Skip to main content

Kambing Panggang Terbaik Dari Ladang

Anda suka makan kambing? Ibu ni memang tolak batu dan kayu jer kut... semua makan, rugi kalau tak merasa semua makanan yang ada di sekeliling kita ni kecuali yang haram.

Jika di Malaysia memang sukar nak jumpa peniaga jual kambing panggang tepi jalan macam jual sate, jika nak makan kambing panggang kena lah pergi ke restoran yang berkenaan dengan harga yang agak mahal atau buat sendiri. Kambing panggang banyak dijual di Guangzhou dan kebanyakan yang menjualnya adalah peniaga Muslim.



Memang heaven bila dapat merasa kambing panggang di sini, ironinya tidak ada pula masalah sakit kepala atau panas badan bila makan daging kambing ni. Daging yang fresh dibakar dan diletakkan sos semasa proses panggang dilakukan, memang sangat sedap entah spice apa yang diletakkan nampak macam serbuk cili sahaja. Lembut pula dagingnya, jika di Malaysia daging kambing biasanya agak liat sedikit.


Membakar dengan memakai jaket, jika di Malaysia agak kurang tabiat begini, hehe..... 


Ini pulak kambing bakar yang dihidang di Restoran Abdullah, restoran masakan China tapi tetap ada kambing bakar. Walau bagaimana menarik pun hidangan kambing bakar di sini, yang dibeli di tepi jalan tu lagi heaven rasanya.

Next time pergi mesti mau cari lagi, jom siapa nak ikut rasa kambing panggang? :)

Comments

  1. my hubby suka betul daging kambing ni..

    ReplyDelete
  2. saya tak leh nak makan la kambing..huhu..suami suka sngt la..

    anie,tempek la sket2 gambar gi sana..hik3..pandai2 merequest

    ReplyDelete
  3. besar2nya size sate kambing tu.beza dgn sate yg dijual tmpt kita kecil2.kalu lembut dagingnya mesti lg best kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...