Apr 8, 2010

Fatimah: Anak Kesayangan Rasulullah

Bismillah,

Sebagai wanita muslimah, kita perlu mencontohi wanita unggul di zaman Rasulullah S.A.W, walaupun jarak masa yang sangat jauh untuk kita mendekati wanita-wanita tersebut, dengan adanya buku seperti Aisyah: Keanggunan Sejati atau Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi, sedikit sebanyak membuatkan kita berada di zaman wanita unggul tersebut dan mengenali mereka.

Seperti buku Aisyah: Keanggunan Sejati sangat-sangat saya galakkan anda membacanya jika ingin mengenali dengan lebih rapat isteri kesayangan Rasulullah ini. Saya sudah jatuh cinta dengan buku ini kerana setiap inci cerita diselitkan dan dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan.

Sedikit kisah Fatimah yang diceritakan oleh Aisyah:
Aisyah turut menyatakan, "Tiada seorang pun yang lebih mirip Nabi Muhammad daripada Fatimah binti Rasulullah dalam perkara berkaitan sifat, sikap, dan tingkah laku semasa duduk ataupun berdiri. Apabila Fatimah datang kepada Nabi Muhammad, beliau akan berdiri dan menyambutnya, menciumnya, lalu mendudukkannya di tempat beliau duduk. Apabila Nabi Muhammad datang kepada Fatimah, beliau akan berdiri menyambut ayahnya, menciumnya lalu mendudukkan ayahnya di tempat beliau duduk tadi." Hadis dicatat oleh Tarmizi, Hakim dan Ibnu Hibban.
Sebagai muslim kita mesti yakin dan percaya bahawa setiap apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah perintah Allah yang dilaksanakan termasuk menikahi Aisyah, anak kepada saudara angkat dan sahabat baik Rasulullah S.A.W sendiri iaitu Abu Bakar A.S. Buku Aisyah:Keanggunan Sejati telah banyak memberi input yang berguna kepada saya bagaimana menjadi seorang isteri yang disayangi, sebagaimana Rasulullah mencintai Aisyah R.A
Aisyah berkata, "Pada suatu hari, kami para isteri sedang berkumpul bersama kekasih Allah. Tiada seorang pun yang tidak hadir. Pada masa itu Fatimah datang. Beliau berjalan dengan cara jalan yang sama, saling tidak tumpah seperti cara jalan Nabi Muhammad. Semasa beliau melihat Fatimah, beliau segera menyambutnya dan berkata, "Selamat datang, anakku." Beliau mendudukkan Fatimah di sebelah kanan ataupun kirinya. Kemudian, beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, lalu Fatimah menangis dan sedih. Apabila melihat Fatimah menangis, beliau kembali membisikkan sesuatu kepadanya. Tiba-tiba Fatimah tertawa. Saya bertanya kepada Fatimah, Kekasih Allah hanya berbisik kepadamu dan tidak kepada isteri yang lain, lalu kamu menangis? Selepas Nabi Muhammad pergi, saya bertanya kepada Fatimah, "Apakah yang pesuruh Allah bisikkan kepadamu?" Fatimah menjawab, saya tidak boleh ,membuka rahsianya. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, saya bertanya kepada Fatimahsekali lagi, "Kamu perlu beritahu saya apa yang dibisikkan pesuruh Allah pada masa itu." Fatimah menjawab, "Baiklah, Saya boleh beritahumu sekarang. Kali pertama beliau berbisik, beliau berkata malaikat Jibrail selalunya datang sekali ataupun dua kali setahun menyemak bacaan Qurannya. Tetapi tahun ini ia datang dua kali. Pesuruh Allah mengagak beliau akan dipanggil mengadap Allah tidak lama lagi. Beliau berkata, 'Taatlah kepada perintah Allah dan bersabarlah. Saya adalah penghulu terbaik buatmu.' Pada masa itulah saya menangis seperti yang kamu lihat pada masa itu. melihatkan tangisanku, Nabi Muhammad kembali berbisik kepadaku. Beliau berkata, 'Wahai Fatimah, sukakah kamu menjadi ketua para wanita yang baik Islamnya di kalangan umatku?' lalu saya tertawa sebagaimana yang kamu lihat." Kisah ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah.

Notakaki: Andainya dapat kulihat wajahmu ya Rasulullah, berilah syafaatmu kepada ku di hari penutup segala hari. Aku ingin menjadi umat terbaikmu ya Rasulullah.

2 comments:

  1. alangkah indahnya. baca sinopsis saja pun dah terasa2 kena beli buku ni.

    ReplyDelete
  2. Nur, balik nanti boleh carik buku ni... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails