Gara-gara Internet tidak dapat berfungsi sebentar tadi, saya mengeluarkan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam. Saya mengambil beberapa kad dan menyusun di atas meja.
Saya tunjukkan gambar kad tersebut kepada rakan sekerja dan menyusunnya secara terbalik di atas meja berhampiran. Selepas itu, saya minta Cik Puan tadi meneka yang mana gambar telur? Saya dan cik puan tadi meneka sambil membuka kad yang dipilih masing-masing bersama-sama.
Cuba teka apakah gambar kad ini?
Permainan memori dapat mengasah ketajaman otak kanan anak-anak. Ianya seperti kita bermain kad imbas dan melayangkannya dengan cepat. Anggaran 1 saat 1 kad imbas.
Permainan ini juga mampu merangsang perkembangan visual/spatial anak-anak.
Mudah sahaja, asalkan ada idea dan alatnya.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment