Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak.
Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri.
Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasihan buah pinggang kita bekerja keras menapis segala bentuk makanan yang kita makan termasuklah makanan tambahan yang diambil.
Bila sudah beranak 3 ini, ibu nampaknya lebih prihatin dengan kesihatan, bukan apa ibu-ibu memainkan peranan penting dalam sebuah keluarga. Jika anak-anak tidak sihat, masih ada ibu untuk jaga. Bagaimana jika ibu yang sakit? Haru juga jadinya kan?
Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya baru ni, kata beliau jika kita berniat untuk menjaga ahli keluarga kita, InsyaaAllah Allah akan kurniakan kesihatan yang baik kepada kita. Tips yang boleh diamalkan untuk sentiasa segar dan sihat apabila bangun pagi adalah bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh. Sebaik bangun dan baca doa tidur.... ambil nafas panjang sambil buat sedikit senaman ringan. Kemudian lihat di cermin sambil senyum dan bercakap dengan diri sendiri. "Kita sihat hari ini, kita senyum pada semua orang, kita lembarkan kasih sayang. Kita bercakap yang baik-baik sahaja."
Macam-macam yang boleh ibu-ibu cakap pada diri sendiri, ibu lebih suka dengan sihat, bahagia, tenang, sabar. Senyum adalah sedekah, ianya adalah petua murah rezeki. Mulakan dengan senyum pada diri sendiri dahulu, In Shaa Allah mudah urusan kita hari itu.
Penting untuk sentiasa positif, jangan mudah melatah jika ada tanda-tanda mahu selsema atau demam... cepat ingatkan diri untuk lebih sihat. Minum air kosong banyak-banyak, InsyaaAllah. Alangkah bagus jika kita sentiasa jaga hati dan jaga makan, tidak perlu makan supplement pun ok kut :)
Sekarang ibu beralih kepada makanan tambahan berasaskan sunnah. Maksud ibu yang ada disebutkan di dalam AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W. Ibu tidak nafikan lambakan supplement, vitamin di pasaran sekarang, asalkan sumbernya halal dan baik (toyyibah) maka tiada salah mengambilnya.
Ibu sekarang juga ada ambil vitamin C selain dari makanan sunnah seperti madu, habbatussauda, kismis dan kurma. Bukan sahaja makanan, sabun juga ibu sudah tukar kepada Sabun Habbatussauda'.
Ternyata pengambilan makanan sunnah memang terbaik (bagi ibu). Ianya bukan sahaja mengandungi banyak khasiat, harganya juga jauh lebih murah!
Boleh kongsikan apakah 'supplement' yang ibu-ibu sedang 'consume' sekarang. Sudah berapa lama ibu-ibu mengambilnya dan berapa budget untuk 'supplement' setiap bulan?
Me and my kids took honey twice a day. We rarely fell sick.
ReplyDeleteMakanan sunnah is the best.
One of my post on honey
ReplyDeletehttp://garlicandbutter.blogspot.com/2011/03/honey-anyone.html
Subhanallah garlic & butter, cerita tentang madu itu sangat menarik...
ReplyDeleteIbu menjadi penggemar madu selepas anak ke-2 ibu mengalami ekzema dan alahan.
Alhamdulillah anak-anak yang selalu selsema insyaaAllah boleh baik dengan amalan pengambilan madu.