Skip to main content

Bayi Baru Lahir dah Tumbuh Gigi?



Kebiasaannya bayi akan mula mempunyai gigi pertama mereka apabila berusia 6/7 bulan, tetapi tahukah anda bahawa ada bayi yang mula mempunyai gigi pertama mereka seawal kelahiran. Anak sulung saya Hakim sebagai bukti telah mempunyai gigi sejak dari keluar dari perut ibu.

Kelahiran pertama yang tidak mungkin saya lupakan itu merupakan detik bersejarah apabila nurse yang menyambut kelahiran bayi pertama saya menegur dengan mengatakan "eh anak awak ni dah nak tubuh gigi!" dengan nada yang agak terkejut apabila melihatnya ketika baby Hakim menangis. Saya juga hampir tidak percaya, sebaik sahaja nurse meletakkan anak di dada, saya hanya memeluk bayi saya dengan linangan air mata kegembiraan.

Selepas suami mengazankan bayi barulah saya beritahu tentang perkara itu dan minta dia melihatnya. Memang agak terkejut juga kerana gusi di bahagian bawah sudah membengkak dan kelihatan keputihan seperti gigi yang mahu keluar dari gusi, saya menghulurkan jari memang terasa 2 batang gigi itu. Perkara ini menjadi bualan ibu bapa dan keluarga saya kerana kami menyangkakan bayi ini mesti istimewa! Semua bayi istimewa kan? Ramai yang mengatakan bahawa gigi tersebut hanya sementara dan akan tercabut dengan sendiri, tetapi sangkaan mereka semua silap kerana 2 batang gigi yang tumbuh itu kekal sebagai gigi susu Hakim sehingga sekarang.



Gambarajah menunjukkan kedudukan gigi kanak-kanak dan bila gigi tersebut tumbuh dan jangka hayat gigi kanak-kanak. Saya tidak sempat merakam gambar gigi tersebut semasa Hakim masih baby maklumlah tiada telefon berkamera ataupun digital kamera yang saya ada. Gambar yang ada semuanya tidak menampakkan gigi Hakim, cuma ada satu gambar yang kami ambil sewaktu usia Hakim 4 bulan ketika itu yang baru mula meniarap. Masa ni dah ada digital kamera pinjam daripada adik.

Nampakkan gigi Hakim yang 2 batang kat bawah tu.. boleh klik pada gambar untuk lebih jelas.


Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...