Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Seminar Ajar Anak Cepat Membaca Menggunakan Kaedah Fonik

Pagi-pagi ibu menerima pesanan di aplikasi WhatsApp daripada ibubapa prihatin yang mahu mengajar anak membaca di awal usia. Alhamdulillah ibu teruja mendengarnya. Anak kecil perlu diberi pendedahan awal agar minat membaca terbit dalam diri anak. Bagaimana untuk mulakan langkah? Bagaimana untuk mengajar anak membaca seawal usia? Seminar ajar anak cepat membaca menggunakan kaedah fonik. InsyaaAllah ada jawapannya. Satu platform yang baik untuk mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang sesuai. Sesuai dihadiri semua ibubapa, guru, individu yang mahu mempelajari kaedah yang sesuai untuk anak kecil cepat membaca.  Saya sarankan kepada tuan dan puan yang pernah membeli buku daripada saya supaya hadir seminar ini. Apabila membeli buku Set Bacalah Anakku atau Set Read Easy, buku dan vcd panduan mengajar diberikan percuma. Namun belajar secara bersemuka dengan penulis buku adalah lebih mudah difahami. Peluang bersemuka dengan Puan Nik Eliani memang tidak harus ibu lep

Bermula Dengan Blog Picisan

Bismillah Alhamdulillah Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan hari ini. Jauh lebih baik dari semalam. Rasa sihat dan segar. Tiada lagi pening kepala, sakit perut, sakit badan. Alhamdulillah. Banyak perkara yang berlaku pada 3 hari cuti sempena hari kemerdekaan yang lepas. Kakak datang ke rumah dari kampung. Seronok anak-anak bukan main lagi bila bersama sepupu mereka. Hari Ahad kami berjalan ke Bukit Fraser, menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas bukit. Menghantar anak ke sekolah pada Isnin dan tidak sihat pada Selasa. Memandangkan hari ini adalah hari saya meneruskan cabaran 44 hari selepas 4 hari berehat (lama tu), saya mulakan dengan perkongsian penulisan blog. Saya suka menulis sejak berada di universiti. Apa yang ada dalam kepala saya luahkan di dalam diari. Sekarang diari itu masih tersimpan dalam kotak yang sudah keluar kutu buku. Tersimpan rapi dan tidak pernah dibelek lagi. Pada 2009 saya mula berjinak dengan bisnes online dan membina sa