Skip to main content

Breast Milk is The Best Milk

Alhamdulillah sangat bersyukur kerana dapat menyusukan anak-anak sedari awal kelahiran mereka

Ibu tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk menyusukan anak-anak seawal usia mereka tapi yang pasti bonda ibu sangat menitikberatkan penyusuan susu ibu. Sebelum bayi dilahirkan lagi bonda sentiasa nasihatkan ibu supaya membuat urutan sendiri untuk memastikan penghasilan susu yang diperlukan oleh bayi ibu kelak. Ibu sendiri menyusu penuh dengan bonda lebih dari 2 tahun

Seingat ibu, seawal kandungan 7/8 bulan macam tu ibu memang pastikan ada air yang keluar bila membuat urutan, Alhamdulillah ini persediaan pertama ibu dalam menyusukan bayi seawal usia mereka. Selepas selesai kelahiran bayi yang sudah di azan dan dibersihkan diletakkan di sebelah ibu dan ibu belajar menyusukan bayi pertama di dalam labour room pada 03 Mei 2005 selepas 30 minit hakim melihat dunia.

Ibu percaya setiap yang semulajadi datang dengan semulajadi, it comes naturally. Bayi anda tidak perlu diajar mereka pandai menyusu dengan sendirinya. Secara jujurnya ibu tidak faham sangat tentang kesedaran betapa pentingnya menyusukan anak dengan susu ibu, tapi ibu percaya anak perlukan susu ibunya sendiri. Bukan sahaja manusia, haiwan juga sama kan. Setiap yang Allah jadikan ada petunjuk kepada kita manusia. Seperti bagaimana Allah mengajarkan Qabil kebumikan mayat Habil dengan menurunkan 2 ekor burung gagak. Tidaklah bermaksud untuk samakan manusia dengan haiwan tapi itu adalah petunjuk.

Sudah naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan bayi sendiri walaupun tidak tahu ada susu atau tidak yang keluar, tapi itulah dakapan dan pelukan yang paling bermakna buat ibu apabila dapat melihat, menyentuh, dan merasa bayi yang berada dalam rahim ibu lebih dari sembilan bulan. Hakim ibu kandungkan 42 minggu, Aiesyah dan Umar 40 minggu. Mungkin sebab tu hakim terlebih manja dengan ibu kut

Hakim ketika usia 4 bulan, berat ~ 8kg

Ibu hanya mampu susukan hakim sepenuhnya dalam 5/6 bulan jer sebab tidak tahu dan tidak belajar bagaimana untuk membuat stok susu. Ibu hanya keluarkan susu (perah) bila terasa sakit dan tidak selesa, itu pun secara sembunyi-sembunyi kerana malu (oh kenapa malu untuk sediakan makanan anak sendiri?) Ramai di kalangan kawan sepejabat masih bujang dan belum mengerti dan ibu tidak pernah melihat rakan pejabat ibu mengepam susu untuk anak mereka. Ibu akui kesilapan ini dan ibu sangat menyesal kerana tidak belajar dari awal, hakim memang anak yang chubby dan sihat.

Hakim ketika 7 bulan

Aiesyah pula sempat merasa susu ibu sepenuhnya lebih kurang abangnya hakim juga, silap ibu kerana mendengar cakap orang yang kurang faham mengatakan bahawa alahan aiesyah akan hilang lepas berhenti minum susu ibu. Uh kenapalah ibu cetek ilmu tiada kesedaran bahawa setiap bayi tidak mungkin (mustahil) untuk alah kepada susu ibunya sendiri. Semangat untuk membuat stok susu anak apabila melihatkan rakan-rakan sepejabat yang lain bersungguh-sungguh menyusukan anak mereka.

Aiesyah ketika usia setahun gemar mengikut gerak abangnya

Umar sedikit beruntung berbanding kakak dan abangnya sebab Umar lahir ketika ibu bergelar ibu bekerja dari rumah. Tiada alasan untuk ibu tidak menyusukan Umar sepenuhnya. Ya memang ibu nekad untuk berikan yang terbaik dan tebus segala kesilapan yang lalu. Sekarang Umar pun sudah lebih setahun, susu ibu bukanlah sumber makanan utamanya. Ibu hanya bekalkan 4oz susu sahaja untuk bekalan Umar di nursery. Jika ibu keluar 5-6 jam maka Umar seolah memahami dan tidak minum susu dalam jangka masa itu. Umar bermain, makan, minum apa sahaja yang diberikan dan dia memang pandai makan!

Pandang lah sini...

Aii... moncongnya....

Bila malam, bukan Umar jer, Aiesyah pun sama nak bermanja, iye memang nak bermanja bukan sebab nak minum susu. Ibu tidak mampu untuk menolak dan berkata tidak kerana aiesyah juga perlukan perhatian dan kasih sayang ibu, yang pasti aiesyah memang anak ibu yang manja maklum lar dia jer ratu hati, yang lain tu hero ibu.

Sebenarnya kakyong tag ibu untuk berkongsikan pengalaman menyusukan anak, ini lah dia kakyong, untuk kenangan ibu juga.

Menyusukan anak bukannya susah tapi bukanlah suatu yang senang. Selamat menyusukan bayi anda dengan susu terbaik di dunia

Comments

  1. heheh, kesah kita ni ade le sedikit persamaan, terutama utk anak 1st... hanya perah bila B sakit.. tak tau pun pasal leh simpan2 susu ni.. pastu kat opis ramai staff lelaki & yg gal ramai lak bujang..

    btw, sonok baca kesah wan aniie ni...

    ReplyDelete
  2. Saya pun kes kurang ilmu pasal BF masa dengan Diha. Tu yg kejap aje budak kecik tu sus badan..adoi,..frust betul!

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    kita belajar dari kesilapan....

    ReplyDelete
  4. Nia,
    Pastikan yg terbaik untuk anak seterusnya nanti yer, ops... anak-anak :D

    ReplyDelete
  5. kisahnya, tajuk tu menceritakan pengalaman wan anie... :)

    saya pun ada pengalaman gak, tp tak reti nak citer mcm wan anie la... ;D

    ReplyDelete
  6. citer lah umi... saya pun nak tahu gak

    dah lama tak dengar cerita umi... dah bape bulan baby? annti kita jengah blog umi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.