Skip to main content

Anak-Anak Mudah Menulis Dengan Bermain Monkey Bar


Alhamdulillah hari ini 1 Disember 2013. Bermakna tinggal 30 hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2014.

Monkey Bar? Apa tu? Mula-mula mendengarnya ibu ingat Monkey Bar ini adalah satu permainan online. Rupanya tempat anak-anak main gayut-gayut.

Ini Monkey Bar


Ibu juga baru tahu yang permainan Monkey Bar membantu anak mudah menulis. Ibu baca di blog Puan Nik Eliani penulis buku Bacalah Anakku dan Read Easy.

Di tadika kami ada monkey bar ini, dan ibu perhatikan tidak semua pelajar berani untuk memanjat dan bergayut. Namun ramai juga yang berani beraksi seperti ahli gimnastik, lagak seperti kelawar tidur dengan kepala di bawah dan hanya bergayut dengan kaki.

Ada juga yang boleh membuat pusingan badan 360 darjah! Ibu ingat pelajar yang boleh membuat aksi begini hanya mempunyai keberanian yang tinggi dan kekuatan badan terutama di bahagian atas badan. Rupanya aktiviti ini dapat membantu memudahkan anak-anak menulis;

1. Anak-anak mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang kuat.
Mereka boleh berdiri dan duduk tegak dengan baik, ini membantu memudahkan aktiviti menulis.



2. Anak-anak ini mempunyai otot bahu dan lengan yang kuat
Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.




3. Anak-anak ini mempunyai pergelangan tangan dan jari-jemari yang kuat
Mereka mudah menggerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari-jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.


Ini antara salah satu sebab kenapa ibubapa perlu bawa anak-anak ke taman permainan. Galakkan anak-anak bermain monkey bar!

Untuk entry ini kredit kepada Blog Puan Nik Eliani.

Patutlah Aiesyah suka sangat bermain gayut-gayut, beraksi seperti kelawar dan suka duduk di bahagian atas monkey bar tersebut. Memang ibu akui Aiesyah suka sangat dengan aktiviti menulis, mewarna yang melibatkan pergerakan tangan. Tidak pernah jemu!

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...