Skip to main content

Hakim vs Kek Pisang


Ni lah dia Hakim anak sulung kami. Hakim dah berusia 4 tahun 6 bulan 3 hari, seorang kanak-kanak yang periang, banyak cerita dan sangat suka tersenyum. Dipendekkan cerita, semalam rutin harian macam biasa... abah telefon ibu bertanyakan sesuatu, tiba-tiba Hakim bersuara "ibu... cakap abah beli kek pisang!" ibu pun pass telefon pada Hakim untuk bagitau sendiri dengan abahnya "Abah.. beli kek pisang, Hakim nak makan kek pisang...!" tak tahu apa yang dicakapkan oleh abahnya, saya cuma mendiamkan diri, dalam hati saya terdetik... Hakim ni banyak betul permintaan ini bukan kali pertama! Setiap kali saya berbual dengan abahnya di telefon pasti ada saja yang diminta untuk abah belikan. Kanak-kanak seusia begini pun banyak keinginan kan? Ini belum lagi termasuk permintaan apa-apa ntah yang selalu diiklankan dalam kaca tv. Mengidam kek pisang ke anak aku ni? Maklumlah dah lama pun x beli kek pisang, teringin la tu. Kami sekeluarga ni memang suka makan.... bukan banyak makan ek! hehe..... kek pisang ke, kek coklat ke, bahulu ke, keropok ke, biskut bangkit ke, roti keping gardenia tu ke, buah2 ke, itu semua menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalu beli memang kejap je dah habis. ;-D

Alkisah semalam kami pun keluarlah mencari sedikit makanan untuk mengalas perut ibu yang sentiasa lapar ni.. (eh saya kan nyusu.. selalu jer lapar... alasan), sepanjang perjalanan, hakim asyik sebut ttg kek pisangnya... mana kek pisang hakim? Dari abah balik keje sampai lani... kat kedai2 kdg tak dijualnya kek pisang, pusing punya pusing adalah nampak kek pisang kat satu mini market. Fuh lega... kalu x tak tau la saya maybe ada orang yang tak boleh tidur kut malam ni. Lepas aje da dapat kek pisang tu terus senyum.... ai betul macam orang mengidam! Hakim ni selau kalu nak apa2 bila dipujuk ok lah dia.. kek pisang ni lain macam sket. Si Aiesyah pun apa lagi... turut sama lah nak kek pisang ;-)

Hobi Hakim suka ambik gambar... banyak betul gambar 'muka' macam ni yang diambilnya. Ni hakim nak tunjukkan pipinya yang merah sket masa tu... (x nampak lak merahnya sbb flash). Ada juga yang dia ambik gambar telinga, hidung, mulut, mata, dan juga koleksi gambar2 character yang ada di baju2.

Semua gambar-gambar ini hak cipta terpelihara yang dirakam sendiri oleh
Muhammad Amirul Hakim.

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...