Mar 18, 2010

Persekitaran Tempat Tinggal Mempengaruhi Gejala Seksual

Rumah adalah tempat berlindung, berehat dan melakukan aktiviti keluarga. Selain aktiviti keluarga, setiap individu di dalam rumah mempunyai hak bersendirian dan memerlukan ruang melakukan aktiviti sendiri tanpa gangguan orang lain.

Keluasan rumah perlu bersesuaian dengan bilangan ahli. Sebuah rumah memerlukan sekurang-kurangnya 3 bilik untuk ibubapa, anak perempuan dan anak lelaki. Jika berkemampuan bina lagi 2 tambahan bilik untuk dijadikan bilik tetamu dan bilik solat.

Faktor sosio-ekonomi dan kemiskinan membatasi keperluan ini kerana tidak semua keluarga mampu mendiami rumah yang besar dan selesa. Kos menyewa ataupun membeli juga meningkat, jarak dari tempat kerja dan kemudahan anak-anak menentukan pemilikan rumah.

Berbalik kepada persekitan tempat tinggal bagi membendung gejala seksual, berikut langkah-langkah asas yang wajar dipraktikkan dalam kehidupan keluarga bagi membendung gejala tersebut;

Mengasingkan Tempat Tidur
Anak yang mencapai usia 5 tahun seharusnya dilatih tidur berasingan dengan ibu bapa. Selain itu, anak lelaki dan perempuan juga perlu diasingkan bilik tidurnya. Sedar atau tidak, ini adalah antara pendidikan kepada anak-anak. Namun, peraturan ini tidak diamalkan oleh setiap keluarga.

Budaya Meminta Izin
Minta izin khususnya sebelum memasuki bilik orang lain seharusnya menjadi amalan hidup seharian dalam keluarga. Malah menurut Islam, terdapat 3 waktu yang sangat perlu bagi anak meminta izin sebelum masuk ke bilik ibubapa iaitu semasa sebelum matahari terbit, sewaktu tidur siang dan sesudah waktu Isyak. Perkara ini juga adalah sebahagian dariada asas pendidikan seks namun tidak semua ibubapa mengajarkannya kepada anak.

Hubungan Intim Ibu Bapa
Ajaran Islam mensyariatkan etika hubungan seks antara suami isteri iaitu daripada segi keadaan, waktu malah cara yang penuh sopan. Selain itu, Islam juga menetapkan hal-hal yang dibolehkan, dimakruhkan dan diharamkan dalam hubungan seks. Suami isteri perlu mengelak daripada bermesraan secara intim, apatah lagi mengadakan hubungan seks di hadapan anak. Ini dikhuatiri anak yang masih kecil meniru dan mencetuskan keinginan seks bagi anak yang mencapai kematangan seks.

maklumat daripada buku Berbicara Mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja

2 comments:

  1. budaya meminta izin tu mmg sy pun tak sedar. cuma selama ni, dah biasa juga ketuk bilik ma dan abah sy atau bilik adik2 lelaki. nak kena ajar anak2 ni lps ni.

    ReplyDelete
  2. saya pun sama Nur maybe sebab anak masih kecil dulu... now Hakim dah 5 tahun memang dah kena ajar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails