Hari ni ibu nak kongsi pasal breastpump yang ibu guna ie Avent manual pump ni. Breastpump (BP) ini ibu beli semasa Aiesyah 2 bulan, baru start keje masa tu kebetulan ada yang nak jual masih baru lagi jadi ibu beli dengan harga RM110. Beberapa hari lepas masa tengah seronok mengepam tiba-tiba... bub! star valve ni tercabut, kena buka betulkan dan pam semula, sekali jadi lagi..... memang sangat menguji bila tengah seronok mengepam, star valve ni tercabut. Untuk elakkan berulang ibu cuba juga pam dengan agak perlahan, hilang skill dah nak pam guna tangan. ( dulu masa Hakim guna tangan ajer sampai 5-6 bulan ) Rupanya ini common problem yang berlaku pada Avent Manual Pump ni bila dah lama guna, masa survey kedai online yang jual star valve ni, terjumpa blog Aishah yang beritahu better gantikan Avent white star valve dengan Avent BP valve. So semalam dah beli kat KS online dengan harga RM19.90 dan harapnya terima hari ini. BP suatu yang sangat penting bila ibu-ibu ber...