Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Jawapan Semua Betul!

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Pagi tadi semasa hendak memandu ke tempat kerja, seperti biasa saya akan memasukkan bag ke dalam kereta. Saya melihat pemadam Umar ada di bawah kerusi di dalam kereta. Semasa sedang memandu, saya katakan kepada anak lelaki saya Umar, "Umar ambil pemadam di bawah kerusi dan simpan di tempatnya." Umar yang baru membuka buku aktivitinya ketika itu membongkok lalu mengambil pemadam tersebut. Semasa hendak memasukkan pemadam ke dalam poket, dia berkata,"Umar tidak perlu guna pemadam sekarang, jawapan Umar semuanya betul." Sekolahnya tidak menggunakan pemadam. Saya dapat lihat, anak saya tidak merasa bersalah sekiranya jawapannya salah. Dia hanya memotong dan menulis jawapan di sebelah jawapan tadi. Ada masa dia membetulkan jawapan dengan menulis jawapan yang betul di atas jawapan sebelumnya. Walaupun kadangkala kelihatan comot, saya biarkan sahaja. Impak positifnya, anak tidak merasa takut-takut untuk menulis ...

Permainan Memori Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Gara-gara Internet tidak dapat berfungsi sebentar tadi, saya mengeluarkan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam. Saya mengambil beberapa kad dan menyusun di atas meja. Saya tunjukkan gambar kad tersebut kepada rakan sekerja dan menyusunnya secara terbalik di atas meja berhampiran. Selepas itu, saya minta Cik Puan tadi meneka yang mana gambar telur? Saya dan cik puan tadi meneka sambil membuka kad yang dipilih masing-masing bersama-sama. Cuba teka apakah gambar kad ini? Permainan memori dapat mengasah ketajaman otak kanan anak-anak. Ianya seperti kita bermain kad imbas dan melayangkannya dengan cepat. Anggaran 1 saat 1 kad imbas. Permainan ini juga mampu merangsang perkembangan visual/spatial anak-anak. Mudah sahaja, asalkan ada idea dan alatnya. Selamat mencuba.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Sabtu lepas, saya berkongsi di dalam Bengkel Guru Rangkaian Tadika ABS berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam slot Bahasa Budaya Tinggi.  Bahasa terbahagi kepada Bahasa Berkembang dan Bahasa Terhad. Bahasa Berkembang atau Bahasa Tinggi adalah bahasa yang digunakan di sekolah. Perkembangan bahasa kanak-kanak didorong oleh kemahiran lisan berbentuk interaksi linguistik. Kemahiran lisan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melebihi membaca dan menulis. Kemahiran berfikir perlu ada dalam sistem pembelajaran termasuk interaksi antara guru dan anak-anak pelajar bukan sekadar soal dan jawab. Antara permainan yang menggalakkan pemerolehan bahasa adalah Permainan Memburu Perkataan. Dalam sesi ini saya menggunakan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam sebagai alat bantu. Cara permainan ini; 1. Setiap kumpulan diminta mengambil kad secara rawak. 2. Lukiskan Peta Bulatan menggunakan PETA i-Think (dalam sesi i...

Anak Belajar Secara Santai

Anak lelaki 6 tahun saya masih belum cekap menulis. Saya mencari suatu idea untuk mendorong anak saya lebih cekap menulis secara santai dan menyeronokkan sehingga anak-anak tidak sedar mereka sebenarnya sedang belajar. Saya memberikan tugasan untuk anak ini secara santai. Saya minta anak tulis seberapa banyak nombor kenderaan yang dilihat sepanjang perjalanan pergi dan balik. Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam setiap pagi dan petang.  Semasa tugasan ini dijalankan, anak-anak kelihatan gembira dan seronok. Mereka melihat, membaca, menghafal dan menulis di buku nota. Ada masa kakak membantu adik menghafal nombor kereta yang bergerak laju. Mereka saling bantu-membantu dan mendorong satu sama lain. Saya membiarkan sahaja, melihat gelagat anak-anak. Ini baru percubaan pertama! Cuba teka ada berapa kenderaan yang telah ditulis nombor plat di sini?