Skip to main content

Kartun sepanjang zaman


Anda suka tak tengok kartun sewaktu kecil dulu? Siapa yang tidak tengok katrun sila angkat kaki... hihi rasanya sebahagian besar daripada kita memang suka kartun kan? karakter dan jalan cerita memang menarik hati kita untuk teru menonton dan menonton. Saya memang sukakan kartun Tom & Jerry, Woody Wood Pecker, Ninja Turtle dan macam2 lagi... pendek kata semua jenis kartun saya tengok sewaktu kecil dulu eh eh bukan sekarang pun masih tengok ke? Haha... pendek kata memang suka la.... sekarang bila di rumah, saya selalu duk layan anak-anak tengok kartun, yag paling diorang suka tengok mesti lah Tom & Jerry
Bukan anak-anak ajer yang layan kartun ibu ngan abah dia pun sama jer... kartun-kartun ni memang menghiburkan. Bila melihat keletah Jerry tidak terasa geli langsung kita pada si tikus kecil itu kan? Bayangkan tikus-tikus yang kita lihat di luar ini adalah Jerry haha sama ke? Kalu saya lah tengo Jerry kat luar sure lari lintang pukangnyer.. tak ingat dunia, isk saya memang geli lah si tikus kecil itu.
Teringat zaman saya bersekolah dulu, saya tinggal di asrama daripada Form 1 sampai lah masuk Universiti (asrama jugakkan?)masa tu kami bergeng adalah dalam 3 orang, menggelarkan karakter kartun masing-masing mengikut huruf depan ejaan nama. Saya jadi Woody Wood Pecker sebab nama saya bermula dengan huruf W, 2 lagi member saya digelar Ninja Turtle dan Flinston. Katrun ni memang melekat kat minda kita sampai sekarang kan, sebab tu kita layan jer kartun sampai sekarang. Anak-anak berlagak dan beraksi seperti karakter yang diorang minat tu memang biasa. Hakim dengan Ben-10 memang dah tak boleh dipisahkan, setiap hari ada saja cerita tentang Ben-10 yg keluar daripada mulutnya, Aiesyah pula ikut aje si abangnye tu.. Umar ni.. emm belum pandai nak beraksi tapi bila tengok tv bulat juga matanya.


Sekarang ni limpahan kartun yang disiarkan di kaca tv, ada yang elok untuk anak-anak, tetapi ada juga kartun yang kurang sesuai dengan umur kecil mereka yang suka meniru aksi ganas kartun tersebut terutama kartun luar. Saya juga risau dengan anak-anak sekarang ini, harap-harap karakter yang dilihat tidaklah menjadi karakter mereka bila dah besar nanti.

Comments

  1. cakap sal kartun ni..huhuhu teringat kt anak sedare ...lau dia dh dok dpn tv tgk kartun,alamatnye xde harapanla mak sedraenye nk tukar lain...dah budak2 nk marah pun xleh.huhuhu

    ReplyDelete
  2. rosma, anak2 mcm tu la... kdg sampai gaduh.. yerla mana thn tgk kartun ajer 24jam kan? haha

    ReplyDelete
  3. heheheh..mmg best layan kartun..xpnh jemu..dulu masa skolah layan sailormoon, tom n jerry, scooby doo, dragon ball..skrg layan Upin & Ipin pulak..lega je lps pnt blk keje..layan kartun

    ReplyDelete
  4. @hanniKasim

    betul2 memang boleh release bila tengok kartun sebab kita gelakkan? ketawa menghilangkan tekanan :)

    sekarang ibu ni pun suka upin ipin, boboiboy dan pada zaman dahulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...