Skip to main content

Kuasa Derma


Bismillah

Anda percaya dengan kuasa derma? Saya percaya derma atau sedekah boleh membantu saya bertambah kaya (haha betulkah kenyataan itu?) sebetulnya saya percaya kuasa derma mampu menyempurnakan hidup saya InsyaAllah kerana ada kata-kata yang menyebut (saya sudah lupa daripada mana saya dengar, kepada yang membaca sila betulkan saya jika anda tahu yer) "Tiada miskin orang yang menderma dan tiada kaya orang yang kedekut". Dermalah kerana banyak ayat Quran dan hadith Rasulullah S.A.W menyebut tentang derma, betapa mulianya orang menderma. Derma tidak hanya melalui wang ringgit asalkan kita ikhlas melakukannya dan jangan menunggu kaya baru hendak menderma kerana saya percaya waktu terbaik untuk menderma ialah apabila kita dalam kesempitan. Ada cerita menarik tentang derma/sedekah yang saya ingin kongsikan, sila baca hingga ke noktah terakhir.





Jangan sesekali takut untuk menderma, kerana janji Allah itu pasti. Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda asalkan kita melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Pernah terjadi suatu ketika dulu sewaktu kami agak kesempitan wang maklumlah tengah bulan hanya menunggu cukup bulan dapat gaji dan sangat berkira-kira untuk berbelanja. Hari itu hari Jumaat dan abang solat Jumaat di satu masjid yang agak besar di kawasan separuh bandar (maklum saja kerja abang yang sentiasa di atas jalan setiap hari) merata juga lah abang solat. Selepas selesai solat Jumaat, jemaah mula beredar tapi abang ambil sedikit masa untuk berehat sebelum menyambung kerja. Tiba-tiba ada seorang pemuda menegur abang dan meminta sedikit wang untuk pulang ke kampung di utara katanya, isterinya baru sahaja melahirkan bayi sulung mereka dan emergency dia bergegas pulang tanpa membawa wallet atau sebarang dokumen sah apalagi wang. 



Abang sebenarnya kesian melihat pemuda itu apalagi selepas mendengar ceritanya. Abang mengambil wallet dan melihat hanya ada sekeping nota RM50, tiada wang kecil apatah lagi wang besar yang lain. Jika anda berada di tempat suami saya apakah yang anda lakukan?



Saya tinggalkan persoalan itu dan biarlah anda sendiri yang menjawabnya.

Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Comments

  1. mm... betul tu... nape yerk, kita nak derma mesti nak kena cari duit kecil? manusia2...

    ReplyDelete
  2. mmm.. tu lah kan padahal apa yang kita ada semua drpd-Nya, hanya dipinjamkan sementara

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.