Perkongsian dari ibu ke ibu kerana ini juga adalah dilema saya ketika baru memulakan pemakaian cd kepada anak-anak saya dahulu. Dilema basuh CD - menjadi kewajiban pada semua ibubapa yang bercd untuk mencuci cd yang telah digunakan, saya dulu cuma sembur air terus ke cd dan sembur air tahap maksima (saya ni penggeli) tak perlu gosok pun, lepas dah bersih terus jer perah dan masukkan dalam mesin. Insert perlu diperah berulang kali bagi membuang bau dan air kencing yang terperangkap. - Asingkan cd kotor dalam satu baldi kering, selepas dicuci letakkan dalam baldi yang lain sebelum dibasuh menggunakan mesin, sebaiknya gunakan laundry net untuk menjaga fabrik cd supaya lebih tahan lama (cd jenis velcro perlu dijaga lebih berbanding button) Dilema CD bocor - Jika cd belum dapat menyerap sepenuhnya (seolah kalis air) maka cd mudah bocor, ini banyak berlaku pada cd yang baru dibeli, selain dari itu cara pemakaian cd yang tidak betul juga menyebabkan cd bocor. Ada juga faktor lain seper...