Skip to main content

Aiesyah Tercekik Gula-Gula

Terkejut dengan berita bayi 9 bulan meninggal kerana tercekik bebola ikan sangat menyedihkan, apakah tiada seorang pun guru atau pembantu taska terbabit yang tahu tentang pertolongan cemas akibat tercekik. Orang dewasa pun tercekik apatah lagi bayi sekecil itu, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Kejadian ini juga mengingatkan saya tentang kanak-kanak tahun 4 yang meninggal kerana tercekik cekodok 3 tahun yang lepas. Tercekik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengenal usia, asas pertolongan cemas perlu ada bagi mengurangkan kadar kematian akibat tercekik.

Anak saya juga pernah tercekik gula-gula ketika majlis kenduri di rumah kawan saya bulan lepas. Jika ke majlis kahwin, manisan untuk kanak-kanak tidak dilupakan. Anak-anak saya panggil 'hadiah' memang seronok bila dapat hadiah sebab ada gula-gula dan snack yang jarang sangat ibu belikan untuk mereka. Hakim dan Aiesyah minta ibu bukakan bungkusan gula-gula untuk mereka makan, beredar dan melompat kegirangan sesama mereka. Ketika ibu tengah seronok makan dan bersembang Aiesyah datang dengan muka yang seakan terkejut dan tidak bercakap sepatah pun. Ibu tanya "Aiesyah kenapa?" Mula-mula ingatkan Aiesyah nak ke tandas, bila reaksi Aiesyah tetap tidak berubah dan tidak menjawab soalan ibu, ibu tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dan mengagak "Ni mesti tercekik gula-gula" terus ibu baringkan Aieyah dengan kepala rendah dari badan sambil tepuk-tepuk belakang (masa ni agak panik juga, pertolongan cemas ntah dari mana pun tak tahu ni). Beberapa kali buat tetap tak berhasil, ibu panggil abah dan minta terbalikkan badan anak ke bawah. Abah mula-mula tak percaya anak tercekik, buat selamba saja bila dah nampak ibu cam panik (tak kisah dah orang duk pandang masa ni, sebab semua hanya mampu memandang sahaja) baru abah angkat Aiesyah tonggeng sedikit ke bawah sambil memasukkan jari dalam mulut, lepas tu Aiesyah muntah dan keluar gula-gula bercampur dengan nasi minyak yang baru dimakan.

Maaflah jika ada yang terus tak lalu nak makan bila anak saya muntah di majlis kahwin tu, tapi nyawa anak lebih penting dari segalanya. Senyap sekejap Aiesyah mungkin terkejut, hampir seminggu juga tak makan gula-gula. Kejadian seperti ini memang tak dapat dijangka, alhamdulillah mungkin Tuhan mahu menguji kami saat itu. Saya tidak tahu bagaimana nasib anak saya jika ketika kejadian dia berada jauh daripada saya atau tidak sempat berlari kepada saya untuk memberitahu sesuatu walaupun tanpa kata-kata. Orang sekadar memandang tanpa berkata, hanya ada seorang lelaki yang duduk berhampiran kami prihatin dan menunjukkan reaksi cemas. Alangkah bagusnya jika ketika kejadian ada yang datang kepada kami dan berkata "Biar saya tolong kerana saya tahu pertolongan cemas".

Pendek kata kita semua perlu belajar asas pertolongan cemas supaya tahu tindakan yang sewajarnya jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini. Kepada keluarga Arwah adik Wan Nur Alif, takziah diucapkan, Allah lebih menyayanginya dan hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap sesuatu.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam Anie,
    takutnya bila Anie cerita pasal Aisyah tercekik gula2. mmg elok ibubapa ada asas pertolongan cemas ni.

    ReplyDelete
  3. kita tidak boleh beranggapan sendiri tanpa tahu cerita sebenar kan Nur... sebab benda macam ni boleh berlaku di mana sahaja.

    ReplyDelete
  4. hanis pernah tercekik secebis pinggan polisterin. Xsedar ms bila digigitnya. Tetiba muka hanis nak biru, korek2 pun xdpt. terus gi hospital tp doktor kata xde apa2 dah. Mujur xsangkut pada tekak, terus aje masuk jd taik gaknya. Tu pun dh cemas, Alhamdulillah xterjadi perkara buruk..

    ReplyDelete
  5. kinsyakrn, memang cemas bila berlaku perkara macam ni kan, benda yg tak boleh dihadam memang akan keluar dalam bentuk najis.... terima kasih berkongsi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...