Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hidupkan Sunnah

Makanan Tambahan aka Supplement

Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak. Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri. Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasih...

Menjaga Kesihatan Diri Ikut Cara Rasulullah

Air Zam-Zam Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat 1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim) 3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada ti...