Skip to main content

Silap Saya - was Gathering

Semalam berungkus lumus saya menyiapkan gulai ikan untuk juadah nasi dagang yang saya nak bawa ke gathering MBP hari ini. Lepas balik dari membeli barang-barang dapur saya mula kan operasi, dari jam 7.30 hingga 9.45 mlm. Saya bangun hampir jam 5 pagi untuk siapkan nasinya pula, jam 7.30 baru selesai semua padahal saya plan nak gerak dah time tu :( Anak-anak baru bangun, lepas dah siapkan anak mandi pakai semua, depa nak makan pulak..... gitu gini hampir jam 8.20 baru gerak, dahler lewat turun lepas 10 minit perjalanan kami patah balik sebab barang tertinggal :-s


Sampai di area Tasik Shah Alam hampir jam 9.30 pagi, dah lewat sangat dari perancangan asal, tak tahu berapa kali kami duk tawaf tasik tapi tak nampak pun lembaga hijau yg saya bayangkan sebelum datang ke sini. Kami berhenti bila melihat kelibat ramai orang, tapi bukan group MBP. Jam menunjukkan 10.58 anak-anak dah meragam nak main playground. Kami berhenti di tepi tasik berdekatan dengan masjid (saya ingat landmark yg diberikan area masjid, manalah tahu kut terjumpa) betul-betul mengadap Wisma MBSA dan Muzeum Negeri. Juadah yang dibawa untuk potluck kami makan sendiri jer.


Saya sangat kecewa kerana apa yang saya bayangkan tidak berlaku semuanya silap saya!


1. Silap saya tidak bawa map dan confirmkan tempat (selalunya saya akan bawa map ke mana shj jika saya tidak pasti dengan lokasi tersebut, hari ni tak tahu lah....)
2. Silap saya kerana percayakan abang, saya tunjukkan map pada abang 2 hari lepas dan abang cakap ok
3. Silap saya kerana tiada satupun contact no yang saya save dalam phonebook (selalunya saya akan pastikan ada contact no. yg saya boleh call jika berlaku apa-apa, hari ni tak tahulah....)
4. Silap saya kerana tidak dapat menjamu rakan MBP dengan juadah yang saya bawa
5. Silap saya kerana dah berjanji dengan anak-anak bahawa mereka akan berjumpa ramai kawan dan bermain bersama
6. Silap saya kerana tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan merasa food yg enak2 yang duk terbayang di dalam kepala ni
7. Silap saya kerana saya masih lagi rasa frust sehingga sekarang ni

Semuanya silap saya kerana saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Kecewa saya tidak ke mana kerana perkara sudah berlaku. Seperti abang cakap, jika mende duk sebelah mata pun tapi jika Allah tak bagi nampak maka kita tak nampak. Kami merancang Allah menentukan, pasti ada hikmah.

Notakaki: kepada Ros littlemama dan rakan2 MBP, saya minta maaf tidak dapat menghadirkan diri dan saya sungguh kecewa sebenarnya kalau boleh nak minta MBP adakan gathering lagi sekali :)>-
Saya duk risau siapa nak habiskan nasi dagang ni? :((

Comments

  1. salam Ani,
    la bakpo gitu Ani. sienyo ko Ani. hmmm tak dok rezekila mommies lain nok make nasi dage.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ternampak komen you kat MBP site tadi..terpanggil nak baca ni. Semalam I pun first time join, sampai dlm 9am kot sebab hantar hubby ada function di Grand Blue Wave hotel sebelum tu. Nak sampai ke hotel tu yg kami berpusing2! Dan kami ingatkan gathering ni di tmpt satu lagi (pun ada tulis Kedai Kopi). Dapat pulak call kawan tinggal di Sh Alam & alhamdulillah jumpa hotel & after that tmpt gathering. Belakang hotel tu je rupanya. Rasanya kalau yg tak biasa di Sh Alam (mcm I!), memang rasa confusing. BTW kalau nasi tu elok lagi, meh jual kat I..boleh la I cuti masak hari ni ha haaa *serius, tp kena deliver la :P*

    ReplyDelete
  3. aloh...siye nyo... saya paham kenapa awak frust?

    ReplyDelete
  4. alaaa cian dierr.. kalau tak biasa drive kat sah alam ni mmg pening agaknyerr.. me took 2 years untuk hafal dan berani drive ard shah alam .. tak per tak per.. next gathering kita bleh jumpa lagi.. ;) big hugs..

    ReplyDelete
  5. huhuhuhu..anggap satu pengalaman berguna..lain kali mesti xwat dah...hope2

    ReplyDelete
  6. alahai kesiannya... saya sebagai orang shah alam rasa bersalah pula kerana tak dapat membantu.. takpe lah, insya allah di lain kali dapat saya merasa nasi dagang awak.

    ReplyDelete
  7. anie, kempunan eh tok leh makang nasi dagang he..he. *gurau aje*

    anyway, tempat tu dah betul dah cuma kena carik gazebo kat kedai kopi.. dah dekat dah tu

    takpe la ye.. tak dok rezeki.. lain kali boleh jumpa lagi.

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya.me pun sama gak.salah tempat! tapi saya call my bro early in the morning suh checkkan email .kejam sungguh!dan seriyes, saya dan suami tercari2 mana nasi dagang!! ingat ada orang tukar menu last minutes.huhuhu

    salam kenal!

    ReplyDelete
  9. terima kasih sangat2 pada semua... very appreciate, now da ok dah.. semalam jer bad mood sket :)
    InsyaAllah next time bleh jumpa

    ReplyDelete
  10. kesian nye...mungkin tak de rezeki nak gather2 tu..ade hikmah nye tu..maybe next year?sy pun terkilan tak dapat join tahun ni huhuhuhu...

    ReplyDelete
  11. wan

    sedap nasi dagang tu

    tak apalah wan, anggap je tak ada rezeki..

    ReplyDelete
  12. Wan, nasik dagang tu nampak sedap.. n mesti sedap kan? Sian plak, niat murni tak kesampaian.. Takpe la wan, .kalau jodoh tak kemana tau.. Sooner or later, akan dapat jumpa gak kawan2 Blogger cik wan tu.. :-) Cool okeh? :-)

    ReplyDelete
  13. nasi dagang..sobs..sobs..

    takpe la Wan, bukan rezeki kami nak merasa nasi dagang Wan dan kenal dgn Wan. Lain kali pulak ya. Insya Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.