Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Teknik Mudah Belajar Mengaji Quran

Ibu dulu belajar mengaji menggunakan Muqaddam, kalian belajar mengaji bagaimana? Kaedah Muqaddam adalah teknik yang digunakan dahulu, sekarang ini banyak kaedah yang diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran al-Quran. Tujuan semuanya sama untuk memandai kita membaca Quran. Terdapat lebih 16 kaedah telah diperkenalkan di Malaysia, antara yang popular Iqra', Qiraati, Al-Barqy, Al-Matien (Ustaz Zamri), Al-Baghdadi, dan banyak lagi termasuk kaedah Muqaddam. Itu belum lagi termasuk belajar secara interaktif menggunakan CD seperti e-Iqra' dan Quran Digital yang banyak dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, bagi ibu tiada teknik terbaik kerana teknik terbaik adalah yang paling sesuai dengan seseorang individu itu. Setiap individu berbeza teknik terbaik masing-masing. Bagi ibubapa dan pendidik, menggunakan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dapat membantu anak/pelajar menyesuaikan diri dengan teknik yang disukai. Hakim mula belajar quran secara formal ket...

Bila Anak Sudah Besar.....

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak tunggu anak anak membesar dulu. Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan kadang-kadang semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek. Tadi sebelum hakim ke sekolah, macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya. Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan. Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya,"Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mere...

Indahnya Hidup Bersyariat: Fardhu Ain

Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas, syukur dikurniakan keluarga yang penyayang, memahami dan bertanggungjawab. Suami dan anak-anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Ibu petik kata-kata Prof Dr Muhaya, hargai masa sekarang, orang yang berada di depan kita sekarang. Ibu belek buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus... sudah lama beli baru sekarang belek dan baca-baca. Banyak panduan asas fardhu ain di dalamnya. Doa-doa yang ringkas tapi dipandang enteng kebanyakan kita (termasuk yang tulis ni) sedangkan doa itu adalah perkara kecil yang besar kesannya. Contoh ringkas doa ketika wudhu' semasa membasuh muka, baca doa ini; "Ya Allah putihkan mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau" Nampak sangat senang, tapi bila dihayati bait-bait doa, mendalam maksudnya.... semoga Allah menjadikan muka-muka orang yang berwudhu...