Skip to main content

APA CERITA?

Bismillah...

Pulang kampung dengan rasa yang sangat gembira dan seronok, pulang ke mari dengan rasa gembira bercampur pilu (ala-ala cerita hindustan gitu, dengan mak lah selalunya macamlah nak pergi lama... huhu sebulan 2 nanti balik lagi alahai anak mak). Jika tiada aral minggu depan mak dan ayah akan ke sini pula, adikku yang bongsu akan mendaftar di UITM. Kami yang tinggal di area KL dan Selangor akan berkumpul bila ada keluarga yang datang dari kampung inikan pula mak ayah.


Sampai di rumah sekitar jam 11 malam, susukan baby Umar terus ibu tertidur. Bangun seawal 5 pagi terus bukak pc (buang tabiat dah ni sebab dah seminggu tinggalkan buddy dan kawan2 rindu rasanya... ;-) pc dah terpasang elok, baju dah siap berbasuh, agaknya pukul berapa lah abang tidur sempat buat semua kerja dengan memunggah barang-barang selori dari dalam kereta. Satu barang pun ku tak sempat punggah, ingat nak tolong juga (percaya kah?) Seharian semalam saya seperti berjalan dengan separuh badan aje (betul, separuh lagi nak tidur aje.... tidur pun x puas juga dengan sakit badan, sakit pinggan) Abang kena beli BMW X5 macam yg Ekin Mawi bawa tu barulah tak sakit badan ni... hihi, nak balik setiap hujung minggu pun boleh
Sepanjang perjalanan balik dari Hulu Selangor - Tapah - Cameron - Gua Musang, banyak kereta yang melalui Lebuhraya PLUS, musim cuti agaknya, jam teruk pula tu di Cameron sepanjang jalan dari Brinchang ke Ringlet. Kereta mulai reda bila kami sampai di Kampung Raja. Ramai yang bercuti di Cameron musim cuti sekolah ni, keadaan sangat dingin dengan hujan renyai-renyai. Durian pun banyak sangat dijual di sepanjang Tapah ke Cameron, memang teringin juga nak berhenti dan makan tapi memandangkan banyak kereta, kesian pada yang bawa kereta, saya diam jer lah. Bertolak sekitar jam 9.30 pagi, abang Jumaat di Tanah Rata dan sampai di Masjid Gua Musang sekitar jam 6! Fuh sepatutnya dah sampai rumah dah ni.

Kepada semua yang mendoakan kami ucapkan terima kasih, Alhamdulillah sudah sampai ke mari dengan selamatnya.

Comments

  1. alhamdulillah selamat sampai...mmg sakit badan lau lelame dok lam kate..lagi2 perjalanannyer jauh..hu3.satu hari nant dapat ler kate cam mawi tu..he3.insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. wat gapo cuti lamo2 di kg hr tu?

    ReplyDelete
  3. rosma Amin
    nuradyani balik sambil bercuti dan rehat ;)

    ReplyDelete
  4. lama dah tak dtg komen.. bz la.. by d way, alhamdulillah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.