Malam ini 1 Rejab, bermakna kurang 1 hari 2 bulan, kita akan menempuh Ramadhan yang mulia. Bulan yang dinanti setiap tahun. Ibu berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini sekali lagi. Sedikit perkongsian untuk santapan dari cerita yang ibu dengar di slot Mukmin Profesional di IKIM bersama Yang Berbahagia Ustaz Pahrol Juoi. Mengisahkan tentang seorang suami yang pulang ke rumah lalu diberikan tembikai yang dibeli di pasar kepada isterinya. Isteri marah-marah selepas memotong tembikai kerana rasanya yang tawar.... Si suami menasihati isterinya dengan penuh hikmah; Tembikai ini ditanam oleh petani yang mahukan hasil buah tembikai yang manis-manis. Pemborong datang ke kebun petani memborong buah tembikai yang manis-manis sahaja buahnya. Peniaga membeli buah tembikai yang manis-manis sahaja daripada pemborong Lalu saya membeli sebiji buah tembikai yang manis untuk dibawa pulang daripada peniaga tersebut Sekarang selepas memotongnya ...