Skip to main content

Dilema Ibu Bekerja: Nursery or Babysitter?

Bismillah

Dilema kebanyakan ibu yang berkerja di luar rumah dan perlu meninggalkan anak kepada orang lain untuk diasuh dengan baik bukan sekadar menjaga mereka. Dilema yang pernah menghantui hidup saya suatu ketika dahulu ketika menghantar anak untuk dijaga oleh pengasuh (bukan taska) dan sekarang dilema ini bakal menghantui saya semula waaa... :(

Beberapa faktor yang menyebabkan ibu perlu menghantar anak-anak ke taska
1. Ada hari ibu perlu keluar menyelesaikan urusan di luar tanpa perlu ditemani oleh abah dan anak-anak
2. Ibu juga perlu masa untuk bersendirian (melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti yang ibu suka tanpa gangguan)
3. Ibu perlu mulakan rutin mengikut perancangan (yang ibu telah buat bermula May 2010) demi masa depan ibu dan keluarga.
4. Ibu perlu kejar impian dan cita-cita ibu yang belum kesampaian, InsyaAllah.
5. Ibu tidak mahu menyusahkan abah yang selalu kena temankan dan menjaga anak-anak jika ibu keluar berurusan di luar.

Ada perkara yang sukar untuk kita buat keputusan dan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Ibu harap ini adalah keputusan terbaik selepas memikirkan banyak perkara. InsyaAllah apa yang penting pembahagian masa mengikut jadual dan perancangan yang telah dibuat.

Anak-anak dihantar ke taska 3/4 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Ibu akan siapkan urusan paling lewat jam 3 petang supaya dapat bersama dengan anak-anak jam 4 petang.

Jika hantar ke Taska/Nursery
- Lebih mudah untuk saya kerana boleh dihantar pada hari-hari saya ada urusan di luar
- Bayaran adalah tetap walaupun sebulan kita cuma hantar separuh hari dalam sebulan
- Anak-anak dapat bersama rakan sebaya dan mula belajar bersama.
- Anak belajar berdikari, Aiesyah ibu tidak risau kerana hari-hari desak minta dihantar ke sekolah, cuma Umar perlukan lebih perhatian dan kasih sayang.

Jika hantar ke Pengasuh
- Kena tanya, ok ke kalau saya nak hantar hari bla,bla..
- Ada hari yang saya perlu keluar terpaksa dibatalkan mungkin kerana pengasuh ada hal dan tak ada backup penjaga.
- Risau jika anak cuma menghabiskan masa dengan menonton tv seharian
- Anak menjadi terlebih manja jika pengasuh terlalu memanjakan mereka (susah jugakkan, kalu semua benda minta ibu buatkan)

Di kawasan saya tinggal ini, tidak banyak taska kalau adapun agak jauh dari rumah. Masa menghantar anak-anak ke taska setiap hari juga perlu diambil kira. Pengasuh ramai kerana ramai surirumah yang tidak bekerja di sini, cuma kena cari yang sesuai lah dan paling penting mereka sukakan anak-anak. Jika diikutkan kos, pengasuh lebih murah, Umar saya nak hantar ke pengasuh tapi Aiesyah nak ke sekolah aka Taska. Ibu nak diorang bersama, risau jika Umar akan kesunyian bila kakaknya tiada bersama. Tolonglah berikan pandangan Nursery atau Babysitter?


Harga sebuah pengorbanan yang tidak boleh dibeli.

Comments

  1. hmmm mmg ni jd dilemma kebanyakan ibu. Sy pun balik nanti nak kerja balik tempat lama. walaupun kerja part time, masih lg perlu hantar anak.

    Mungkin, utk masalah Anie, sy rasa lebih baik hantar ke taska. cuma cari yg tidak terlalu ramai kanak2. pengalaman dulu, Fathini selalu jatuh sakit bila dihantar ke taska yg terlalu ramai kanak2.
    Tapi Anie pun ada beritahu yg tidak banyak pilihan taska yg berdekatan. Jd, kalau pengasuh pula Anie boleh bekalkan diaorg beberapa mainan yg anak2 boleh main ketika di rumah pengasuh.

    hanya pendapat saya je Anie.

    ReplyDelete
  2. salam,
    baby sitter vs taska..topik yg tak nah abis discuss ni..ada gak terpikir nak tulis kat blog..bg saya la kan, kalo ikut situasi ani lebih baik hantar taska coz lebih senang nak flexible dr segi masa @ hari. spt yg ani kata, kalo dgn pengasuh nak kena cek jgk availability dia org. tu yg saya sendiri prefer hantar taska. Saya ni pulak jenis risau sket pasal anak2. takut nnt kalo kat rumah org baby sitter terlepas pandang..yer la, dah nama kat umah, macam2 yg ada. kalo kat taska selalunya mmg "free zone"..maksudnya, hanya bbrp perabot yg ada..takder brg2 hiasan yg boleh mendatangkan bahaya, kalo ada tangga selalunya dah dipagarkan.Walau camner pun, bila dah antar taska ni terpaksa plak berdepan dgn risiko "penyakit" yg biasa mahupun luar biasa.Kesian plak anak2 bila asyik kena makan ubat.
    Apapun, terpulanglah pada Ani & hubby.

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak atas pandangan dan idea Nur dan Yatie, saya menghargainya.

    Memang jika ikut perancangan saya nak hantar anak2 ke taska

    3 hari 2 malam pegi kursus tinggalkan anak-anak dengan abah, alhamdulillah, Umar hari pertama jer meragam sket tak nak minum susu, hari ke-2 dah ok. Rasanya memang xde masalah untuk tinggalkan anak-anak utk ibu bekerja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...