May 17, 2010

1000 Mawar Untuk Ibu

Siapa yang dapat bunga daripada anak atau yang hadiahkan bunga untuk ibu mereka? Saya ibu bertuah yang mendapat bunga daripada anakanda tercinta Hakim, tak pasti pulak bunga tu daripada hakim atau abahnya :)


Sebenarnya pada Sabtu malam Ahad baru ni berkesempatan kami sekeluarga ke Malam 1000 Mawar untuk Ibu yang dianjurkan oleh ESQ165. Tajuk itu dipilih mungkin kerana 1000 kuntum mawar diedarkan kepada semua ibu-ibu yang hadir.

Kami datang satu family lelaki dan perempuan duduk berasingan, jadi Hakim ikut abah dan Aiesyah, Umar dengan ibu. Majlis baru jer bermula, hero dan heroin ibu dah terlentuk.....zzzz. Video Bonda yang ditayangkan sangat menyentuh hati saya dan semua yang hadir pada malam tersebut. Saya dengar orang sekeliling menangis teresak-esak, saya sedaya upaya menahan supaya tidak menangis, tapi tiba-tiba setitik demi setitik air mata jatuh ke riba.

Apabila bunga diedarkan saya memang tidak dapat bangun kerana anak-anak tidur di ribaan, mujur ada seorang ibu yang prihatin memberikan saya bunga yang dia dapat daripada anaknya, owh saya sungguh terharu. Bila keluar Hakim datang dan berikan sekuntum lagi bunga untuk ibu. Saya pelik malam itu sebab tengok orang lain asyik duk mencium bunga, isk cium apa la bunga plastik!


Ahad tengahari kami keluar saya tengok Aieyah menguraikan satu demi satu kelopak bunga, rupanya bunga hidup... waaa  kenapa saya ingat bunga plastik. Cantikkan bunga ni.... sebab Aiesyah dah leraikan kelopak saya masukkan dalam bekas yang berisi sedikit air dan letak selebihnya.... mawar letak kat mana dan macamana pun tetap cantik macam wanita juga kan? Sebab itu sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah :)

6 comments:

  1. cantik... kalau dikeringkan then laminate buat bookmark... lagi canteeek

    ReplyDelete
  2. lah...boleh tak perasan bunga hidup...hehehe.
    nice roses.

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt roses..dah lama tak dapat..takder sapa nak bagi..huhuhu

    ReplyDelete
  4. yangbaik,
    ingat nak laminate yg segar jer... boleh tak? :D

    ReplyDelete
  5. ieda,
    tula pasal mlm tu dewan suram saje cahayanya, nak bagi feel masa tayangan video, rose sy pegang cam keras jer tu yg ingat bunga plastik ;)

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    takper bunga ni simbolik sajer, hati yg sentiasa berbunga-bunga pun ok :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails