Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #KitMalaysiaku;

Lepas Makan Tosei, Anak Ucapkan Kata-Kata Yang Menyebabkan Air Mata Saya Menitik

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Tidak pernah terlintas di fikiran saya, hanya kerana sekeping tosei dan sebuah buku, anak-anak begitu menghargainya. Ikuti pengalaman yang berharga ini... Khamis lepas, saya membawa pulang sebuah buku aktiviti berkaitan negara Malaysia. Sejurus selepas saya memberikan buku tersebut, anak-anak tidak sabar untuk membuat aktiviti di dalamnya. Sampai di mukasurat berkenaan makanan tradisi kaum di Malaysia, anak perempuan 8 tahun bertanya kepada saya sambil menunjukkan jari telunjuk ke tempat tersebut,  "Ibu, tosei ni macamana?"  Saya yang sudah lama tidak menikmati tosei menjawab spontan, "Tosei adalah makanan India"  Anak bertanya lagi,"Boleh ke kita  makan?"  "Boleh, ibu sudah lama tidak makan tosei, apakata hari minggu ini kita makan tosei?" Anak-anak bersorak keriangan. Hari Ahad ada ujian kemasukan ke sekolah rendah untuk anak lelaki 6 tahun. Kami ke Gombak hari tu. Selepas ujian s...

Kit Malaysiaku untuk Kanak-Kanak

Mencintai bermula dengan mengenali Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bagaimana untuk memupuk rasa cinta kanak-kanak kepada Malaysia, tanah air yang tercinta ini? Inilah matlamat utama semasa proses memerah idea untuk menghasilkan Kit Malaysiaku. Supaya menanam kecintaan kanak-kanak kepada negara bermula dengan aktiviti mengenali negara ini. Idea aktiviti di dalam kit ini ditulis sendiri oleh guru-guru tadika yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti kraf, permainan, literasi, membuat projek dan pelbagai lagi. Antara kandungan Kit Malaysiaku, selain mengenali negeri yang terdapat di dalam negara, kanak-kanak belajar tentang kaum, matawang, permainan tradisional, makanan, bunga kebangsaan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai panduan aktiviti seni kraf dan projek yang boleh dijalankan secara itndividu atau berkumpulan di rumah, tadika atau sekolah. Antaranya membuat apron jalur gemilang, memasak makanan tradisional, mem...