Skip to main content

Jom Kita Mulakan Diet Wang

Apa dia diet wang? Seperti juga diet makan, kita bukan tidak makan terus tapi menghadkan kadar pengambilan makanan dengan memilih makanan yang berkhasiat dan perlu sahaja. Matlamat diet makan juga jelas samada untuk mengurangkan berat atau mengawal berat badan ideal mungkin juga peka dengan kesihatan kerana badan ini nak guna lama. Kalau boleh kita mahu hidup sihat tanpa gangguan 'kawan' penyakit yang datang menghimpit apabila meniti usia tua kelak ;)

Apakata di tahun ini kita mulakan diet wang juga, sama seperti diet makan kita tidak boleh untuk tidak berbelanja kerana perbelanjaan menampung keperluan hidup. Diet wang cuma perlu dikurangkan atau dihadkan perbelanjaan kepada perkara yang benar-benar perlu sahaja. Bunyi seperti susah kan? tetapi mungkin tidak jika kita mulakan dengan perkara yang mudah terlebih dahulu. Jika dicatatkan aliran wang keluar setiap hari sehingga sebulan, sudah tentu kita tahu ke mana wang kita dibelanjakan paling banyak. Mungkin juga makanan selepas rumah dan kereta? Katakan kita belanjakan purata RM10 sehari untuk sarapan pagi dan tengahari, bermakna kita telah belanjakan RM200 untuk sebulan jika bekerja 20 hari dalam sebulan. Itu belum termasuk makan pizza, kek, coklat, aiskrim, dll yang mungkin melebihi budget RM10 sehari. Apakata tahun ini kita kurangkan belanja makan di pejabat dengan bersarapan di rumah atau membawa bekal makanan dari rumah. Tidak perlu yang susah, mungkin sandwich atau yang bergoreng, boleh juga membawa bekal lauk jadi kita cuma beli nasi dengan sayur sahaja. Bawa bekal air minum dari rumah pasti anda boleh elakkan minum ais dan gula yang kurang elok untuk kesihatan :)
Jika boleh dilakukan, pasti kita boleh berdiet RM5 sehari, sebulan kita boleh simpan RM5 x 20 = RM100 dan setahun RM1200. Wang lebihan ini kita boleh masukkan dalam tabung khas dan dihujung tahun dengan jumlah ini kita sudah boleh bercuti sekeluarga! ;)
Bayangkan berbelas ribu kita boleh berjimat jika kita amalkan diet ini sejak 10 tahun yang lalu ketika kita mula bekerja. Macamana pula dengan makan malam? Jika selalu tapau atau makan di luar sebelum ini, apa kata tahun ini mula berdiet wang untuk makan malam di rumah. Air tangan isteri/ibu pasti lebih terjamin kebersihan dan hubungan kekeluargaan juga bertambah erat. Sedikit tips untuk kita masak sendiri di rumah;

1. Sediakan bawang, halia, cili yang sudah diblend dalam tupperware dan simpan dalam peti ais, pasti masa memasak boleh dijimatkan dan tak perlu berair mata setiap malam/pagi :D
2. Boleh cuba gunakan perencah atau pes makanan segera yang dijamin halal dan bersih penyediaannya
3. Boleh masukkan bahan-bahan dalam breadmaker dan bangun pagi kita sudah dapat menikmati roti yang sedap dan fresh
4. Gulai/rendang/kari/asam pedas boleh dimasak lebih dan disimpan dalam peti ais (sejukbeku) boleh dikeluarkan dan dipanaskan untuk dinikmati di hari yang lain, sebulan pun boleh tahan! sedap seperti baru dimasak cubalah. Makanan sejukbeku sendiri jauh lebih berkhasiat daripada makanan tin yang dibeli.
5. Boleh juga menggunakan slow cooker untuk masak sup atau tomyam, pagi esok bangun boleh terus dimakan.

Cukup untuk setakat ini dulu kali ini, InsyaAllah banyak lagi yang hendak dikongsi.

Comments

  1. saya akan cuba ikut petua nih..sbb saya nih jenis boros sikit..haduyai..pape pun thnkx akk..

    ReplyDelete
  2. salam Anie,
    tak pernah pulak sy simpan gulai/kari/rendang sampai sebulan. hehe. tapi sy mmg dah lama teringin nak ada breadmaker. cuma hubby je blum beli. huhu

    ReplyDelete
  3. hazliena85: sama2 kita cuba InsyaAllah.. mana tahu ada perubahan besar bermula tahun ini, yer lah sebelum ini kita tidak didedahkan dengan cara bijak mengurus kewangan

    Nur: Makanan jika dibekukan memang boleh tahan berbulan-bulan ala macam frozen food jugaklah, kepok lekor pun sama jika beli dari kampung bawak sini bekukan berbulan2 tahan ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.