang dah dekat sangat dah tu. Teringin nak makan kepok lekor cubalah singgah dan beli di sini, pasti melekat ;;) Jangan pergi lewat petang

Aku, Awan Dania & Feminin!

Bismillah Minggu ni adalah minggu yang sibuk dan memenatkan dengan urusan dan anak yang tidak sihat dan merengek menyebabkan ibu sakit seluruh anggota badan. Semalam selesaikan urusan di KL dengan menaiki tren kerana boleh berehat dan membaca buku yang banyak lagi belum khatam. Kononnya hendak selesa dan berehat di dalam tren yang sudah bertahun tak naik kerana lebih suka drive saja sebelum ini. Ternyata berjalan kaki ke sana ke mari, naik tangga turun tangga lebih penat dari bawak kereta 2-3 jam tanpa henti. Tapi saya gembira kerana boleh habiskan separuh dari buku yang saya bawa :) saya memang mengambil masa lama untuk membaca buku! Hilang penat saya seketika bila melihat sebarisan pelakon Awan Dania tengah shooting di KL Central, sempat lagi tuh snap gambar Scha dan cakap peace :)>-   Selesai urusan jam 3 petang, perut terasa semacam aje sebab belum makan apa2 lagi... saya sangat mengejar masa untuk pulang ke rumah, jadi saya beli roti je untuk makan sementara menunggu tren.

Anakku Ekzema!

Assalamualaikum.. Saya pasti ramai yang tidak tahu bahawa anak dara kesayangan saya (sekarang ni demam :( ) mengalami alahan kulit yang agak teruk ketika bayi. Alhamdulillah sekarang sudah baik dan diharapkan berterusan sehingga Aiesyah besar kelak. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera dalam kehidupan masing-masing. Sekadar berkongsi, anak kedua kami mengalami ekzema semenjak kecil, seingat saya pipi Aiesyah mula merah2 sejak umurnya 1 bulan. Masa mula2 ingatkan ruam susu (org tua2 ckp) rupanya sangkaan kami meleset sebab lepas dah tak menyusu badan, pipi dan badan masih ada kesan merah2 malah semakin teruk. Ekzema boleh berlaku kepada bayi sekiranya ibubapa juga mengalami ekzema, mempunyai asma, lelah atau resdung Ini semua adalah gambar2 koleksi peribadi kami sekeluarga sahaja bukan untuk apa2 testimoni yer... :D Ni semasa Aiesyah 9 bulan, daripada umurnya 1bulan lebih sehingga 9 bulan, kulitnya selalu merah2 paling teruk di pipi seb