Skip to main content

Kenangan Terindah: Sekolah Asrama

Catatan sahabat lama Carrie-Ma mengingatkan saya kenangan yang paling tak dapat dilupakan dalam hidup saya. Banyak yang saya belajar secara tidak langsung membentuk jiwa saya menjadi insan yang tabah dan kuat semangat pada hari ini.

Belajar untuk hidup berdikari ketika berusia 13 tahun selepas ayah menghantar saya ke sekolah asrama berhampiran dengan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Walaupun jaraknya sekitar 110km dari rumah tapi terasa amat jauh bagi saya yang tidak pernah berjauhan dari keluarga sebelum itu. Hampir sebulan juga saya bengkak mata kerana asyik menangis bila teringat pada mak dan keluarga, entah mengapa ketika itu terasa seperti mak dan ayah sudah tidak sayangkan saya lagi sehingga sanggup menghantar saya bersekolah asrama. Sekarang barulah tahu hakikat kehidupan sebenar yang penuh dengan rintangan menjadi alah bisa tegal biasa selepas apa yang diharungi ketika tinggal di asrama, susah payah jerit perih yang dihadapi mematangkan dan menjadikan saya insan yang kuat semangat.

Masalah air seolah menjadi perkara biasa di mana-mana asrama pun dari sekolah sehingga ke universiti. Mandi dengan hanya sebaldi air sahaja sudah menjadi perkara biasa. Banyak sebenarnya kenangan yang tidak mampu dilupakan, akan diabadikan dalam catatan ibu untuk anak-anak ibu jadikan panduan dan pengajaran apabila mereka remaja kelak. Anak-anak perlu mengerti bahawa kesenangan yang ada bermula dengan kesusahan dahulu, jika sekarang mereka merasakan sedikit kesusahan, ingatlah bahawa banyak kesusahan yang orang lain hadapi lebih lagi.

Mathurat yang dibeli semasa di Tingkatan 1 semasa di asrama, amalan membaca Mathurat setiap hari selepas Solat Subuh dan Selepas Solat Asar tidak pernah jemu. Alhamdulillah Mathurat ini masih tersimpan elok dan masih digunakan sehingga sekarang walaupun warnanya sedikit berubah. Alhamdulillah.

Comments

  1. sy pun banyak kenangan ketika duduk di asrama walaupun hanya utk 2 thn.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.