Skip to main content

Biarkan Kanak-Kanak Dalam Dunia Imaginasi Mereka


Pelbagai cara untuk menjadikan anak teruja untuk ke sekolah

Anak perempuan saya perlu sentiasa digesa untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, barulah hendak sarung dan ketatkan kasut sekolah. Kadangkala saya terlupa untuk mengingatkan dia 10 minit sebelum sampai di sekolahnya.

Pagi tadi saya dapat idea. Selepas menghantar anak yang paling kecil ke taska, sekarang giliran menghantar anak perempuan ke sekolah.

"Pesawat kita akan mendarat kurang 5 minit dari sekarang. Penumpang diminta menyiapkan diri dengan lengkap termasuk pakaian, stoking dan kasut. Siapkan beg pakaian sekarang."

Tiba-tiba anak perempuan saya menyampuk, “Kami jadi penerjun ibu, sekarang sudah siap bag terjunan”

Toing! Idea yang bagus.


Sumber: google

"Baik, wahai penerjun. Siapkan bag dan kelengkapan. Pesawat sudah mula mencari lokasi yang sesuai untuk penerjun keluar."

Apabila kereta sudah parkir, anak saya tidak berlengah seperti biasa. Terus salam dengan ibu. Mula-mula ibu buka pintu kereta untuk keluar. Selalunya ibu akan bawa dan hantar ke depan pintu masuk sekolah. Hari ini ada yang melarang.

“Pemandu mana boleh keluar. Pemandu kena kawal pesawat.”

“Oh ya, terlupa pula”

Selepas bersalam dan mencium pipi dan dahi, anak saya keluar dengan mendepakan kedua belah tangannya seperti penerjun turun dari pesawat, Cuma kali ini kepala di atas, bukan di bawah.

Penerjun meluncur laju ke depan pintu sambil memandang pemandu pesawat, penerjun berkata,”Babai Ibu”

Lega.

Kemudian, pesawat bergerak lagi kali ini lokasi ke seterusnya.

“Pesawat sudah mula bergerak. Penerjun diminta bersiap dengan bag terjunan dan pakaian lengkap. Untuk keselamatan, penerjun hanya dibenarkan keluar selepas pesawat berhenti.”

“Sudah siap dari tadi lagi!”

Begitulah gelagat kanak-kanak riang pada hari ini. Apabila sampai di sekolah, ada mata memandang sambil tersenyum. Biarkan.

Hanya pemandu pesawat dan penerjun sahaja yang memahami. Kanak-kanak terbang dalam dunia imaginasi mereka.


Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...