Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah 27.11.10 @ 20 Zulhijjah 1431

Sejarah hanya berlaku sekali dalam seumur hidup dan akan dikenang sampai bila-bila. Hari ini bakal menjadi sejarah bagi anak teruna ibu yang sulong ini kerana bakal dikhitankan bersama-sama lebih 150 yang lain. Ibu fikir untuk masukkan nama Hakim dalam senarai peserta yang dikhitankan hari ini beramai-ramai supaya Hakim akan ingat ini sebagai sejarah dalam hidupnya. Biarlah hari ini menjadi antara hari yang istimewa baginya. Muhammad Amirul Hakim, anak ibu yang berani dan cekal, semasa entri ini ditulis, jam 6.00 pagi Hakim telahpun bangun dan sudah siap mandi. Sungguh teruja dia hari ini tidak pernah ada dalam sejarah Hakim mandi jam 6 pagi sebelum ini. Harapnya keterujaan sampai masa berkhatan nanti. Disebabkan perserta diminta untuk berpakaian baju melayu lengkap, maka kami semua sedondon hari ni seperti beraya lagaknya. Dan tempat ini bakal menyaksikan sejarah berlaku. Mungkin juga disiarkan di media, anak bujang ibu mungkin antara paling kecil sebab peserta dibuka da

Benteng Pertahanan dan Serangan Kewangan

Sesiap yang pernah membaca Buku Jutawan dari Planet Jupiter tulisan Azizi Ali? Ibu tertarik dengan istilah pertahanan dan serangan yang digunakan oleh penulis dalam buku tersebut berkaitan pengurusan kewangan. Dalam pengurusan kewangan terdapat 2 benteng yang sangat penting seperti kita berperang juga: pertahanan dan serangan. Pertahanan sangat penting untuk mengelakkan sebarang kebocoran berlaku, dan serangan untuk menambah baik kebocoran yang ada. Sekiranya kebocoran tidak dielak, maka jenuh lah kita asyik menambah baik sahaja. Buat baik pulih macamana pun tidak akan habis jika kebocoran sering saja berlaku. Kebocoran yang berlaku, picture from google Pertahanan mengawal aliran wang keluar dengan pantas dan deras dan bimbang melebihi wang yang masuk. Seringkali ramai antara kita yang melakukan aktiviti serangan seperti melabur, menambah pendapatan dan sebagainya tetapi jika pertahanan tidak dijaga, maka serangan bertubi pun tidak berguna. Bagaikan anggota tentera di medan p

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Facebook, Blog atau Twiter

Anda ada facebook? Twiter? Atau blog? Gunakan sebaik mungkin untuk jana pendapatan sampingan menerusi kaedah tersebut.   Image dari sini Caranya sangat senang, tanpa sebarang modal. Anda cuma perlu mendaftarkan diri menjadi agent CLC (Agent Comel Lote Collections). Anda mestilah serius untuk menjana pendapatan sampingan. Caranya cukup senang, anda tak perlu keluarkan duit modal untuk belian stock gunakan stock yang ada pada kami sahaja, anda cuma perlu war-warkan di FB, blog atau menerusi Twiter sahaja. Berminat sila email butiran berikut kepada kami; Nama: Alamat: No. Telefon: Cara pemasaran: Nama Blog: Link Facebook Link Twiter: No. Akaun (Maybank atau CIMB): Anda perlu mendaftar menjadi agent CLC dengan syarat yang minimum dan wang pendaftaran RM20 dikenakan sebagai komitmen anda. Selepas ditapis kami akan berikan anda kod agent untuk sebarang order/tempahan pelanggan. Detail produk akan kami emailkan kepada agent-agent. Komisen dari 10% - 20% akan diberikan berga

Passport: Gambar kena Reject

Cerita 2 minggu lepas tak sempat nak cerita, tapi nak kongsi juga hari ni :) Kami plan nak buat passport anak beranak, jadi sehari sebelum ke Pejabat Imigresen, kami semua ke kedai gambar berdekatan untuk ambil gambar passport dengan kos RM15 untuk 8 keping gambar. Sampai di kedai gambar jam 8.30 malam kedai pun dah nak tutup tapi staff kat situ setuju untuk snap dan collect esok pagi. Cara staff ambil gambar macam kitorang ambil gambar suka suki di rumah sahaja. Anak duduk di kerusi dan staff ambil gambar sambil berdiri dengan camera digital biasa sahaja (memang begitu kah?) Esoknya kami datang, dan ibu sedikit tidak puas hati dengan gambar ibu yang agak gelap, latar biru muda jadi biru gelap dan gambar Umar yang matanya memandang ke atas. Ibu minta staff cek 2 gambar yang diorang snap Umar semalam (masa snap tu pun ibu agak tidak puas hati sebab kedudukan mata umar tidak betul-betul mengadap kamera) ibu dah minta diorang snap lagi sekali, tapi dia cakap ok dah yang tadi kak.

Sambutan IdulAdha dan Doa Selamat Bersama Anak-Anak Yatim

CRAYON Team mengajak semua ke Sambutan Hari Raya IdulAdha dan doa selamat bersama anak-anak yatim Asrama Damai, Kuang, Selangor. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Pnut

Eid Mubarak 1431H

Sekarang jam sudah 10.02 pagi, abah ke surau berdekatan 4 ekor lembu akan dikorbankan hari ini, hakim dan aiesyah juga turut sama nak tengok orang potong lembu kata mereka. Sementara Umar tidur, ibu boleh mengadap sekejap. Menu hari ini nasi minyak dengan gulai ayam dan acar timun campur nenas, sambal lupa nak buat... boleh? Gigih ibu bangun jam 2 pagi siapkan gulai dan acar, duk fikir apa lagi nak buat, lupa pasal sambal... pagi ni masa makan baru perasan sambal lada tak ada. Selamat Hari Raya Qurban pada anda semua, jika di kampung hari raya haji ni meriahnye lain berbanding raya Idulfitri mungkin sebab ibadah korban itu sendiri, jadi 3 hari beraya setiap hari ada sahaja yang berkorban. Jika di negara Kemboja misalnya, mereka hanya dapat makan daging sekali setahun sahaja di hari raya qurban ini, ibadah qurban di kemboja juga lebih murah jika hendak dibandingkan dengan di sini mungkin kerana lembu lebih murah di sana. Abang ipar ibu kali kedua beraya di Kemboja tahun ini m

Anak 5 Tahun Yang Dah Nak Bersunat

Salam di petang Isnin, semoga semuanya sihat dan sejahtera hari ini. Bagi yang berpuasa hari ini ibu nak ucapkan tahniah banyak ganjaran pahala bagi yang berpuasa di bulan haji ni. Ada tak ibu di sini yang sudah sunatkan anak mereka yang belum bersekolah? Jika di Malaysia ini biasanya anak lelaki akan disunatkan bila telah bersekolah, ada juga ibubapa yang buat majlis berkhatan semasa usia anak hendak menginjak ke 13 tahun. Berlainan dengan sekarang, ramai ibubapa yang telah menyunatkan anak mereka sejak kecil lagi, proses menjadi lebih mudah. Jika di negara Arab rasanya ini suatu kebiasaan kut sebab Ustaz semasa ibu sekolah dulu pernah cerita yang anak lelaki mereka akan disunatkan ketika masih bayi lagi. Bersunat atau berkhitan ini adalah proses membuang lebihan kulit di kemaluan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Anak sulong ibu si Hakim ini dari minggu lepas desak hendak bersunat, ibu cakap tunggu habis sekolah dan selesai majlis Ihtifal (semalam). Pagi tadi bangun dari tid

Be Part of ChurpChurp Today!

Pernah tengok icon cute ni... Ini icon bagi ChurpChurp satu komuniti baru adik beradik sepupu sepapat dengan Nuffnang. Sekarang ini setiap orang boleh dikatakan mempunyai akaun dengan Facebook atau Twiter atau keduanya sekali. Jika dah ada 2 akaun ini elok ditambah 1 akaun lagi dengan ChurpChurp. Kenapa ChurpChurp? Dapat ramai kawan, siapa yang suka tinggal dalam gua? Sila angkat jari.... sure taknaknya sebab dalam gua kita duk sorang mati kutu dibuatnya, kalau gua Ahmad Albab tu lain lah kan Bila ramai kawan senang kita nak sebarkan maklumat, tentang apa sahaja tapi mestilah yang baik-baik jer. Sekali Churp jer semua kawan-kawan kita tahu yang kita nak belanja makan, sekali Churp jer semua kawan-kawan akan datang punya. Tapi jangan ingat kawan dalam alam maya jer, jiran sebelah-sebelah pun kenalah jemput sama, ajak diorang join ChurpChurp! Bila dah ada ramai kawan, senanglah kita nak beraktiviti seperti yang telah dijalankan oleh ChurpChurp sebelum ini, main layang-layan

Peraturan Bila Anak Bermain Playground

Malam tadi, ibu ajak abah ke Mydin sebab nak cari sedikit barang keperluan termasuk barang ini.... Perjalanan balik kami singgah ke satu restoran yang agak besar di sini, makanan boleh tahan dan ada mini playground untuk anak-anak bermain. Bila namanya anak-anak, nampak sahaja playground mesti nak main. Sebab ramai anak-anak yang sedang bermain (dalam 3-4 macam tu) jadi Hakim dan Aiesyah terpaksa menunggu giliran mereka bermain di satu sudut. Anak-anak ibu bukan jenis yang suka berebut untuk dapatkan sesuatu yang bukan hak mereka (kecuali lah jika barang mainan mereka dirampas) masih malu-malu di situ. Permainan yang ada cuma 2 buaian kecil yang sesuai untuk 1- 4 tahun dan 1 jongkang-jongkit plastik, kami beritahu Hakim untuk tidak bermain sebab dia sudah besar dan hanya sesuai untuk Aiesyah dan yang sebaya dengannya. Alhamdulillah Hakim faham dan tidak bermain pun cuma menemani Aiesyah mendapatkan giliran bermain. Ibubapa kepada 2 orang anak kecil yang tengah bermain buaian pu

Serabut ke Jika Macam Ni?

Mesti lah perasan background dan warna bertukar di blog ibu ni, sebenarnya ibu nak bagi nampak ceria sikit blog ini. Tapi bila lihat ibu nampak serabut pun ada dengan corak background macam ni..... jika anda rasa serabut sila beritahu dan ibu akan tukar dengan serta merta kepada warna plain tanpa corak. Ibu sangat suka color purple, dan pink dan blue, dan purple dan pink dan blue :-) Bila tengok blog orang lain punya lah lawa, menarik susun aturnya, macamana nak bagi nampak menarik dan teratur blog ini? Ada widget yang perlu ibu buang atau ringkaskan supaya nampak lebih simple dan menarik. Ada cadangan?

Banyak Rupanya Produk Olay Total Effect

Ibu ni agak ketinggalan keretapi jika bercakap bab kecantikan seperti ini, ibu pernah tengok iklan Total Effect dalam TV tapi ibu tak tahu pula rupanya Total Effect ni saja punya banyak produk. Serious ibu ingat Total Effect 7-in-1 Anti Ageing ada satu produk ini jer Pernah masa ibu ke pharmacy beberapa bulan dahulu ada Total Effect Facial Cleanser, cari toner tak ada lah pulak.  Sebab banyak baca review positif tentang Olay Total Effect ni ibu teringin juga nak pakai disebabkan set skincare ibu telah habis beberapa minggu nan lalu dan sekarang ini ibu skincareless..... Bila tengok produk apa yang sesuai untuk kulit ibu yang normal biasa-biasa saja ni, owh banyak rupanya... ada jenis Normal, ada Gentle, ada yang sekali dengan SPF, faudation pun ada pendek kata macam-macam jenis. Pada yang telah guna produk Olay Total Effect ini silalah beri cadangan yang mana sesuai dan patut ibu gunakan. Pada yang nak tengok produk baru atau nak jengah apa yang menarik dari Olay Tota

Cerita Dahulu Kala : Kisah Banjir di Kampung Saya Part I

Bila tiba musim tengkujuh, hati berbunga riang tidak sabar menunggu air pasang. Bila melihat air sungai mengalir ke arah bertentangan, itu bermakna paras air akan naik dan tidak lama lagi akan bah (banjir). Biasanya waktu ini air sungai akan bertukar menjadi sedikit keruh. Bila air sudah melepasi tebing sungai/alur, kami sudah siap sedia menerima kehadiran air bah, selipar dan kasut akan dikutip letak di atas beranda, ayam dimasukkan dalam reban yang tingginya hampir 2 meter (lebih tinggi dari tiang rumah kami). itik dan angsa dibiarkan sahaja kerana depa boleh berenang. Waktu ini ayah akan pastikan bekalan makanan mencukupi terutama makanan asas seperti beras, gula, gandum, garam minyak masak dan tidak dilupakan gas memasak, 2 tong akan berisi penuh. Makanan lain seperti roti, biskut juga penuh dalam balang. Bila paras air semakin naik, ayah dan warga kampung akan membawa keluar motokar dan kereta untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi dan selamat. Tidak dilupakan binatan

Rezeki Tergolek

Bila ibu buat entry pasal rezeki tergolek mesti ingat ibu dapat duit segera atau rezeki yang dapat sekelip mata, kalau lah dapat macam tu memang ibu pun akan tergolek kut Ini kira rezeki tergolek juga sebab rezeki datang tanpa disangka.... baca cerita dulu Beberapa minggu lepas dalam perjalan balik dari tempat kerja (booth) hakim request nak ke KFC (sebenarnya dia maksudkan Mc Donald, 2-2 pun dipanggil KFC) Hakim cakap,"Jom la kita ke KFC, kan haritu masa pegi dia cakap suh datang lagi" (Cashier biasanya akan cakap, terima kasih, datang lagi bila bagi duit baki, kan?) Ok, memang dah lama pun tak ke sana, jadi kami buat keputusan ke Mc Donald, beli dan makan di rumah. Banyak juga kami order malam tu, aiskrim kon Vanilla untuk kami berempat, Umar kongsi jer, kecik lagi, Mc Chicken, Big Mag, Fillet O Fish dan Bubur Nasi. Bila dah dapat semua, macam biasa cashier akan cakap "Terima kasih, datang lagi" dan Hakim senyum sambil jawab "nanti kami datang lagi,

Peningkatan Jenayah di Kalangan Remaja berkait terus dengan Keluarga

Hari ini bila ibu baca tentang jenayah remaja, banyak pihak yang mengaitkan secara langsung dengan institusi keluarga yang sudah hilang fungsi ( dysfunctional families) Konflik dalam keluarga, perceraian, tekanan, pengangguran, semuanya boleh menyebabkan kegagalan sebuah keluarga. Sekiranya ikatan kasih-sayang kuat di kalangan ahli keluarga, setiap ahli akan merasa diperlukan dan tidak akan keluar dari ikatan itu, bonding . Anak-anak yang kurang perhatian dan kasih sayang ini menunjukkan sikap agresif yang luar biasa seawal usia 5 atau 6 tahun. Ada kajian yang menunjukkan anak yang tersisih dari perhatian bapa juga terdorong untuk melakukan jenayah. Dalam satu institusi keluarga, peranan ibu dan bapa sama pentingnya, ibu mengajar anak-anak untuk menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan, belaian dan kelembutan ibu sudah tentu membuatkan anak-anak (juga bapa) sentiasa ingin berdampingan dengannya, bapa mengajar anak-anak kepatuhan atau dengan kata lain mengawal, dan audit segala b

Sarapan Mudah dan Ringkas Bagi Ibu yang Sibuk

Waktu pagi adalah waktu paling genting bagi ibu bekerja, walaupun banyak perkara yang perlu diuruskan, sarapan jangan dilupakan. Sarapan waktu pagi boleh mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Ini antara resepi sarapan pagi yang ibu selalu buat di rumah ini, ringkas tetapi tetap mengenyangkan dan menarik hati anak-anak untuk makan sebelum keluar ke sekolah/taska. 1. Scrambled Egg Dengan roti Picture hasil Google Buat scrambled egg, sapukan roti dengan sedikir mentega, letak scrambled egg kat dalam dan tabur sedikit lada sulah/lada hitam, letak sos, mayonis, cheese jika perlu. Sudah siap! 2. Frankfurter Bakar Dengan Roti Bakar frankfurter dalam oven atau bakar atas pan sekejap dengan butter. Letakkan atas roti, letak sos dan mayonis, juga cheese jika mahu. 3. Sandwich Asingkan isi ikan sardin dengan kuahnya, hancurkan isi masak sekejap dalam kuali, letak sedikit garam dan perahan asam limau, letak hirisan cili jika mahu. Sapu roti dengan butter, letak sardin dan po

Pendapatan Terumpuk Nuffnang

Anda tahu ke apa dia pendapatan terumpuk? Ibu pun baru tahu selepas belajar daripada cikgu Nuffnang. Ibu ke yang baru perasan sebenarnya boleh pilih bahasa di dalam blog Nuffnang Ibu alih bahasa ke Bahasa Malaysia dan lihat Buffered Earning telah bertukar kepada Pendapatan Terumpuk . Satu istilah baru yang ibu belajar, terumpuk. Nasib baik ada Nuffnang kalau tidak tahu apa yang hendak diterjemahkan Buffered itu. Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana hari ini bertambah lagi 2 pendapatan terumpuk ibu menjadikan jumlahnya kepada 6. Juga kepada penaja-penaja Cornetto, Dutch lady, Era.FM dan terbaru Olay! Walaupun sekarang ini ibu jarang update new entry kadang 2 hari sekali, tapi tetap ada penaja yang sudi siarkan iklan di blog-blog ibu, terima kasih banyak. Nampaknya lepas ni kena rajin lebih lagi. Pendapatan Nuffnang adalah pendapatan sampingan ibu melalui blog, tidak lar beriya sangat sampai nak kena ada pelawat sampai beribu di sini, cuma apa yang ibu harapkan pengunjung m

Penginapan Selesa di Besut, Terengganu

Cuti sekolah tidak berapa lama lagi, nak bercuti ke mana cuti hujung tahun ini? Jika merancang hendak jalan-jalan ke pantai timur Kelantan dan Terengganu ibu boleh cadangkan tempat penginapan yang sangat selesa di Besut Terengganu. Rumah 5 bilik ini sangat sesuai dijadikan tempat berehat dan berkumpul terutama jika anda bercuti bersama keluarga yang besar. Bila bilangan keluarga besar, katakan dalam 10 orang, sekurang-kurangnya 3 bilik hotel atau chalet yang perlu ditempah, tapi jika homestay ini, InsyaAllah boleh tinggal dengan selesa. Setakat 10 orang tidak jadi masalah, pernah rombongan satu bas menginap pun masih ok. Lokasi yang terletak di Besut, antara Kuala Terengganu dan Kota Bharu sangat sesuai jika mahu berjalan kedua-dua negeri ini. Tempat yang biasanya dilawati bila ke Terengganu adalah Pasar Payang, Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Muzium Losong, Nor Alfa Batik dan tidak lupa air terjun Sekayu atau Lata Tembakah, Pantai Penarik dan menikmati ikan dan sotong ce

Crocs Cyprus

Petang-petang begini mendung pulak tu memang seronok bila dapat menikmati cekodok bawang, sekelip mata jer sudah habis Ibu beli crocs Cyprus ini sebelum raya haritu, konon nak bergaya dengan wedges bertumit tapi sebab tidak pernah pakai kasut tumit lebih dari 1 inci menyebabkan ibu rasa kurang selesa dan akhirnya Cyprus ini tersadai di rak kasut tidak berusik. Picture taken from crocs.com.my Nampaknya ibu lebih selesa mengenakan Patricia bila keluar mana-mana. Daripada tersadai di situ ibu ingat nak jual jika ada yang berminat. Jika di butik crocs harga Cyprus baru mencecah RM200, ibu nak letgo hanya RM100 termasuk kos pos. Ini gambar sebenar siap dengan kotak lagi, memang macam baru (ibu gerenti) ibu dah lap dan simpan elok-elok. Saiz W7. Jika tengok real lebih menarik, tadi ambil gambar dalam bilik yang agak suram cahaya itu pasal nampak macam tu. Berminat email ibu di comellote.corner@gmail.com Patricia ini telah hampir 2 tahun usianya tapi masih elok dan sangat selesa m