Oct 17, 2009

Masa Ibu Anda



Ini lah masa ibu saya! Saya pernah terbaca satu ruangan blog menceritakan tentang masa ibu.... menjadi satu kepuasan bagi saya apabila saya dapat meluangkan masa mengadap laptop yang dah agak kelabu ni... sbb byk sgt habuk huhu. Tidak kira lah samaada update blog, menulis sesuatu atau meninjau sesuatu yang saya suka, mencari artikel dan sebagainya, asalkan tiada gangguan daripada sesiapa jua terutama anak-anak (sibuk lah diorang nak menempel bila saya mengadap dan nak pegang mouse itu yang tak tahan...) dan juga gangguan cik abang, yang kejap-kejap asyik nak tengok permainan dia yang apa-apa ntah! Mungkin itu adalah masa abah cik abang kut... emm maybe.

Satu lagi masa ibu saya ialah shopping...! tengok tu gambar kerusi dengan shopping trolley skali... hehe...wah best betul bila ada masa untuk diri sendiri sambil shopping ataupun sekadar window shopping, memang boleh legakan tension saya. Kalau sekarang ini saya banyak menghabiskan masa di rumah, window shopping thru internet pun ok lah. Apa masa ibu anda?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails