"Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya tiada" baca dengan nada lagu ubat batuk cap ibu dan anak. Ini bukannya kisah anak yang sudah kehilangan ibunya tapi kisah anak kecil yang pergi ke klinik tanpa ibu. Seperti biasa appointment klinik selalunya jam 11 pagi supaya senang abahnya keluar ponteng kerja dari ofis dan hantar ibu dan baby ke klinik. Jam dah menunjukkan jam 11.30 tapi wajah abah belum lagi kelihatan di depan pagar rumah. Isk lupa kah hari ni ada appointment klinik dah cakap dah semalam terus ibu call.... ok2 on the way..on the way (jawapan standard bagi orang yang sampai lewat). Apabila jam sudah hampir jam 12 baru kedengaran deruman gegaran satu taman kereta. Bila abah masuk rumah ibu mula buat muka macam telur separuh masak 'abah pergi dengan baby jer la.. ibu takmo pergi dah lewat ni..!' teruknya perangai ibu ini. Ibu sebenarnya agah-agah ajer.. yer lah ayat merajukkan. Alih-alih abah ambil baby Umar dan tuala kecil terus bawa masuk kereta dan pergi... lar ingatkan nak cubaan.. cubaan ajer.. tapi dibilangnya betul..betul (macam pendekar bujang lapok tapi versi terbalik).
Ibu tahu abah memang pandai jaga anak-anak, ini bukan kali pertama abah pergi bertiga ke klinik tanpa ibu (orang ke-3 tu Hakim sibuk aja nak ikut kalu abah ke mana-mana) kali pertama sewaktu baby berusia 3 hari, nurse yang datang ke rumah syak baby kena demam kuning, ibu pula tak boleh bangun mengerang kesakitan kerana rengat (ala yg memulas dalam perut lagak macam kontraksi melahirkan juga tapi rengat yang ibu kena waktu tu lebih teruk dari sakit bersalin) bayangkan keadaan kami yang tinggal berlima sahaja ketika itu tiada mak atau mak mertua yang datang menemani (bersyukur dan berterima kasih lah anda jika mak atau mertua datang membantu). Jika anda mengalami senggugut yang teruk maka anda bertuah kerana dapat membayangkan situasi sebenar rengat dan melahirkan hehe.
Lebih kurang jam 1.30 tgh abah pulang dengan baby Umar dan Hakimbodyguard ni. Tengok abah pegang CD baby, eh baby tak pakai CD kah? kan kencing kan... ' kenapa abang?' dah ok dah merajuk ibu 'Umar berak' 'habis x pakai pampers lah tu?' pakai amik orang lain punya tertinggal kat klinik boleh ke? Nurse yang bagi. Isk..isk jika abah bawa anak ke mana-mana tidak lah fikir susah macam ibu nak bawa itu ini sampai penuh beg dengan harta karun dan sampah sarap. Beberapa bulan sebelum ini tidak pernah pula baby keberakan semasa hendak ditimbangkan (apa ayat nih?) alih-alih dengan abah juga... nasib la abah cuma yang ibu kagum sangat tu sebab abah ni cool aja, biarlah apa yang berlaku pun.... abah tetap cool
Ibu tahu abah memang pandai jaga anak-anak, ini bukan kali pertama abah pergi bertiga ke klinik tanpa ibu (orang ke-3 tu Hakim sibuk aja nak ikut kalu abah ke mana-mana) kali pertama sewaktu baby berusia 3 hari, nurse yang datang ke rumah syak baby kena demam kuning, ibu pula tak boleh bangun mengerang kesakitan kerana rengat (ala yg memulas dalam perut lagak macam kontraksi melahirkan juga tapi rengat yang ibu kena waktu tu lebih teruk dari sakit bersalin) bayangkan keadaan kami yang tinggal berlima sahaja ketika itu tiada mak atau mak mertua yang datang menemani (bersyukur dan berterima kasih lah anda jika mak atau mertua datang membantu). Jika anda mengalami senggugut yang teruk maka anda bertuah kerana dapat membayangkan situasi sebenar rengat dan melahirkan hehe.
Lebih kurang jam 1.30 tgh abah pulang dengan baby Umar dan Hakim
baiknyer ayah umar n hakim ni...untung kak anie..lain kali leh merajuk lg.hehehehe
ReplyDeletehehe.. x bleh la merajuk la rosma.. kalu merajuk pun kena control depan anak2.. malu la ibu!
ReplyDelete