Skip to main content

Happy Anniversary

Sekejap saja rasanya hari ni (semalam sebenarnya) adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7. Seolah baru aje majlis akad nikahnya, sekarang kami sudah punya 3 anak :D

Mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga lebih susah dari membinanya, sebuah perkahwinan bukan sekadar cinta dan kasih sayang tapi tanggungjawab, kesabaran, tolak ansur dan saling memahami.


Ibu ingin kongsikan wasiat Umamah bt Harith kepada anak perempuanya yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan seorang raja Yaman. Umamah berkata "Wahai puteriku aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai panduan dan pedoman dalam melayari alam berumahtangga nanti" "10 perkara itu anakku adalah"

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.

5. Sentiasa memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6. Simpan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukankan hatinya.

7. Jagalah waktu makannya dan waktu beristirehat kerana apabila perut lapar akan membuatkan emosi terganggu. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

9. Hendaklah kamu sentiasa menghiasi diri supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.

10. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suamimu akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Pesanan ini ditujukan buat ibu dan semua wanita di luar sana, masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu ibu berbaiki dalam kehidupan berkeluarga ini, ibu ingin terus bersama dalam kasih sayang Allah sehingga akhir hayat kami, InsyaAllah.

Comments

  1. info yang bagus diamalkan oleh para2 isteri semoga kita bahagia selalu..

    ReplyDelete
  2. happy anniversary anie..saya doakan semoga kasih syg antara anie & suami sentiasa bercambah & mekar..juga semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga..amin..

    tq share 10tips berharga

    ReplyDelete
  3. happy anniversary kak wan dan suami..semoga cinta kekal mekar sampai akhir hayat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.