Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kesihatan

6 Kebaikan Mandi sebelum Subuh

Sebelum ini ibu pernah kongsikan di sini Tips Menjaga Kesihatan Diri Mengikut Cara Rasulullah SAW . Antaranya ialah bangun awal sebelum Subuh, dan menunaikan Solat Subuh di masjid berjemaah. Tentulah ada kebaikan kenapa kena bangun awal pagi dan bersihkan diri sebelum Subuh. Mari kita lihat kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah : 1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, ...

Menjaga Kesihatan Diri Ikut Cara Rasulullah

Air Zam-Zam Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat 1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim) 3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada ti...

Tanda-Tanda Awal Kanser

Perlu ambil tahu tanda-tanda awal supaya mudah dikesan terutama untuk diri sendiri atau keluarga terdekat. maklumat ini ibu dapat dari akhbar Harian Metro, Jumaat 18 Februari 2011. 1. Kanser pangkal rahim Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersama suami dan turun berat badan 2. Kanser Payudara Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada 3. Kanser Usus Besar Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 4. Kanser Paru-Paru Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan 5. Kanser Perut Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenayng walaupun makan sedikit. 6. Kanser Limpa Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdom...