Skip to main content

Work@Home?

Salam,

Anda pernah terfikir untuk bekerja dari rumah seperti saya sekarang? (sekarang jer.. soon or later saya tetap akan keluar jugak) macam frust aje bunyi nyer kan? Isk mana ada tu saja jer... sebab walaupun sekarang saya sepenuhnya berada di rumah... keluar bila perlu sahaja, tapi tak selamanya saya akan begini, saya mana boleh duk terperap kat rumah aja.... skang ni pun dah macam tak tentu arah dah hidup saya sebab dah lama tak keluar sendirian... bershopping, jenjalan, pegi lah mana2 ke kan janji sorang-sorang.. saya suka! Kelakuan macam ni saya buat sekali-sekala saja, jangan salah faham pulak.

Ibu kepada 3 anak ini dan maidless menjadikan hidup saya sekarang sedikit huru-hara apabila suami tiada di rumah... huhu. Saya sangat suka berinteraksi dengan laptop saya, bila ada 'time' je saya sure duk ngadap.... kadang-kadang sambil feeding baby pun saya duk ngadap juga. Cukup lah merepek ni.... ;0

Jika anda terfikir untuk menjadi SAHM ke WAHM ke.. biar lah keputusan itu adalah yang terbaik untuk anda dan keluarga. Jika anda juga maidless seperti saya dan menguruskan sendiri rumah yang dah agak 'tunggang-langgang' ni, maka anda mestilah seorang yang;

1. sangat penyabar dengan tingkah laku anak-anak yang suka sepah-sepahkan barang dan makanan. Alah ibu mana yang takde angin takde ribut kan? kan? Tapi saya tak lah sampai tangan-tangankan anak-anak, alhamdulillah tahap kesabaran masih tinggi... petua nya senang ajer.. buat dunno aka buat tak tau jer... suka hati la.

2. buat keje ada jadual.... saya dah lekat lama dah work-schedule kat rumah ni... ada tampal kat tepi laptop ni haa... tapi nak ikut betul2 tu mak aiii... susahnya, yelah patut baby tido kul 9lebih pagi2 tu.. sbb kul 9.30 sy kena start ngadap... tapi kalu kul 10 pun baby xmo tdo, pastu bila dah ngadap ni kadang2 dah time-up tapi still lagi.. ai cam melekat ajer....

3. boleh tahan mata untuk tidur lewat daripada biasa dan bangun lebih awal daripada biasa... nak wat kerja tanpa gangguan bila waktu malam dan awal pagi. Have to consider waktu tidur... terutama bila ada anak kecil. Sejak saya melahirkan baby umar 4 bulan setengah yang lalu, amat jrang saya boleh tidur di siang hari dan lena tanpa gangguan di malam hari.. (baby bangun menyusu setiap 3-4 jam)

4. boleh bertolak ansur bila masa bersosial anda perlu banyak dikurangkan.... sosial life saya sekarang hanya di alam maya sahaja ( isk..isk..isk) saya bercakap sekarang yer... sebab saya pun dah tak sabar nak mulakan rutin seperti 7 bulan yang lalu... InsyaAllah. Dulu bila ada masa terluang time saya keluar sorang-sorang terutama lepas jumpa client dan pulang dengan senyuman ;-D saya akan pergi ke mana-mana shopping complex yg berdekatan untuk lepaskan gian (shopping... tapi selalunya shopping tingkap aje) dan makan di tempat yg best selepas penat berjalan dan terasa amat lapar .. hehe dah kenyang suka hati.. saya akan pulang ke rumah dengan gembiranya. (Really miss this right now!)

5. Sediakan banyak perencah segera untuk memudahkan anda masak dengan cepat dan sedap, banyak dah sekarang perencah masakan yang halalan toyyibah kan xde msg semua tu. Kalu dapat pesan cam mangkuktingkat tu lagi best! Masak sekali harung jer... macam saya selalu buat masak di awal pagi menu harian sampai ke petang. Abang dan anak-anak ok jer... isk mana sempat nak masak dengan anak2 dan ngadap lagi kan? Ok la tu...!

6. Dapat pasangan hidup yang memahami dan menyokong apa saja yang anda buat dan sentiasa membantu kerja-kerja harian di rumah. Terima kasih abang!

7. Apa sahaja yang difikirkan perlu untuk anda fikirkan.. ;-)

Comments

  1. Duk umah jaga anak ni bukan senang! I know ... Tapi mungkin berbaloi ... Semoga hepi dlm apa jua pilihan!

    ReplyDelete
  2. time kasih.. precious, hope u happy too.

    ReplyDelete
  3. hmmm.. it not as simple kan? WAHM/SAHM.. saya tak boleh bayangkan kalau saya WAHM sebab saya mmg kurang sabar ngan anak2 ni...

    ReplyDelete
  4. kenalah belajar bersabar dear asmahani...
    namapun anak-anak... macam2 perangai diorang

    ReplyDelete
  5. wan

    perkara no-4 tu,saya buat macam ni, mintak satu hari cuti dengan en.suami, atau semua anak2 ditinggalkan di nurseri, satu hari je bukan lama mana pun

    dan jadikan satu hari tu masa untuk terapi, cuci mata, rehat dan apa2 je

    tapi tu lah kan sebab dah biasa jaga anak, rasa mcam tak boleh tinggal lama-lama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.