May 12, 2010

Dilema Ibu Baru BerCD

Perkongsian dari ibu ke ibu kerana ini juga adalah dilema saya ketika baru memulakan pemakaian cd kepada anak-anak saya dahulu.

Dilema basuh CD
- menjadi kewajiban pada semua ibubapa yang bercd untuk mencuci cd yang telah digunakan, saya dulu cuma sembur air terus ke cd dan sembur air tahap maksima (saya ni penggeli) tak perlu gosok pun, lepas dah bersih terus jer perah dan masukkan dalam mesin. Insert perlu diperah berulang kali bagi membuang bau dan air kencing yang terperangkap.
- Asingkan cd kotor dalam satu baldi kering, selepas dicuci letakkan dalam baldi yang lain sebelum dibasuh menggunakan mesin, sebaiknya gunakan laundry net untuk menjaga fabrik cd supaya lebih tahan lama (cd jenis velcro perlu dijaga lebih berbanding button)

Dilema CD bocor
- Jika cd belum dapat menyerap sepenuhnya (seolah kalis air) maka cd mudah bocor, ini banyak berlaku pada cd yang baru dibeli, selain dari itu cara pemakaian cd yang tidak betul juga menyebabkan cd bocor. Ada juga faktor lain seperti softener, sabun mencuci cd dan sebagainya. InsyaAllah saya akan buat entry khas tentang atasi masalah cd bocor sebab panjang lebar cerita tentang cd bocor ni :)

Nampak Bulky
- Ya memang diakui bulky jika dibandingkan Dispo Diapers apalagi jika diletakkan 2 insert sekali gus. Ini adalah kerana tidak biasa, percayalah jika sudah biasa ia tidak menjadi masalah langsung. Saya ibu yang menggunakan 2 insert sekali gus (kemudahan saya, tak perlu tukar diapers selalu) mudah untuk mengatur jadual menukar lampin setiap 5-6 jam sekali dan waktu mandi anak-anak. Ini sangat penting bagi saya supaya tidak penat membuat kerja yang sama berulang-kali sedangkan ianya tidak perlu.
- Saya gemar untuk mix & match insert yang ada, selalunya saya gunakan 1 insert yang 3 layer dan 1 lagi insert 2 layer atau doubler (lebih nipis) supaya kurang bulky. Tidak kisah bulky atau tidak yang penting anak selesa, bukan kita yang nampak tidak selesa :D

Adakah ini nampak bulky atau cute?
Picture from Google
Bayi terkangkang
- Ini adalah kebimbangan saya semasa menggunakan cd pada Aiesyah dahulu, maklumlah anak perempuan jika jalan terkangkang kan tak elok. Sebenarnya ini adalah igauan semata kerana ianya tidak berlaku, mungkin anak berjalan agak terkangkang apabila anda mengenakan cd yang tebal dan lebar. Sama seperti pemakaian dispo diapers, adjust cd yang telah dipakai mengikut kesesuaian anak, ini akan membuatkan anak lebih selesa. Untuk bayi elok jika kita membuat senaman regangan kaki dan lutut (kaki ditarik ke arah kita sambil tangan memegang lutut bayi dan masukkan ke dalam. Senaman ini boleh dilakukan ketika urutan bayi (boleh dipraktikkan untuk bayi yang memakai cd atau dd)

Susah Balik Kampung / Jalan-jalan
- Masa mula-mula menggunakan cd, saya akui yang saya tidak bawa cd jika pulang ke kampung atau berjalan-jalan makan angin sebab susah nak kena basuh dan simpan cd yang kotor. Tapi sekarang saya cuma anggap bahawa cd yang kotor itu sama sahaja dengan baju kotor, juga perlu dicuci dan disimpan sahaja jika belum mahu mencucinya. Pakaian anak-anak yang basah mudah bertahi-lalat tapi cd tidak sama sekali. Simpan dalam wetbag dan ditutup kemas supaya tiada bau dan anda boleh mencucinya apabila pulang ke rumah. Pastikan anda bawa cd yang mencukupi

Sokongan Orang Terdekat
- Sudah tentu suami perlu faham kenapa kita ingin menggunakan cd dan tangani segala masalah dan cabaran yang bakal dihadapi bersama. Sangat penting mendapat sokongan pasangan dalam apa jua yang kita lakukan. Patahnya hati jika ada yang berbunyi begini;
"Tengok bocor jer, kalu pakai pampers jer kan senang!"
"Ala.. rajin ke nak basuh mende tu, baju pun tak sempat basuh...!"
"Orang lain duk kat rumah boleh lah pakai cd, kita ni takde masa"
Saya pernah alaminya dahulu... sebab saya tidak beri penerangan yang sebetulnya pada pasangan lebih awal tentang niat saya untuk menggunakan cd sepenuhnya dan kenapa saya ingin menggunakan cd. Pastikan anda berbincang dengan suami atau orang terdekat (ibu atau ibu mertua) jika tinggal bersama. Minta sokongan daripada mereka, saya yakin mereka pasti menyokong apabila faham tentang niat murni kita.

- Sekarang suami berbangga bila ada rakan perempuan pejabatnya yang bertanya "Lampin kain tu macamana ek?" Agaknya dengan panjang lebar dia menerangkannya, dan sangat senang hati memberitahu bahawa dia juga selalu membasuh cd yang telah digunakan sepenuhnya sejak lebih 2 tahun lepas.

Bagaimana Hendak gunakan CD di Nursery / Babysitter
- Mesti beritahu awal-awal tentang cara pemakaian cd yang betul dan bagaimana untuk menyimpan cd yang kotor, saya akan kongsikan di lain masa sebab banyak pengalaman yang hendak dikongsi :)

Saya juga akan kongsikan bagaimana cara untuk memulakan pemakaian cd sepenuhnya, bunyi seperti mudah tapi sukar untuk melakukannya. InsyaAllah di lain masa

9 comments:

  1. Satu review yang kemas... :) tahniah kak

    ReplyDelete
  2. saya salah sorg yg bermasalah .. anak2 lak leh kena ruam lampin yg teruk.. punca?

    ReplyDelete
  3. Sitisifir10: sekadar perkongsian.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Umi,

    bermasalah dengan cd atau masalah dengan ruam lampin anak-anak?

    jika masalah dengan cd mari kongsi mungkin ada yang boleh bantu, jika bermasalah ruam lampin kena kenalpasti puncanya, jika kulit bayi sensitif tidak dapat tidak kena tukar lampinnya selalu

    ReplyDelete
  5. setuju dgn sitisifir10..
    kakyong dok plan nak buat review pasal Cd, tak buat2 sampai la ni.. so len kali bila ade custome yg bertanya, leh la terus link kat n3 ni.. ;)

    ReplyDelete
  6. salam wan..tq n3 ni. akak cuba rekemen cd pd kawan2 tp alasan diaorg buat kita rasa nak marah. Malas basuh..leceh..xcukup duit..susah...heiiii, sakit hati je dgr ibu2 yg ckp gitu. Agaknya wan boleh buat n3 soalan2 standard dan jawapan yg boleh buat diaorg tbuka minda...

    ReplyDelete
  7. kakyong,
    saya cerita dari pengalaman sendiri kakyong... terima kasih sudi jenguk sini

    kinsyakrn,
    bende ni tak boleh paksa pada yang tak mahu, kita cuma boleh beri sokongan pada yang nak tapi ada halangan atau buat separuh jalan....

    pasal soklan dan jawapan tu InsyaAllah nanti saya fikirkan...

    ReplyDelete
  8. Aah, betul tu kak.. Sgt setuju.. Saya mula2 dulu (sblm guna cd) risau takut baby jd terkangkang sbb mcm lebar jer cd.. Tapi takpun sbb cd ni kain, bukan keras sampai jd terkangkang pun..

    Kinsyakrn ~ Sebenarnya pakai cd ni adalah pilihan.. Kita cuba je la bgtau kebaikan cd tp kalau org taknak jugak nak buat mcmana.. Mcm breastfeeding jugak...

    ReplyDelete
  9. terima kasih kaklong atas pandangan, betul cd adalah pilihan, kita boleh bantu pada yg nak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails