Skip to main content

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca


Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik.

Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa.

Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'.

Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tukar-tukar Hakim mula tidak seronok sebab tidak dapat menyebutnya. Masih banyak yang perlu diperbaiki, tidak mengapa masih belum terlambat.

Hendak dijadikan cerita suatu hari ibu bertemu dengan Seelan seorang peniaga buku-buku kanak-kanak yang dikenal sebagai Teknik Mudah Membaca. Ibu pergi bertanya dan mendapat maklumat bagaimana hendak menggunakannya? Teknik yang mudah seperti juga Buku Bacalah Anakku menggunakan teknik fonetik iaitu menyebut bunyi sukukata. Mungkin ini alternatif untuk ibu gunakan kepada anak-anak terutama anak ibu yang sulung.


Ada 5 buku dalam set termasuk 1 buku latihan menulis (digunakan akhir sekali selepas anak sudah boleh membaca). Menurut penjual, jika dilatih setiap hari, anak 3 tahun mampu untuk membaca selepas 3 minggu.




Buku 1

Ibu sungguh tidak sabar, mulakan dengan Buku 1, yang lain ibu sembunyikan :) Caranya 1 hari 1 mukasurat atau 1 hari 1 suku kata.

Ibu mulakan dengan Hakim, a i u walaupun ibu tahu Hakim sudah tahu, satu sessi cuma 1-2 minit sahaja. Anak berada di sebelah kiri ibu. Setiap hari ibu pastikan 5-6 sessi latihan untuk pastikan anak betul-betul boleh mengingat sebutan sukukata yang ditunjukkan.

Misalnya ini ' ba bi bu ' ibu akan sebut dan tunjukkan kemudian minta anak ulang sehingga 8-10 kali cukup dan biarkan anak kembali bermain. Sessi pertama di awal pagi sebaik anak bangun tidur dan sessi terakhir setiap hari sebelum anak tidur.

Teknik seperti ini mengingatkan ibu dengan Teknik Menghafal Al-Quran Al-Huffaz, 1 hari 1 ayat. 1 ayat diulang 40 kali setiap hari dalam 3 atau 4 sessi bacaan. Esok perkenalkan ayat yang baru dan minta pelajar ulang ayat semalam dan hari ini juga 40 kali. InsyaAllah 40 kali baca mudah untuk mengingat.




Buku 2

Alhamdulillah setelah 2 minggu Hakim telah tamat Buku 1 dan Buku 2, ibu sangat gembira Hakim sudah boleh membaca ayat yang mudah seperti 'saya suka baca buku cerita, nama ibu saya ani' 

Bila abang belajar sudah tentu adik-adik mahu join sekali, Aiesyah kena pujuk-pujuk Umar kena golek-golek :)

Ibu percaya jika mahu anak bersungguh, ibubapa lagi kena bersungguh-sungguh

Jangan lupa untuk puji dan peluk anak-anak jika mereka boleh menyebut dengan betul apalagi bila sudah boleh membaca :) jangan sesekali marah atau mengeluh bila anak tersilap, ini akan menyebabkan anak-anak tersinggung dan tidak mahu meneruskan.

Perkongsian ibu tentang Teknik Mudah Mengajar Anak Quran di sini.

Bagi ibu tidak wajar guru membandingkan pencapaian anak-anak didik kerana setiap anak punya tahap kemahiran/pencapaian/fokus yang berbeza, setiap anak juga begitu. Jangan sesekali membandingkan adik dengan abang atau kakak. Setiap anak adalah individu berbeza walaupun mereka keluar dari perut yang sama.

Untuk makluman, edisi kemaskini buku Adik Bijak Baca telah dikeluarkan. Atas inisiatif mahu membantu ramai ibu dan pendidik di luar sana yang mahukan buku ini. Kami telah bekerjasama dengan penulis asal buku ini menerbitkan buku membaca edisi terkini; Adik Bijak Baca.

Mohon wasap untuk dapatkan buku tersebut. Klik link Shopee atau link wasap ini.




Comments

  1. setuju dengan pendapat akak tu..setiap anak ada pencapaian mereka masing2 kan..menarikla kaedah ni kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam , Saya nak order buku nie macam mana

      Delete
  2. Wan saya pun beli kat Seelan tu buku yang sama - KOMIDA sales hehehe. Tapi baguskan

    ReplyDelete
  3. kakyong guna buku sukukata biasa ajer utk Fikri.. :)

    kakyong dah mula intensef mengajar Fikri masa bulan Sept 2011.. Alhamdulillah, skrg ni perkataan dgn suku kata mudah dia dah boleh sebut, dah tak perlu mengeja..

    pd kakyong, tak kesah guna buku apa sekalipun, asalkan sesuai... yg penting ibu harus bersungguh mengajar, & mesti dijadikan rutin setiap hari.. :)

    sebutan perkataan yg sama secara berulang2 memang sgt mbantu utk anak2 seusia Hakim.. Hakim & Fikri sebaya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, mcm ne nk dptkan buku ni? Anak sy umur 6 tahun..tp masih x blh membaca... tp, dia dh kenal huruf & nombor start umur 4 tahun lg...

      Delete
    2. Sis, mcm ne nk dptkan buku ni? Anak sy umur 6 tahun..tp masih x blh membaca... tp, dia dh kenal huruf & nombor start umur 4 tahun lg...

      Delete
    3. Sis, mcm ne nk dptkan buku ni? Anak sy umur 6 tahun..tp masih x blh membaca... tp, dia dh kenal huruf & nombor start umur 4 tahun lg...

      Delete
    4. Maaf Tuan kerana saya baru baca komen tuan ini.

      Kemahiran membaca berbeza dengan kemahiran menghafal atau mengenal huruf. Mohon tuan sms saya terus untuk dapatkan set buku ini. +60132821450

      Delete
  4. @Amirah, semakin besar semakin mencabar rasanya tanggungjawab mendidik anak-anak, yg penting kena sentiasa belajar

    ReplyDelete
  5. @K.pnut,
    haah kak, sama kita... murah je buku yg dia jual, yg penting kena guna betul2

    ReplyDelete
  6. @Kak Yong,
    Hakim tahun ni 6 thn tahun depan dah masuk sekolah rendah...

    Ya kak yong, buku tak penting... janji guna dengan sebaiknya

    ReplyDelete
  7. zaman skrg byk yg pakai kaedah fonetik..anak2 cepat catch up & cpt boleh baca...masa dlm proses belajar baca, Nurin hari2 buat latihan membaca kat umah..kalo tak bergurukan Mama (yg garang tak hengat) dia bergurukan papa..Alhamdulillah, pertengahan tahun br ni dah boleh membaca..skrg dia pun rajin baca apa sahaja,pegi mana2 mesti nak ambik pamplet/leaflet..Along nak baca banyak2 katanya :)

    ReplyDelete
  8. Belom jumpa lagi buku camni.. menarik jugak

    ReplyDelete
  9. hello kak,adik nak minta bantuan dan pendapat tentang anak bongsu saya,dia langsung tidak tau membaca dan daya ingatan pun kurang ketika diajar dia ingat,bila ditanya balik langsung tidak ingat apa2. tetapi kalau benda lain seperti kartun tv dan menyanyi boleh.....saya amat risau....tolong lah akak.

    ReplyDelete
  10. @fireblast petrus,
    Terima kasih sudi singgah di sini..
    Akak bukan layak untuk beri nasihat dan cadangan...

    Setiap anak berbeza, ada anak yang lebih sesuai teknik visualisasi... jika adik lebih suka dengan tv, cuba gunakan kaedah interaktif menggunakan vcd bacaan atau laman web interaktif seperti Starfall.com atau sebagainya.

    ReplyDelete
  11. dimana nak beli siri buku ni ye..skarang banyak set anakku je kan jual...

    ReplyDelete
  12. Puan @MIra,

    Saya boleh tanyakan dengan penjualnya Seelan, jika puan mahu...

    Baru-baru ini saya telah menempah beberapa set dengan beliau kerana ada rakan yang kenal saya melalui blog ini inbox dan email saya bertanyakan tentang buku Mari Baca ini...

    Apa yang baik, kita kongsi :)

    ReplyDelete
  13. salam kak,
    alhamdullilah sy dpt peluang membc blog akk nie... Sebnrnya sy amat buntu bgaimana utk sy mengajar ank sy yg ke2, lelaki berumur 5 thn... Siang td sy benar2 x sabar... Suku kt yg dh diulang bnyk kali kemudian ke suku kata yg selpsnya yg sama msih dia lupa...sy x phm bgaimana hrus sy terangkn pdnya lgk... Sbb tuelh sy google dn akhirnya sy dpt tips yg sgt berguna ini, satu muka surat utk satu hari dan ulang 40 kali supaya dia phm dan ingat... Tkasih yer kak....

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam @Teh tarik tiga layer

    Jika di sekolah hanya diajar 1 huruf setiap hari. Ulang dan bunyikan huruf yang sama pada hari itu :)

    Bunyi, tunjukkan, gambarkan, lukiskan... anak-anak akan mudah belajar.

    Jadikan suasana pembelajaran suatu yang menyeronokkan, jangan lupa puji sikap dan usaha anak :)

    Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  15. salam,

    saya nak tanya, bagaimana nak dapatkan buku ini.....
    saya amat tertarik dgn teknik nk mengajar anak membaca ni....

    ReplyDelete
  16. boleh tak email saya saya imnizam77@gmail.com,,,,sbb saya nak dapatkan buku ini

    ReplyDelete
  17. Askum kak bleh tau tak mana saya bleh dptkan buku ni..email saya...nanasuhana1982@gmail.com..kalau bleh saya nak tau segera...tq

    ReplyDelete
  18. Salam....

    Saya di sabah....cemana nak dapatkan buku nie ? tq

    j_saharuddin@hotmail.com

    ReplyDelete
  19. salam 1 malaysia.. kak cmaner sy nk dptkn buku ni pleaz email sy : emiyazumi@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. Sungguh, akak kagum dengan kesungguhan kalian ingin mendapatkan buku ini. Sesungguhnya Allah suka pada mereka yang berusaha.

    @Ash88, @nanasuhana, @m.apis, @Sha Nija

    akak telah email kepada kalian semua, buku ini ada stok dengan akak sekarang. Akak akan terus pos selepas bayaran penuh.

    Mohon SMS akak 013-2821450. Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. ASSALAMUALAIKUM... KAT MANA AWAK BELI BUKU MCM NI.. KALAU X KEBERATAN BGLAH TAHU SAYA.. SSH NAK JUMPE BUKA CARA MUDAH NAK BAGI ANAK MEMBACA MCM NI...

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam CikPuan Masya yang budiman dan dikasihi Allah.

    Mohon email ke comellote.corner@gmail.com atau SMS 013-2821450 untuk mendapatkan Set Buku Adik Mari Baca.

    ReplyDelete
  23. Sedang mengajar anak umur 5tahun membaca.target tahun ni dia pandai baca...rasa mcm dh terlewat dah...huhu

    ReplyDelete
  24. Cik Puan Siti Asiah yang budiman seindah nama wanita sanjungan.

    Tiada istilah lewat puan, hanya mula atau tidak... ayuh mulakan!

    ReplyDelete
  25. slm...sy berminat dgn buku ni..cz ank lelaki sy dah umu 7 tahun tp still xdpt mbaca...buku bclh anakku sy dh guna,tp dia selalu lupa...anak sy adlh kanak2 disleksia..kdg2 sy dh buntu cz dia cept bosan,xnk beljr dgn ibu sendiri,dia kdg2 sprti x yakin utk sebut dgn jels sesuatu...

    ReplyDelete
  26. Tahniah puan kerana mempunyai anak yang masih berusaha untuk belajar membaca....

    Puji usahanya membaca walaupun terlambat, pujian dapat membantu meningkatkak keyakinan anak, InsyaaAllah.

    Puan boleh SMS saya Puan Wan Anie 013-2821450 untuk mendapatkan buku tersebut. Saya galakkan puan mempelbagaikan kaedah supaya anak tidak mudah bosan, bercerita, membaca buku bersama, melihat vcd dan sebagainya.

    Saya kagum dengan usaha berpanjangan yang puan lakukan untuk anak, saya doakan puan terus konsisten dan anak puan mudah menerima ilmu.

    ReplyDelete
  27. saya di indonesia ,,
    saya punya buku : cepat pintar membaca tanpa mengeja"

    inovasi belajar membaca dan menulis
    dengan metode sas

    buku tersebut telah terbit,
    sepintas ketik : buku belajar membaca dengan metode sas/
    kalau oke : hub aku :082141300336

    ReplyDelete
  28. buku ini sangat mudah untuk diterapkan, karena disusun berdasarkan pengalaman menjadi guru klas 1 sekolah dasar selama 12 tahun
    Siapapun bisa untuk memberi pelajaran belajar membaca

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas komen Methode SAS. Usaha murni diberkati Tuhan. Amin

    ReplyDelete
  30. kak, saya nak beli buku ni. tolong email saya sufisayyid.s@gmailcom
    -suzana-

    ReplyDelete
  31. kak, saya nak beli buku ni. tolong email saya sufisayyid.s@gmail.com

    ReplyDelete
  32. Saya sudah email Cik Puan Suzana tentang cara mendapatkan buku ini.

    Terima kasih atas perhatian cik puan, saya suka!

    ReplyDelete
  33. Salam,kak mcm mana saya nk dpt kan buku ni ye? Tolong email saya isfayietmia@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Salam,kak mcm mana saya nk dpt kan buku ni ye? Tolong email saya isfayietmia@gmail.com

    ReplyDelete
  35. Saya sudah email Cik Puan Nur Farahtul Salha. Saya suka!

    ReplyDelete
  36. Tuan/Cik Puan,

    Sekiranya saya tidak membalas komen Tuan/Cik Puan, mohon sms saya 013-2821450 (Puan Wan Anie)

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. salam kak..mcm mana sy nk dptkn buku ni??tlg email sy blh?? nora.zura2904@yahoo.com

    ReplyDelete
  38. assalam pn wan anie,info yg baik.sya brminat utk dptkn set buku tsb.msh ada lg x stoknya?mohon htr butiran trperinci ke email sya.falcon3634@gmail.com

    ReplyDelete
  39. Cik puan Zura
    Tuan Rosli Bakar,

    Mohon cik puan dan tuan sms atau wassap Puan Wan Anie 013- 2821450

    Nyatakan 'Buku Adik Mari Baca'

    Ada beberapa set sahaja yang ready stock dengan saya, kemudian saya akan ambil preorder sahaja sehingga bulan 5.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih at as perkongsian, anak 5 tahun masih lambat membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan yang terbaik untuk anak puan, In shaa Allah.

      Delete
  41. Assalamualaikum.. saya pun mengalami masalah seperti kalian. Saya amat risau tentang pembajaran nya. Dan saya juga mahukan buku set utk anak saya berumur 6tahun. Boleh email saya di strelliosyde@gmail.com. selain itu.. boleh tak puan beri tips.cara disiplin diri sbg parentdiri dalam mendidik anak. Dan juga tips permakanan serta jadual aktiviti bg kanak. Terima kasih. Blog puan amat bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan,

      Saya ada Set Buku Pandainya Adik Baca yang menggunakan kaedah sukukata dan fonik untuk kvk.

      Sekarang ini Set Buku Adik Mari Baca sudah tiada stok dan tidkk dikeluarkan lagi.

      Berkenaan tip cara mendidik dan disiplin diri mengajar anak di rumah, InshaaAllah saya akan usahakan.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Assalam , boleh bgtahu cara nak order set buku PAANDAINYA ADIK BACA tu ye ? Boleh x whatsapp kpda sya 0177401064 . Trima kasih

      Delete
    3. Assalam , boleh bgtahu cara nak order set buku PAANDAINYA ADIK BACA tu ye ? Boleh x whatsapp kpda sya 0177401064 . Trima kasih

      Delete
  42. Terimakasih artikelnya sangat bermanfaat,,
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum...boleh saya tahu bagaimana nak dapatkan buku nie...boleh wassup saya 0192840328

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami telah keluarkan buku ini edisi kemaskini dengan tajuk Adik Bijak Baca.

      Mohon rujuk post yang terkini.

      Lihat di FB saya Wan Anie.

      Ini no wasap saya: 013-2821450.

      Terima kasih.

      Delete
  44. Terima kasih di atas tips..betul setiap anak berbeza2.

    Ajar anak membaca perlu kan kesabaran😄

    ReplyDelete
  45. Mcm mn nk dotkan buku ni.. masih adakah sekarang? Email sy izawati1827@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.