Skip to main content

BUKU INSPIRASI CONTEST 2010



Ini adalah entry contest pertama saya di tahun 2010 yang dianjurkan oleh Pn. Masayu. Boleh dikatakan ini rentetan daripada contest yang diadakan tahun lepas berkenaan SOHO, WAHM, SAHM, WAHO (Work@Home and Office) Yang ini saya tambah sendiri sebab ramai ibu hebat yang bekerjaya di pejabat dan juga bekerja di rumah.Sila ke laman ini untuk melihat selanjutnya tentang contest ini.
Jika berkesempatan saya ingin mendapatkan kedua buku... boleh ker Pn Penganjur? Saya memang peminat buku tentang perancangan kewangan dan sekarang saya sangat berminat untuk membaca karya Ust. Hasrizal (selepas Aku Terima Nikahnya) ;)

1. Status kini
c. Wanita bekerja di rumah

Saya lebih suka menggunakan kerjaya di rumah daripada kerja (kerja2 rumah juga kerja di rumah tetapi kerjaya ini khusus kepada kerja... faham ke apa saya cakap ni? :)) )
Walaupun saya bekerja di rumah sekarang tapi saya ingin membina kerjaya sepertimana ibu2 yang membina kerjaya di pejabat.

Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungjan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.
4. Cabaran wanita bekerja di rumah

Pernah saya kongsi di dalam blog ini suatu ketika dahulu tentang cabaran bekerja di rumah. Sewaktu mula berhenti kerja pada 2008 saya masih bekerja seperti biasa keluar pagi dan balik petang, juga hari minggu jika ada keperluan cuma yang berbeza saya tidak terikat dengan majikan. Ada waktu saya pulang petang tapi saya bekerja sehingga tengahari sahaja, waktu petang saya habiskan masa di kedai buku, membuat kerja sendiri dan sebagainya. Mendapat status bekerjaya sepenuhnya di rumah pada April 2009 sewaktu mengandungkan anak ke-3 Umar yang kini sudah 6.5 bulan. Pada waktu itu saya mula menjaga 2 anak (4thn dan 2 thn) sepenuhnya di rumah dan mula mengorak satu lagi langkah membuat perniagaan pakaian kanak-kanak secara online. Bekerja di rumah dan menjaga 2 anak kecil di rumah bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan saya sedang sarat (bawa perut ke mana sahaja) ketika itu. Alhamdulillah suami banyak membantu terutama kerja rumah juga penghantaran barang kepada pelanggan  :)>-
Cabaran bertambah hebat apabila saya melahirkan anak ke-3, memang kelam kabut saya dibuatnya dengan nak melayan karenah anak-anak lagi dalam masa yang sama memberi khidmat kepada pelanggan dan menguruskan kedai online saya. Berkorban waktu tidur sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Sekarang saya cuma menjaga 2 anak kerana anak yang sulung telah masuk sekolah. Terasa banyak masa terluang di rumah menyebabkan saya merasa terdorong untuk kembali ke dunia kerjaya seperti dahulu cuma keadaan sangat berbeza sekarang kerana saya sangat tidak sampai hati untuk berikan pada orang lain menjaga anak saya yang masih kecil terutama baby Umar. Cuba ibu-ibu bayangkan perasaan sewaktu mula menghantar baby 2 bulan kepada pengasuh untuk sambung bekerja selepas 2 bulan bercuti.. tidakkah seperti meroyan, bayangkan tahap meroyan saya jika menghantar anak yang lebih 6 bulan dalam jagaan saya sepenuhnya kepada orang lain :-((  (Sesiapa yang pernah mengalami dan ingin berkongsi sangat dialukan)
Saya dan suami telah berbincang dan saya mengambil keputusan untuk terus menjaga dan mengasuh anak kami sendiri dalam masa yang sama saya ingin membina kejayaan dalam kerjaya seperti suatu waktu dahulu. InsyaAllah semoga Allah merahmati usaha kami dan mempermudahkan perjalanan hidup kami. Saya punya impian yang tersendiri dan saya ingin membina kegemilangan dalam hidup yang singkat ini.
Saya tidak pasti adakah ini perkongsian pengalaman atau sesi luahan perasaan :)

Nyatakan:

1. Nama penuh mengikut ic:
Wan Rohani Wan Ismail

2. Blog:
http://tintacomellote.blogspot.com
http://comellotecollection.blogspot.com

3. Email:
comellote[dot]corner[a]gmail.com

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Banyak sungguh contest rupa-rupanya dalam dunia momblogger ni. Jemput datang ke rumah baru denaihati dan jangan lupa tukarkan link di bloglist ke http://denaihati.com

    ReplyDelete
  3. panjang lebar penjelasan kak ani... :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah saudara denaihati... saya akan ke sana
    UmiHariZahin: ye ke? Rasa macam banyak lagi nak tulis ... :)

    ReplyDelete
  5. panjang lebar n3 kak anie kali ni..info yg baik..tq

    ReplyDelete
  6. berkongsi aka bercerita tu yg panjang tu... :D

    ReplyDelete
  7. good luck!

    seronok saya baca pengalaman dan cabaran yang wan anie ceritakan. saya baru je 2 bulan lebih jadi SAHM, tgh pregnant 7 bulan pun.. inshaALLAH sekarang dlm proses nak jadi WAHM pulak..harap2 berjaya, ameen

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah hadhatina... saya doakan semuanya berjalan dengan baik mengikut apa yang telah dirancang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.