Skip to main content

Open House Lagi...?

Sabtu dan Ahad baru ni ada lagi jemputan rumah terbuka walaupun Syawal sudah pun berakhir.. 2 antara jemputan ini adalah sempena house warming. Sabtu ada 2 undangan, satu di Aman Suria Selayang dan satu di Puchong. Kami cuma sempat ke Selayang sahaja, rumah duplex town house seperti dalam gambar. Agak teruja juga apabila saya sampai di sana sebab rumahnya agak unik. Jika dilihat dari belakang seolah macam 2-storey sahaja, tapi jika di bahagian depan seperti 4-storey (hehe betul ke istilah tu?)

pandangan hadapan

pandangan di belakang

Setiap baris rumah ada 4 level, pintu depan dan gate untuk rumah level G & 1 di bahagian hadapan manakala pintu dan gate untuk rumah level 2 & 3 di bahagian belakang. Kawasan rumah ini asalnya adalah bukit yang dilereng berperingkat, sebab itu bahagian depan dan belakang berbeza. Saya bayangkan rumah di level G & 1 seolah-olah separuh berada di dalam tanah.

sebelah kiri tu nampak 4 level, tapi belah kanan nampak 2 level sahaja.

Setiap lorong rumah juga berbeza ketinggian, semakin jauh rumah semakin tinggi anda perlu mendaki.. seperti gambar di atas ini. Saya membayangkan agak sukar juga anak-anak seusia anak saya Hakim ni nak kayuh basikal, kalau menuruni bukit sukar pulak nak kawal, kalu nak mendaki alamat kejap bising lah dia.


sibuk meninjau kawasan rumah untuk memahami rekabentuknya

Pada ahad pula kami ke Taman Tun Hussien Onn, Cheras undangan rumah terbuka juga, kami beriya ke sana sebab belum pernah pergi ke TTHO itu, tambahan pula tuan rumah adalah bekas chef dan sekarang buat perkhidmatan katering. Makanan memang best, ada nasi beriyani, laksa, nasi impit, sate, lontong, bubur jagung, kek coklat (ni memang saya suka sebab pernah tempah), kek buah, kuih2 dan biskut raya serta air. Saya cuma sempat rasa beberapa sahaja, mulut macam nak makan lagi, memandangkan ramai pula tetamu yang datang niat saya terbatal dan kami beransur pulang. Dapat lagi ole-ole di bawa balik serta duit raya untuk anak-anak... memang suka lah dorang tu dapat hadiah(duit raya dalam sampul tu diorang panggil hadiah)

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...