Skip to main content

Kit Malaysiaku untuk Kanak-Kanak


Mencintai bermula dengan mengenali

Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Bagaimana untuk memupuk rasa cinta kanak-kanak kepada Malaysia, tanah air yang tercinta ini?


Inilah matlamat utama semasa proses memerah idea untuk menghasilkan Kit Malaysiaku. Supaya menanam kecintaan kanak-kanak kepada negara bermula dengan aktiviti mengenali negara ini.

Idea aktiviti di dalam kit ini ditulis sendiri oleh guru-guru tadika yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Aktiviti kraf, permainan, literasi, membuat projek dan pelbagai lagi.

Antara kandungan Kit Malaysiaku, selain mengenali negeri yang terdapat di dalam negara, kanak-kanak belajar tentang kaum, matawang, permainan tradisional, makanan, bunga kebangsaan dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai panduan aktiviti seni kraf dan projek yang boleh dijalankan secara itndividu atau berkumpulan di rumah, tadika atau sekolah. Antaranya membuat apron jalur gemilang, memasak makanan tradisional, membuat kraf keretapi, membina menara, bermain layang-layang, wayang kulit dan lain-lain.

Permainan patung kertas antara yang menarik di dalam kit ini. Mengingatkan saya kepada permainan sewaktu saya kecil dahulu.


Klik pada gambar untuk pandangan lebih jelas

Kit Malaysiaku ini mengandungi:
+ Buku Aktiviti berwarna penuh 64 mukasurat
+ Button Badge
+ Stiker bendera dan jata negeri mengikut aktiviti
+ Permainan patung kertas
+ Semua di atas dimasukkan ke dalam Folder (mudah disimpan)

Kit Malaysiaku ini sesuai untuk kanak-kanak 5 - 10 tahun.


Harga jualan untuk 1 set Kit Malaysiaku RM29.90 sahaja.
Belian 3 set mendapat diskaun 10% (tawaran terhad)


Tuan dan Puan yang berminat mendapatkan Kit Malaysiaku ini, tempahan sudah dibuka.
Whatsapp atau Telegram +60132821450
Whatsapp atau Telegram +60132821450

Agen dan pengedar diperlukan seluruh Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.