Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Penyakit Kudis Buta

ni lah dia rupabentuk hama scarbies tu Saya nak berkongsi dengan anda tentang penyakit kudis buta ini kerana anak saya sedang menghadapinya sekarang, memang kesian sebab kudis buta ini menyebabkan gatal-gatal. Saya cuba mencari seberapa banyak info tentang penyakit kudis buta ini, bagaimana mencegah dan merawatnya. Penyakit Kudis Buta atau Scabies adalah disebabkan oleh sejenis hama Sarcoptes scabie, hama scarbies betina akan masuk ke dalam kulit dan bertelur serta meninggalkan bahan buangannya aka najis. Ini yang menyebabkan alergi dan gatal-gatal pada kulit. Scabies betina ini boleh mengeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula. Hama ni suka tempat yang sejuk, selalunya dia membiak di celah-celah jari, bawah ketiak, siku dan sebagainya. Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan kulit atau menyentuh pakaian atau cadar, bantal,

Ada yang terlepas ke..?

Kenapa la saya suka tengok drama Nur Kasih ni? Setiap malam jumaat mesti nak duk depan tv channel tv3 pukul 8mlm, semalam ada ke yang terleas cerita ni (bagi yang mengikutinya yerr..). Sampai bergaduh jugak lah dengan hakim berebut remote, hehe hakim asyik nak tengok channel cartoon dia aje. Abang pula tak ada semalam pegi kelas motivasi... harap2 dapat lebih motivasi yer bang... biar bergegar dan luar biasa gitu ;-) Semalam tak banyak sangat yang menarik, Katrina pulak sakit... saya dah agak dah.. sebab dia kan selalu ambil ubat kan? Kehidupan Aidil dan Aliya pun ada dugaan juga, Sarah pulak tak habis nak buat cerita dengkis kan sebab Aliya kawin dengan Aidil. Sarah... Sarah... nak kawin dengan orang baik2 macam Aidil dlm citer tu (kat luar harap2 baik juga) tapi hati tak berapa nak baik ni cemana.... Itulah rumahtangga, bukan cinta dan sayang saja yang boleh bawa bahagia, tanggungjawab, pengorbanan semua kena ada. Ambil manfaat dari sudut ang positif yer.. nak tengok? apa susah klik

Comel Lote Collections @ KOSMO

Kosmo 090909 page 36 (click for bigger yer) Sorry la walaupun cerita ni dah agak basi sebab dah lama... tapi saya nak letak juga kat sini... untuk kenang-kenangan. Sempat lagi ambik gambar paper tu cuma belum sempat nak scan jer, pasal scanner aka printer kat rumah ni rosak... huhu. Kalu nak baca versi online, sini yer... Kat sini lah tempat mencurah idea untuk memajukan diri, nampak tak ada 2 keyboard tu? Ada 3 key tercabut dek anak-anak yang rajin, sebab dah tak tahan sakit jari nak menekan r,t dan o tu yang beli external keyboard tu....

Keropok Anyone?

Saya pasti ramai di antara kita ni memang suka makan keropok ikan, terutama yang asli daripada Terengganu. Rasa ikan begitu asli, mmmm rangup pulak tu kembang semangkuk bila digoreng... kitorang ni memang suka makan keropok ni buat macam makanan ringan, makan sambil tengok tv, sambil jalan2 dalm kete tu... duk krup krap krup krap kunyah mende alah ni. Selain tu, sedap tau makan keropok ni bila time berkelah, tak kira lah kat tepi air terjun ke, tepi kolam ke, tepi pantai ke. Anak-anak memang suka benar dengan keropok... jimat sket ibu tak payah susah-susah beli makanan ringan kat luar tu, beli "kepok" dan goreng aje. Selalu saya goreng memang paling kurang 3 bekas termasuk tin biskut yang kosong... tak sampai seminggu dah habis ;-) tengok la ni baru bangun tido da sibuk nak makan kepok Bila balik kampung memang saya akan pastikan kami pergi mencari keropok untuk di bawa balik ke rumah, banyak saya beli paling2 kurang 5kg, tapi selalunya dalam 10-15kg termasuk kiriman kawan2

Kan dah janji...

Laa kan da janji nak update gambar bila dah dapat barang2 nya.. ini lah dia, parcel dah dapat hari Rabu lepas kalu x silap, cuma belum sempat nak tepek kat sini. sorry ye gambar ni terlebih flash huhu Ini CD Happy Heiny's yang dipesan, sebenarnya saya order color navy plain aje, takpe tuan kedai ckp xde stock dan tukar dengan butterfly dot printed ini janji lawa ok la tu. Harga kalu ikut yang printed mahal sket, tapi tokey kasi rega sama aja, maybe sebab rasa bersalah bagi x sama dengan yang saya order, ada note di situ. Apapun terima kasih banyak zureen, saya suka yg corak ni pun cuma nape beza sket ek dengan dulu nyer. Microfiber One Size Insert Ini yang saya cakap insert microfiber One Size tu, cantikkan? Masa baru2 beli gebunya insert ni... Yang kat bawah ni pulak training pant dari Bummies untuk aiesyah, alahai tak sempat nak amik gambar, dia dah try dulu, tu yang amik gambar masa duk pakai .. hehe. Bagus betul training pant ni sebab memang tak bocor walaupun aiesyah pee bany

Open House Lagi...?

Sabtu dan Ahad baru ni ada lagi jemputan rumah terbuka walaupun Syawal sudah pun berakhir.. 2 antara jemputan ini adalah sempena house warming . Sabtu ada 2 undangan, satu di Aman Suria Selayang dan satu di Puchong. Kami cuma sempat ke Selayang sahaja, rumah duplex town house seperti dalam gambar. Agak teruja juga apabila saya sampai di sana sebab rumahnya agak unik. Jika dilihat dari belakang seolah macam 2-storey sahaja, tapi jika di bahagian depan seperti 4-storey (hehe betul ke istilah tu?) pandangan hadapan pandangan di belakang Setiap baris rumah ada 4 level, pintu depan dan gate untuk rumah level G & 1 di bahagian hadapan manakala pintu dan gate untuk rumah level 2 & 3 di bahagian belakang. Kawasan rumah ini asalnya adalah bukit yang dilereng berperingkat, sebab itu bahagian depan dan belakang berbeza. Saya bayangkan rumah di level G & 1 seolah-olah separuh berada di dalam tanah. sebelah kiri tu nampak 4 level, tapi belah kanan nampak 2 level sahaja. Setiap lorong ru

Apa Suke?

Ini kisah tentang Aiesyah si comel yang cerdik itu. Sekarang ni Aiesyah diserang penyakit kudis buta, Hakim baru je ok. Saya tak pasti ini penyakit berjangkit atau tidak? Kisahnya begini; Perbualan antara abah dan aiesyah selepas abah mandikan Aiesyah dan tengah nak letak gel gamat di tempat kudisnya itu; Abah: duk diam abah nak letak ni.. Aiesyah: eee... sakit.. ( mengaduh-ngaduh bunyinya) Abah: Mana ada sakit... tak sakit, geli jer... (konon nak pujuk lah ni) Aiesyah: aaaa... sakit.... aaaaa... geli.... Abah: Haa... Ibu: Tak geli lah.... suka jer.. (menyampuk) Aiesyah: apa suke? (dengan muka mencuka dan muncung sket mulutnya) Ibu: !!!! (itulah sapa suruh menyampuk, anak sakit, buat gurau2 plak hehe)

CLC's Day

Syarat-syarat untuk menyertai Hari Sahabat CLC atau CLC's Day: 1. Terbuka kepada semua Sahabat CLC (jika belum, jadilah Sahabat CLC sekarang (CLC follower) 2. Diskaun 30% untuk semua item yang dijual di CLC! 3. Tertakluk kepada Normal Price for each item, sebarang SALE dan Package Sale tidak digunapakai. Harga tidak termasuk penghantaran. 4. Semua tempahan/booking akan dibatalkan pada hari tersebut 5. Sebarang tempahan/booking tidak akan dilayan, siapa cepat dia dapat. 6. Tertakluk kepada 3 barangan/item sahaja untuk setiap pelanggan. 7. Order dan bayaran MESTI diterima pada hari dan MASA yang ditetapkan sahaja. 8. Menggunakan CLC Order Form dan teruskan dengan bayaran. Please acknowledge after payment has been made, bukti bayaran juga perlu di sertakan. 9. Sila nyatakan nickname Sahabat dalam ruangan Comment - semasa order dibuat. 10. Pengumuman CLC's Day pada hari tersebut sahaja, hint; hari bekerja dan dibuka 8 jam sahaja. 11. Sebarang makluman dan update stock akan dim

Sahabat Appreciation

As a token of appreciation to all SAHABAT CLC, we would like to introduce Sahabat CLC's Day this month and will repeated once in a month. We offer a great discount and we guarantee you will not get the cheapest price offer like that. So don't miss it!

Kemalangan & CD

Bismillahirrahmanirrahimm... Tadi dalam perjalanan ke Cheras saya melihat mayat terbujur kaku - telah ditutup dengan kain, yang kelihatan cuma isi perut dan isi apa-apa ntah bertaburan di atas jalan, saya menjangkakan lelaki itu (sebab ada 2 kasut kerja lelaki color hitam kat situ) digilis lori yang membawa muatan simen - ada lori itu di tepi jalan. Kemalangan menyebabkan 1 line jalan ditutup berhampiran pasar borong selayang itu menyebabkan kesesakan di ke 2-2 arah.. yang peliknya jalan belah sana pun jam juga.. diorang sibuk nak tolong tengok. Memang meremang ngan mengerikan saya tengok - tu belum tengok mayatnya, memang saya tak sanggup! Perkara begini berlaku tanpa diduga, sentiasa berhati-hati ye, ada doa yang boleh diamalkan untuk memelihara diri, antaranya doa dalam Ma'thurat yang bermaksud; "Dengan nama ALLAH yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudharat selama bersama dengan NamaNYA (ALLAH). Dan ALLAH Maha Mendengar dan Mah

Kelas Adobe & diet

Wah... Sesiap yang membaca ni yang tahu lebih awal... Ini adalah banner baru blog CLC setelah bertungkus lumus saya menyiapkannya, hehe bukannya lama sangat pun... Itu yang 2-3 hari ni asyik sibuk aje, sampai anak-anak pun tak terjaga (marah dek abang kan!) buat yang wajib2 aje, yang lain diorang pandai buat sendiri hehe. Bertungkus lumus saya belajar adobe photoshop di BNB . Walaupun dikenakan sedikit bayaran tapi takpe sebab saya kejar ilmunya. Tiba-tiba saya rasa seperti seorang yang pro, macam cepat aje nak siapkan.. hehe pro buat mende yang sama berulang-ulang, padahal banyak lagi yang perlu saya belajar. Dah berapa hari ni tak makan nasi, tak tahu lah kenapa mulut ni macam nak makan mende yang mengarut-ngarut aje, buat kuew-teuw, minum air milo ngan roti pun dah rasa kenyang.. wah kalu macam ni lah gayanya, bole kurus saya. Alat timbang kat rumah ni da rosak pulak anak buat tempat diorang lompat-lompat, so tak tahulah berapa berat sekarang ni, betulke makin kurang atau makin nai

Tips Elak Tekanan (Stress)

Salam semua, Sejak akhir-akhir ini saya memang suka menulis, mungkin disebabkan oleh tekanan dan saya fikir dengan menulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan saya. Owh I'm in stress? Stress atau tekanan adalah terma biologi kepada keadaan kegagalan manusia atau haiwan bertindakbalas dengan normal samada dari segi emosi atau fizikal. Saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan stress yang pernah saya baca sebelum ini. 1. Atur gaya hidup Kaji semua aktiviti harian, tanggungjawab terhadap keluarga, urusan pejabat dan kewajipan lain. Lihat sejauh mana anda mampu menanggung semua itu. Pastikan anda tidak lupa untuk memasukkan peruntukan masa untuk diri sendiri! Aturlah gaya hidup dan jadual harian mengikut kemampuan anda. jangan terlalu memaksa. Jangan sampai hilang kepala! 2. Terima hakikat Wahh ramai ibu-ibu yang merasakan mereka supermoms dapat melakukan semuanya, terimalah hakikat yang anda tidak perlu menjadi orang lain dan berilah peluang kepada diri untuk berehat. 3. Kaw

Kenapa Perlu Menabung?

Bismillahirrahmanirrahim.. Saya bukanlah orang yang sangat arif tentang pengurusan kewangan, tetapi sebagai ibu dan insan yang pernah melalui kesukaran sewaktu dahulu, saya sangat-sangat menggalakkan anda semua menabung demi masa depan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menabung, tetapi jadikan tabiat ini sebagai suatu amalam murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil. Saya percaya ramai di antara kita yang kurang arif atau tidak tahu menguruskan kewangan sendiri termasuk juga saya. Apa yang saya nak kongsi malam ini adalah mengenai tabungan untuk anak-anak atau umumnya memanggil tabungan pendidikan. Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini di tahun 1430H. Pasti ramai ibu bapa yang teruja membilang duit raya anak masing-masing kan? masakan tidak jika duit raya mencecah ribuan ringgit, persoalannya adakah ibubapa menguruskan wang anak-anak dengan baik? Mengikut kajian, masih ramai ibubapa yang belum membuat tabungan untuk anak secara tetap, dengan k

Hakim vs Harith aka Umar

Petang tadi sewaktu saya mencari-cari gambar-gambar lama hakim sewaktu kecil, saya teringat satu cd yang saya burn dipenuhi dengan gambar-gambar hakim, emm memang banyak betul gambar hakim sewaktu kecil. Saya perhatikan iras wajah hakim dan umar hampir sama sahaja. Jika anda tidak percaya cuba tengok gambar ini. hakim umar Mesti ada yang menyangka dua wajah ini milik orang yang sama, sebenarnya inilah wajah 2 beradik yang hampir sama iras wajahnya. Gambar hakim di atas diambil ketika hakim berusia 4 bulan dan gambar umar di bawah ketika usianya 3 bulan. Tidak dinafikan wajah Hakim lebih tembam jika dibandingkan dengan umar kerana hakim dulu dilahirkan dengan berat 4.32kg. Semasa usia hakim 2 bulan beratnya sudah mencecah 6.4kg, sama berat dengan umar ketika 3 bln, umar lahir dengan berat 3.15kg. Gambar di bawah ini pula adalah gambar umar selepas beberapa jam dilahirkan, manakala aiesyah pula selepas sehari dilahirkan. Puas saya mencari gambar hakim tetapi tidak jumpa yang ada cuma har

Masa Ibu Anda

Ini lah masa ibu saya! Saya pernah terbaca satu ruangan blog menceritakan tentang masa ibu.... menjadi satu kepuasan bagi saya apabila saya dapat meluangkan masa mengadap laptop yang dah agak kelabu ni... sbb byk sgt habuk huhu. Tidak kira lah samaada update blog, menulis sesuatu atau meninjau sesuatu yang saya suka, mencari artikel dan sebagainya, asalkan tiada gangguan daripada sesiapa jua terutama anak-anak (sibuk lah diorang nak menempel bila saya mengadap dan nak pegang mouse itu yang tak tahan...) dan juga gangguan cik abang, yang kejap-kejap asyik nak tengok permainan dia yang apa-apa ntah! Mungkin itu adalah masa abah cik abang kut... emm maybe. Satu lagi masa ibu saya ialah shopping...! tengok tu gambar kerusi dengan shopping trolley skali... hehe...wah best betul bila ada masa untuk diri sendiri sambil shopping ataupun sekadar window shopping, memang boleh legakan tension saya. Kalau sekarang ini saya banyak menghabiskan masa di rumah, window shopping thru internet pun ok lah

Kenapa banyak Blog?

Kenapa banyak sangat blog? Mungkin itu soalan yang saya kena jawab. Niat asal untuk menukarkan layout page untuk blog saya yang pertama ummuhakim.blogspot.com tapi memandangkan blog ummuhakim itu menggunakan username yang lain means agak sukar nak kendalikan sekali gus, kena login dan logout berulang, jadi saya ambil keputusan untuk buat blog yang baru menggantikan blog ummuhakim yang lama. Lagipun saya begitu seronok melihat page baru ini dengan warna hijau yang lebih segar berkonsepkan garden. Yang lama tu sangat simple, maklumlah waktu tu baru belajar nak buat blog terkial-kial juga... :-) Isian yang berilmu dari blog ummuhakim yang lama akan dimasukkan ke sini beransur-ansur. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan nikmat kesihatan yang berterusan supaya sentiasa dapat beribadah kepada-Nya. (Sebab sekarang ini saya telah merasa nikmat kesihatan yang agak kurang, tak berapa nak sihat)

Tanggungjawab Para Pendidik

Hari ni saya mengulangkaji sedikit buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam nukilan Abdullah Nasih Ulwan mengenai bab Tanggungjawab para Pendidik. Saya memang suka membelek buku ini kerana banyak panduan diberikan kepada ibu bapa seperti saya yang sangat kurang ilmu. Menjadi seorang pendidik bukanlah senang, tanggungjawab yang sangat besar perlu dipikul tidak kira anda sebagai pendidik di mana pun jua termasuk guru taska, tadika, sekolah, ipt dan juga sebagai ibu bapa. Antara petikan; Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya: ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ilmuan dan jauhkanlah mereka dari bercampur dengan irang-orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang yang paling buruk kelakuannya, hormatilah mereka di hadapan

2 Pencapaian

Semalam 16/10/09, dah terlewat... sepatut ditulis semalam, baby umar dah mendapat 2 pencapaian yang memberansangkan. Umur baby Umar semalam genap 4 bulan dan baby umar dah dapat meniarap dengan sendirinya. Begitu bersusah payah dia berusaha untuk mendapat kedudukan seperti di dalam gambar... Pencapaian yang ke-2 adalah mmbboooooooooooo..mmmbbooooooo aksi penyemburan air liur sehingga terpercik ke muka ibu, seolah-olah umar menyebut ibu..ibu cuma dalam gayanya sendiri. Memang excited sungguh dia melakukan kedua-dua aksi ini tanpa jemu. Saya masih teringat sahabat saya sewaktu sekolah dulu, sahabat saya ni mempunyai adik kembar yang salah seorang daripadanya mempunyai masalah pendengaran akibat terjatuh ketika di dalam walker. Akibat daripada itu sahabat saya dan keluarga perlu mnghantar adiknya ke sekolah anak-anak istimewa. Semasa saya ke rumahnya suatu ketika dahulu, sahabat saya sentiasa mengajarkan adiknya untuk bertutuur dengan menepuk di bawah dagu anak itu sambil minta matanya

Koleksi Oktober 2009

Untuk koleksi bulan ini saya memilih koleksi jeans dan tee untuk si comel kita. almaklumlah bukan senang nak mendapatkan jeans yang berkualiti dengan harga yang murah sekarang. Saya sendiri mempunyai 2 anak lelaki, si kecik umar mungkin tak applicable for this situation tapi si hakim 4thn 5bln mmg sgt applicable. Semua koleksi jeans yang ada di Comel Lote Collection atau singkatan disebut CLC mulai hari ini mempunyai adjustable waistband.So memang senang untuk dipadankan dengan anak-anak yang mungkin agak agak kurus. Jeans LEVI's dan GUESS antara koleksi yang terbaru, semua jeans mempunyai snap button(walaupun designnya spt butang yang berlubangkan?) dan zip.

Cadangan & Komen

Saya mengharapkan komen dan cadangan yang membina daripada sahabat semua. Sila email sebarang idea ke comellote.corner@gmail.com Kepuasan Anda Keprihatinan Kami di Comel Lote Collections

Berkongsi Aktiviti

Salam, Saya baru sahaja siapkan template baru additional to Comel Lote Collections blog shop untuk berkongsi dengan anda semua dan sahabat-sahabat saya aktiviti serta apa yang terbaru di blogshop comellote. Harap dapat berkongsi dengan anda semua dan anda mendapat maklumat yang tepat. Salam comellote.