Skip to main content

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Membaca?

Sejak posting ibu berkenaan ajar anak membaca pada 2011 menjadi top post di blog ini, ramai juga yang mesej bertanyakan bilakah waktu yang sesuai untuk ajar anak membaca.

Ibu berkongsi daripada sumber bacaan dan pengalaman ibu membesarkan lima anak. Anak sulung sekarang sudah 14 tahun dan yang paling kecil 3 tahun.

Mengajar anak sulug paling mencabar atas faktor tiada pengalaman. Anak kedua sudah boleh membaca semasa usia 5 tahun. Anak ketiga ketika 6 tahun. Anak ke-4 sekarang sudah 5 tahun namun ibu belum mengajarkan secara formal di rumah, hanya bacakan buku cerita bersama si kecil 3 tahun.



Membaca adalah satu proses yang kompleks. Tidak berlaku dalam waktu yang singkat.

Ibu sendiri mula minat membaca buku selepas lahirnya anak kedua. Waktu itu banyak perkara yang tidak sempurna bagi anak sulung. Masa anak kedua baru belajar banyak perkara terutama hal pendidikan anak termasuk menyusukan.

Jadi semasa anak kedua kecil, kami mula membeli buku untuk bacaan sendiri dan bacaan bersama anak. Ibu perhatikan anak yang banyak didedahkan dengan buku dari usia kecil lebih cenderung minat terhadap buku. Ini menjadikan proses bacaan lebih mudah.

Berbalik kepada persoalan, bilakah waktu yang sesuai. Ia bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri.

Membaca juga seperti larian 'fun run'. Kita hanya akan menyertai larian apabila sudah bersedia untuk lari. Setiap orang berlari mengikut 'pace' masing-masing. Biasanya slow and steady melainkan yang telah biasa dengan larian begitu akan memecut laju.

Begitu juga dengan membaca. Anak lebih mudah diajar membaca apabila mereka telah bersedia.

Di dalam buku Membuat Anak Gila Membaca disebutkan terdapat 2 peringkat yang perlu dilalui:

1. Pre-Reading 

Pre-reading adalah proses awal menanam minat membaca kepada anak.
Proses ini bermula sejak anak lahir. Biasanya dari usia 0 - 3 tahun.
Pada peringkat ini anak didedahkan dengan bacaan santai dari buku cerita. Bercerita dengan anak.

2. Reading-Readiness

Kesediaan membaca akan berlaku selepas proses pre-reading. Anak yang didedahkan dengan pre-reading dari usia awal, akan bersedia untuk membaca pada usia 4 - 6 tahun.
Peringkat ini ibu bapa sudah boleh berikan anak bahan membaca yang lebih formal.

Selain dua peringkat ini, terdapat juga beberapa proses yang membantu dari sudut perkembangan bahasa anak. Antaranya sentiasa bercakap dengan anak menggunakan bahasa betul. Anak belajar tentang bahasa ketika mendengar ibu bapa, guru atau orang sekeliling berbicara.


Kesediaan anak membaca berbeza dengan anak yang lain berdasarkan persekitaran awal.

Adakah anak kita di dalam peringkat pre-reading atau reading-readiness?


Tinta Wan Anie
10 Mei 2019.




Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.