Jun 17, 2015

Jurnal Aktiviti Ramadhan Anak-Anak


Teks dan Foto: Wan Rohani Wan Ismail

Hampir 9 bulan saya terlibat dengan kerja-kerja mengubahsuai, membuat editing dan menulis konten untuk buku kanak-kanak. Ianya adalah sebahagian daripada skop kerja yang saya perlu lakukan. Bidang penerbitan buku kanak-kanak adalah satu bidang baru bagi saya. Namun menulis aktiviti untuk anak-anak dan penulisan santai bukanlah satu perkara baru.

Bersama tim saya ada pembangun modul yang hebat. Kelab ARAF, Little Ibnu Sina dibangunkan oleh pembangun modul yang berbakat besar. Mereka mempunyai nyalarasa dalam bidang tersebut. 3 Modul yang menjadi USP di Rangkaian Tadika ABS; Kelab ARAF, Teknik Nabi dan Bahasa Budaya Melayu Tinggi (BBMT).

Saya akan ceritakan di dalam entri yang lain tentang 3 USP tersebut. Entri ini untuk saya ceritakan tentang Jurnal Aktiviti Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang istimewa berbanding bulan yang lain. Penganut agama Islam seluruh negara berpuasa wajib di bulan ini. Ramadhan cuma datang sekali setahun. Bagaimana cara kita memaknakan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini? Ada kawan yang sudah menyediakan senarai semak ibadah yang akan dilakukan setiap hari sepanjang Ramadhan. Saya teruja dengan idea tersebut. Bagaimana pula dengan anak-anak?

Idea menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan dekat dengan anak-anak. Mengumpulkan peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Keistimewaan ibadah dalam bulan ini serta ganjaran pahala yang berganda.




Saya percaya anak-anak akan mudah memahami sesuatu perkara apabila mereka mengalaminya sendiri. Antara caranya adalah dengan membuat aktiviti yang berkaitan. Melukis, menulis mengikut apa yang ada dalam fikiran mereka. Jurnal ini akan menjadi satu memori apabila anak semakin membesar. Pemahaman mereka tentang Ramadhan lebih mendalam, In shaa Allah.

Sebagai contoh, aktiviti kongsikan menu sahur. Sifat ingin tahu akan membuahkan pertanyaan kepada ibubapa atau guru mereka, apakah itu sahur? Aktiviti Zakat Fitrah meminta anak-anak menulis jumlah zakat yang dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua ahli keluarga mereka. Anak akan belajar berapa duit zakat yang perlu dibayar untuk seorang. Selain duit, beras juga adalah cara lain untuk membayar zakat di Malaysia.


 
Contoh aktiviti di dalam Jurnal Aktiviti Ramadhan


Anak-anak akan belajar bentuk anak bulan sepanjang Ramadhan secara tidak langsung. Perhatikan gambar anak bulan di hujung kanan selepas tarikh Ramadhan.

Selain buku aktiviti, poster pohon Ramadhan itu bertujuan sebagai senarai semak puasa khas untuk anak-anak 5-9 tahun yang baru hendak belajar berpuasa. Setiap hari anak berpuasa, lekatkan stiker ganjaran di pohon tersebut.

Saya doakan Jurnal Ramadhan ini menjadi salah satu alat anak-anak lebih mudah memahami dan memaknakan bulan Ramadhan.

Semasa entri ini ditulis, Jurnal Ramadhan ini sudah pun habis dijual. ABS Educations Sdn Bhd menerbitkan 1000 set sahaja untuk tahun ini (2015). Tahun depan kami menjangkakan penambahbaikan di dalam set Jurnal Ramadhan ini, In shaa Allah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan, pemasaran dan pengedaran Jurnal Ramadhan ini.

Jazakallah.

2 comments:

  1. macam mna bulih sy dptkn buku ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Nurul,

      Tahun ini Jurnal Ramadan dengan tema Sebarkan Kebaikan.
      Boleh dapatkan di www.edumall.com.my atau bit.ly/JurnalRamadan

      atau terus wasap saya 013-282 1450

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails