Skip to main content

Aku, Awan Dania & Feminin!

Bismillah
Minggu ni adalah minggu yang sibuk dan memenatkan dengan urusan dan anak yang tidak sihat dan merengek menyebabkan ibu sakit seluruh anggota badan. Semalam selesaikan urusan di KL dengan menaiki tren kerana boleh berehat dan membaca buku yang banyak lagi belum khatam. Kononnya hendak selesa dan berehat di dalam tren yang sudah bertahun tak naik kerana lebih suka drive saja sebelum ini. Ternyata berjalan kaki ke sana ke mari, naik tangga turun tangga lebih penat dari bawak kereta 2-3 jam tanpa henti. Tapi saya gembira kerana boleh habiskan separuh dari buku yang saya bawa :) saya memang mengambil masa lama untuk membaca buku! Hilang penat saya seketika bila melihat sebarisan pelakon Awan Dania tengah shooting di KL Central, sempat lagi tuh snap gambar Scha dan cakap peace :)>-


 
Selesai urusan jam 3 petang, perut terasa semacam aje sebab belum makan apa2 lagi... saya sangat mengejar masa untuk pulang ke rumah, jadi saya beli roti je untuk makan sementara menunggu tren. Dalam perjalanan balik, mata saya sudah berpinar-pinar dan saya tahu puncanya kerana tidak makan! Jangan lah pengsan dalam tren ni kang susah plak siapa nak angkat .. ada ker orang nak angkat...?  ;;) apa jadi kalu semua orang buat tak tahu aje? Tak sabar nak sampai rumah dan makan, selepas sejam makan nasi Alhamdulillah kembali normal.
Gambar saya dalam Majalah Feminin & Family keluaran Feb'2010

klik pada gambar untuk baca artikel dalam majalah
 
Terima kasih banyak Jiha kerana sudi siarkan gambar dan artikel akak yang tak berapa glamer ni, walaupun ada silap sikit tetap dimaafkan :D at last jumpa jugak, beli di 7-11.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.