Skip to main content

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK


Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu cara Komunikasi Berkesan. Agak sukar untuk menjadi pendengar yang baik jika kita tidak tahu bagaimana caranya. Faktor ini boleh menyumbang kepada keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Amat penting untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak juga, jangan cepat menghakimi dan memberi tindakbalas atas apa yang diceritakan oleh anak sedangkan mereka hanya mahu kita mendengar.
2 sebab utama kenapa kita mesti menjadi pendengar yang baik. Pertama, kita mempelajari apa yang kita tidak tahu hanya selepas kita sanggup mendengar. Kedua, manusia mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik
Berikut adalah tips menjadi pendengar yang baik:
1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan
2. Berikan perhatian sepenuhnya
3. Lihat tepat ke dalam anak matanya
4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas
5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya..... ya... haah.. hoho" dan sebagainya
6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya
7. Ubah mimik muka mengikut perkara yang dicakapkan. Jangan pula kawan sedang cerita sedih, kita senyum... :)
8. Elakkan daripada mengkritik
9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai
10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda kita mendengar dengan penuh minat
11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda kita faham ataupun bagi memastikan apa yang kita faham itu betul.

Perlu dipraktikkan sehingga menjadi tabiat. InsyaAllah bila menjadi pendengar yang baik, maka perhatikan bagaimana mereka di sekeliling mula mengutamakan kita. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan kita rakan karib mereka. Orang bawahan mula menghormati kita sebagai ketua. Begitulah kesannya apabila kita menjadi pendengar yang baik. Sama-sama kita praktikkan.

Comments

  1. Salam ziarah.

    Saya selalu mencoba untuk menjadi pendengar yang baik;-)

    ReplyDelete
  2. untuk situasi jika salah seorang asyik bercakap sahaja tanpa henti, seorang lagi perlu ubah taktik agar bukan seorang sahaja kuasai keadaan,kang nanti boring pula, asyik sangap saja ;D

    ReplyDelete
  3. salam,
    kdg2 sbg ibu, saya ni tak jadi pendengar yg baik utk anak2 lebih2 lg bila sibuk dgn kerja2 rumah.

    ReplyDelete
  4. Ust. Cahaya: InsyaAllah sama2 lah kita
    Mas: betul3... kalu kita cakap yg duk dengar tu xde interaksi pun x best kan?
    Nur: sama lah kita...

    ReplyDelete
  5. saya mmg pendengar yg baik.. sebab tak reti nak byk ckp.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. o ye ke umiharizahin... mmmm mesti husband banyak cakap ek? selalu isteri yg potpetpotpet

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum wan. kakchik setuju benar dengan tulisan wan ni. menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar sebenarnya jika orang yang bercakap dengan kita juga memandang kita semasa bercakap dengan kita. komunikasi akan lebih berkesan apabila kita boleh dengar dengan baik dan lihat dengan baik.

    p/s: harap wan izinkan untuk kakchik salin tips yang tersenarai tu.

    ReplyDelete
  8. waalaikummussalam... k.chik, boleh k.chik silakan... sharing is caring :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.