Skip to main content

Gambar Sekitar Pesta Buku (PBAKL)

Entry ini sudah agak terlewat dari tarikh asal, tapi tidak mengapalah, mungkin ada yang belum sempat nak melihat keadaan di sekitar PBAKL pada yang tinggal jauh dari KL. Kami pun bukanlah dekat mana pun perjalanan makan masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke PWTC, memandangkan acara sekali setahun dan buku yang ditawarkan sudah pasti lebih murah daripada harga yang dijual di kedai buku.

Mula-mula nak masuk jer, ibu dah risau melihat keadaan rakyat jelata yang ramai, anak-anak pimpin tangan ibu dan abah yer... (Hakim ikut bontot abah :D )


Buku yang pertama kami beli, dah lama pun nak beli Buku Indahnya Hidup Bersyariat, kalau kat kedai harga RM55 tapi kat PBAKL kami dapat RM48 jer..
Setiap gerai yang dikunjungi past Hakim mengintai buku yang diminatinya, setiap booth yang kami singgah Hakim pasti nakkan buku, sabar2 kita baru jer masuk ni banyak lagi buku hakim kat sana nun, sinun, situ, sana... huh

Persembahan daripada kanak-kanak riang.....

Booth Les Copaque menjadi tumpuan, ibu cepat2 tarik tangan anak-anak ke sebelah sana... huhu

Tengok buku kanak-kanak RM1 jer satu... pilih punya pilih adalah dalam 18 buku kami beli kat sini

Banyak lagi booth kat belah sana cik.... kena menyeberang sungai naik sampan guna jambatan ni.... :) Dulu kami datang duk berlegar kat bawah sana tu jer, tak tahu pulak punya besar PBAKL ni kat tingkat atas lagi, seberang sungai pun ada jugak

Dah penat lar.... jom tengok buku apa yang kita beli tadi.... eh buku ni.. eh buku tu best nih :D

Ni pulak dalam booth Karangkraf, punya lah ramai manusia, kami menyeberang ajer, masuk pintu sini keluar pintu sana tak larat nak bergelewak berserabut dengan ramai manusia itu

Hampir 3 jam juga kami berlegar tu pun tak sempat nak round semua booth, banyak sangaaaattt, kesian kat anak-anak dan abah kena dukung bla Aiesyah penat dan ibu duk mengendong (dukung lah tu) Umar dari awal sampai akhir, Alhamdulillah sebab anak-anak semua mood baik saja, Umar tidak bunyi suara pun best duk dalam dukungan ibu kut, tapi tangan duk mencapai segala benda di sekelilingnya :D

Anak-anak memang memahami.....
Paling banyak buku beli di booth PTS, dapat diskaun 15% adalah dalam 5-6 buku ibu beli, banyak lagi nak beli tapi tak sempat nak geledah semua... ambil yang mana dan jer..
InsyaAllah ada masa, ibu buat ulangkaji buku2 yang ada ni.... sekarang tengah pulun baca Buku Aisyah: Keunggulan Sejati memang best baca buku ni mengisahkan riwayat hidup Saidatina Aisyah isteri yang sangat disayangi Rasulullah S.A.W, bagaimana beliau dijodohkan, proses pembelajaran sepanjang hidup bersama Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W

Notakaki: Semua gambar dalam entry ini adalah hakmilik terpelihara Wan Anie aka puan punya blog ini.

Comments

  1. jeles tahap gaban ni... semuanya bagai nostalgia buat kakchik yang tak dapat pergi. 2 tahun lepas kakchik ke sana siap bawa troli merah, habis jadi perhatian orang, hehe... kakchik pergi borong buku sampai RM4 ribu. agak2nya kakchik kot org pertama yg bawa troli ke PBAKL, hehe. punya seksa nak tolak/tarik turun naik ke dew tun razak tu.

    ReplyDelete
  2. ramainya org ye. banyak juga buku yg Anie beli. Nanti tulisla sinopsis buku2 yg best.

    ReplyDelete
  3. wah... banyak nyer kakchik borong.. tuk jual eh? Tu lah xde lagi org bawak troli.... bawak kandungan dan gendongan baby banyaklar... hehe

    Memang ramai Nur, tak larat jugak dengan anak2 lagi, tapi Alhamdulillah diorg sumer ok... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. huhu gi sane dah..tapi kejap je n takpuas...kul 6 - 8 mlm...masa tu gi kursus kat kl, lepas kul 5 baru free..

    ReplyDelete
  5. saya pun sama CatlinaFly, kalu pegi tmpat cenggini sekejap2 macam x puas jer... tahun depan jom kita amik cuti khas nak ke pesta buku... ok :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.