Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan Dr. Tengku Ismadi memang selalu saya baca dan jadikan panduan. Bab yang sama saya baca berulangkali, dan setiap kali membaca pasti bergenang airmata saya. Saya teringin untuk kongsikan ini dengan anda semua.
Alhamdulillah Dr. Tengku Ismadi sudah jadi sebagaimana yang dia jadi hari ini berkat doa seorang ibu, sentiasalah kita doakan kejayaan dan kesejahteraan anak-anak bila-bila masa sahaja kita teringatkan mereka. Mungkin waktu itu juga sebenarnya mereka mengingati kita.
Semasa saya berusia 7 tahun, ayah kandung meninggalkan kami sekeluarga tanpa nafkah dan tanpa khabar berita. Saya masih teringat bagaimana ke sekolah hanya dengan berbekalkan duit 10 sen. Waktu itu baju compang-camping. Ibu membelikan kasut sekolah yang diperbuat daripada plastik dengan harga 50 sen sepasang. Kata ibu, kasut plastik lebih mudah dijaga, sekiranya kotor hanya perlu dicuci dan dilapkan dengan kain. hakikat sebenarnya, ibu tidak mampu membeli kasut kain yang waktu itu harganya belasan ringgit. Apabila berjalan kaki ke sekolah setiap hari, di bawah panas terik, kasut plastik itu membuatkan tapak kaki saya pecah-pecah. Setiap garisan di tapak kaki saya merekah dan berdarah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya waktu itu, lebih-lebih lagi apabila terkena air.
Rumah kami waktu itu hanya layak dipanggil pondok sahaja. Di situ kami semua tidur, makan, belajar dan segala-galanya. Walaupun jiran sekeliling sudah memiliki lampu elektrik, kami masih lagi mnggunakan pelita minyak tanah. Ada ketikanya saya rasa rasakan seolah-olah hidup tidak adil. Sering juga saya tertanya-tanya, apa salah kami sekeluarga hingga terbiar dan dipandang hina oleh orang sekeliling dan saudara-mara. Ibu berulang kali berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh sebab katanya itulah satu-satunya jalan keluar yang ada. Teringat sewaktu kecil dahulu, setiap kali bangun dari tidur kami tiga beradik dipaksa ibu membaca tulisan kapur di dinding yang berbunyi:
'Hari sekolah tidak boleh tengok TV, tidak pergi mengaji, tidak belajar kena rotan'
Bayangkanlah betapa kuatnya barisan kata-kata itu terpahat di minda meskipun ia sudah berlalu hampir 35 tahun.
Hampir setiap malam saya terdengar tangisan ibu yang teresak-esak berdoa kepada Tuhan. kata ibu dalam doanya "Ya Allah, aku ada 3 orang anak lelaki. Jika tidak ketiganya berjaya, salah seorang daripada mereka pun cukuplah supaya keluarga ini keluar daripada belengu kemiskinan." Waktu itu saya masih tidur-tidur ayam. Entah bagaimana, mendengarkan doa ibu itu air mata mula bergenang lalu hati kecil saya menyahut, "Ya Allah, kalau ditakdirkan hanya seorang sahaja yang berjaya maka biarlah yang seorang itu aku."
Alhamdulillah Dr. Tengku Ismadi sudah jadi sebagaimana yang dia jadi hari ini berkat doa seorang ibu, sentiasalah kita doakan kejayaan dan kesejahteraan anak-anak bila-bila masa sahaja kita teringatkan mereka. Mungkin waktu itu juga sebenarnya mereka mengingati kita.
salam wan. kakchik cuma nak kongsi, buku ni adalah top 10 bestseller di kedaibuku kakchik. buku pertama doc, MAP adalah top 5. memang berbaloi membeli buku ini,dibaca dan diikuti demi kejayaan anak2 dunia akhirat
ReplyDeleteAlhamdulillah kakchik, apa yg menarik boleh lah dikongsi bersama, buku MAP saya belum beli ada stok lagi tak kat kedai kakchik?
ReplyDeletebergenang airmata sy baca petikan dr buku itu. Insya Allah sy nak cari buku ni nanti. A must read & have book!
ReplyDeleteNur: recommended!
ReplyDeletesaya ada buku ni beli dgn kakak ofs hehehe
ReplyDelete