Skip to main content

Tips Memulakan Perniagaan Online

Hari ni kemudahan internet jalur lebar begitu mengujakan, boleh dikatakan di mana sahaja ada akses kepada internet menyebabkan segala urusan menjadi mudah dan cepat. Perniagaan online juga tidak kurang hebatnya, tumbuh bak cendawan di tengah hujan (walaupun sekarang musim panas) tambahan pula anda tidak perlu ke mana-mana untuk berniaga, membuat pesanan dan mendapat bekalan borong (wholesale) melalui internet dan terus jual di internet.

Walaupun nampak begitu senang, kita perlu mengambilkira banyak perkara sebelum memulakan perniagaan online, sekadar perkongsian kerana saya juga dalam proses belajar.

1. Kenalpasti barangan yang hendak dijual
Jangan sekadar ikut-ikut orang, kerana keunikan barangan yang dijual akan menarik minat pembeli.

2. Medium pemasaran
Kemudahan blog secara percuma sedikit sebanyak membantu pertumbuhan perniagaan online ini kerana kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk mendapatkan domain apatah lagi penyelenggaraan kedai online.

3. Jujur dan amanah
Perniagaan online 100% bergantung kepada paparan gambar dan keterangan berkenaan produk kerana pembeli tidak dapat memegang dan membelek barang yang hendak dibeli. Saya sungguh takut jika berlaku indah khabar dari rupa. Di sinilah kejujuran memainkan peranan, jika barang yang dijual ada sedikit defect perlu diberitahu kepada bakal pembeli. Satu lagi berkenaan wang, kadang-kadang pembeli yang membayar menggunakan mesin deposit ATM memasukkan wang lebih dari jumlah pembelian, perlu untuk kita memulangkan wang baki tersebut. (Ada pembeli yang bayar lebih dan bila diminta berikan no. akaun, tidak pula diberinya, saya merasa sangat terhutang!)

4. Mudahnya mendapat bekalan
Banyak pemborong yang dengan sukahati menghantar email kepada peniaga online berkenaan barangan yang dijual secara borong. Perlu dikenalpasti dan dibandingkan harga, teliti syarat dan sebagainya. Adakah barang tersebut ready stock ataupun pre-order.

5. Pemborong/Pembekal yang dipercayai
Pastikan kita kenal pemborong yang kita hendak berurusan, atau ada rakan-rakan niaga kita yang mengenali atau pernah berurusan. Mengelakkan daripada ditipu atau timbul masalah berkaitan barangan dan sebagainya. Secara peribadi saya kurang percaya dengan pemborong/pembekal yang menghantar katalog dan minta kita bayar deposit 50% atas barang yang kita order dan perlu menunggu 3-4 minggu untuk mendapat bekalan. Apatah lagi mereka adalah orang luar yang saya tidak pernah berurusan dengannya sebelum ini. Saya lebih suka bersusah-payah mendapatkan bekalan dengan cara sendiri daripada yang baik hati menawarkan perkhidmatan (jual mahal huhu)

6. Tolong-menolong sesama kita
Jujurnya saya lebih suka mendapat bekalan dan berurusan dengan pemborong di kalangan kita juga, dan saya amat berharap supaya kita saling tolong menolong dan jangan menindas satu sama lain. Exchange banner atau link, bukan sekadar untuk menambahkan traffic ke blog tetapi sebagai tanda usahawasama (usahawan bersama) antara peniaga, saya tidak teragak untuk mencadangkan (recommend) kepada pembeli saya blogshop yang tersenarai di blog saya jika mereka bertanyakan barangan yang tidak saya jual.

7. Barang untuk jualan atau pakai sendiri
Janganlah cepat sangat cair dengan barangan yang kita beli untuk jualan, maklumlak cantik-cantik sesuai pula bila anak kita memakainya atau kita menggayakannya di majlis bla...bla, sekadar ingatan jika barangan itu untuk jualan maka kentalkan diri. Jika tetap mahu juga maka kita perlu membayar harga barangan tersebut dalam akaun jualan kita.

8. Buku Untung Rugi
Jika hendak berniaga kenalah ada catatan untung rugi, duit keluar masuk semua. Bab ni saya banyak belajar dari suami kerana saya memang lemah akaun (tak pernah belajar pun dulu). Secara basic, sediakan buku 'captain ledger' untuk mencatat rekod jualan, stok, retail price dan cost price. Untuk apa berniaga jika tidak mahukan keuntungan :D saya masih belajar bab ni dan akan terus belajar.

9. Akaun Khas Jualan
Sebaiknya buka satu akaun bank khas untuk jualan, duit yang dimasukkan oleh pembeli terus dimasukkan ke akaun tersebut. Jika akaun bank sudah berlambak (cuma duit jer yang kurang) maka peruntukkan satu atau dua akuan bank khas untuk jualan. Jika syarikat mendaftar di SSM, buka akaun atas nama syarikat itu lebih baik.

Apa yang baik elok dikongsikan, yang buruk jadikan sempadan :D selamat berniaga dan maju jaya!

Comments

  1. wow..wan , thanks ya atas tips2 ni..huhu sy belum ade akaun khas utk online bisnes sy..nanti lah buat :)

    ReplyDelete
  2. CatlinaFly, saya pun dalam proses belajar, baru setahun jagung masih baru sangat dalam dunia bisnes ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ats perkongsian maklumat ni.. Info yg sgt berguna!

    ReplyDelete
  4. kaklong nuzula,
    moga bersama kita mendapat manfaatnya, saya juga dlm proses belajar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...