Skip to main content

Sebetulnya Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga....

Semalam saya ada tawarkan buku percuma kepada sesiapa yang berminat, niat saya supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. Ilmu pengurusan kewangan sangat penting, ramai yang sudah lama bekerja tapi kurang menyimpan atau mungkin yang tidak tahu bagaimana cara untuk uruskan wang. Inilah pentingnya matlamat kewangan yang perlu diajar kepada anak-anak kita sedari kecil.

Cthnya jika anak sudah pandai menulis, minta anak rekodkan setiap pembelian menggunakan wang saku yang diberikan, mungkin ada sebahagian yang disimpan di dalam tabung juga perlu dicatatkan. Sekarang anak selalu minta dibelikan buku, mana boleh setiap kali keluar ibu kena belikan buku? Jadi ibu minta Hakim simpan duit syiling yang ibu atau abah berikan untuk dibelikan buku. Nampaknya Hakim pun semakin faham bahawa kita perlu menyimpan untuk mendapatkan sesuatu, walaupun kadang-kadang baru jer ada RM0.40 dah sibuk minta dibelikan buku.

Gambar Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga seperti di bawah;
 

Jika sebelum ini saya jarang menghitung atau ambil tahu berapa baki hutang kereta atau rumah secara tepat, sekarang tidak lagi. Selepas menggunakan Buku PBK ini saya menjadi ibu/isteri yang lebih cerewet detail :D sibuk bertanyakan wang itu wang ini ke mana? Nasib baik suami dibekalkan dengan Buku Wang Saku yang dicatat segala rekod aliran tunai wang masuk/keluar.
                                                                                                                                                                 
Notakaki: Umar kena chicken pox ni, tapi nasib baik tidak meragam, macam biasa sajer, cuma kesian tengok kulitnya.                                                                                                                                                              

Comments

  1. minum air kelapa muda dan mandikan sekali dengan air tu

    ReplyDelete
  2. Mas tu petua chicken pox yer... InsyaAllah memang nak beli kelapa muda cuma belum terbeli lagi... hihi terima kasih banyak :)

    ReplyDelete
  3. anak saya baru nak keluar,, bintik terus bagi minum dan mandikan,, bintik tak sempat keluar n hilang, petua orang tua sebenarnya, kadangkala menjadi dengan izin allah

    ReplyDelete
  4. ala.. dah tutup ke? saya nak... semalam baru kerja, dan baru dpt online... semalam bz sgt plak, tak dpt nak tinggalkan komen... sis, saya nak... please...

    ReplyDelete
  5. saya pun nak jugak, ada lagi tak? onetouch511@gmail.com

    ReplyDelete
  6. sila email saya softcopy di hlyh1230@gmail.com
    thanks!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.