Skip to main content

Sekali Sekala Rendam CD dengan Cuka

Lama tak ceritakan pasal CD, harini teringin nak berkongsi sedikit tentang cara penjagaan CD yang saya amalkan. Sebelum menggunakan cd mesti kena basuh dulu sama jugalah jika membeli pakaian. Jika pakaian perlu dibasuh sekali sebelum digunakan tapi cd mungkin perlukan basuhan tanpa sabun sehingga 3 kali. Jika tidak dibasuh dengan sempurna sebelum digunakan, cd mudah bocor.
gambar sekadar hiasan ikhlas dari google
Aplikasi di atas bagi cd tertentu sahaja, kerana ada cd yang hanya sekali basuhan sudah dapat digunakan dengan jayanya tanpa bocor. Mula-mula beli insert microfiber sangat-sangat lah gebu dan ringan, letak dipipi pun tidak terasa :), lain ceritanya bila sudah berbulan-bulan digunakan, insert menjadi semakin berat dan keras tambah-tambah lagi jika suka menggunakan sabun semasa cucian. Gunakan sabun tertentu sahaja seeloknya yang jenis HA, tiada enzim, tiada pelembut, tiada klorin dan kurang berbau.

Rendam dengan cuka adalah salah satu cara untuk meneutralkan kesan tinggalan sejarah sabun yang melekat pada cd dan insert. Secara logiknya sabun bersifat alkali dan cuka pula berasid, bila alkali dan asid maka neutral lah hasilnya :D

Ambil dalam 1/2 cawan cuka masukkan dalam baldi yang mengandungi air separuh baldi (1/2 cawan cuka : 1/2 baldi air). Masukkan cd dan insert, rendam dalam 15 minit (macam ajar masak-masak pulak) lepas tu masuk mesin spin dan jemur. Lepas kering insert akan jadi lebih ringan dan berbau fresh jer (ala-ala bau cuka sket)

Cara yang selalu saya gunakan ialah bilasan terakhir basuhan tu saya masukkan cuka, sukatan lebih sedikit lah sebab air separuh mesin. Sila sediakan cuka berlebihan di rumah saudari yer :D Bila membasuh cd menggunakan mesin, mula-mula saya akan basuh dan spin (amik mode rinse & spin dulu) gunakan sedikit sabun sahaja. Dah terbiasakan dengan sabun, jika tak letak macam tak berapa bersih dan takde kesan wangi langsung. Lepas spin barulah amik mode basuh, rinse (letak cuka) pause sekejap dan spin. Rutin ini dilakukan setiap 3/4 bulan sekali atau mengikut kerajinan semasa.

Jangan lupa jemur di bawah terik matahari untuk menghilangkan bau dan warna yang kurang menyenangkan secara semulajadi. Selamat mencuba resepi yer....

Comments

  1. saya pun penah try mencuka CD lepas dekat setaun pakai CD untuk BB. ternyata memang berkesan..dah tak leaking, sebelum tu pun saya basuh banyak kali untuk hilangkan sisa2 sabun.. benda tu yang kurangkan kadar penyerapan CD.

    ReplyDelete
  2. agree dbalkis... maklumat yang bermanfaat sama-sama kita kongsi, terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak komen di sini :D

    ReplyDelete
  3. wan, tq atas info yg diberikan... sy pun dh lama guna cd. tak pernah sekalipun basuh dgn cuka... lepas ni leh la try resepi baru tu...

    ReplyDelete
  4. hohoho.... tak tahu pun ida dah jadi penggemar cd :D.. cuba resepi tu jgn tak cuba

    ReplyDelete
  5. Saya dh Cuba...mmg mnjd.insert jd lmbut n putih smula...n cd look like new..puas hati sgt

    ReplyDelete
  6. @Wan Hafazah,

    Nampakna resepi cuka ini digemari ramai :)
    Terima kasih atas komen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.