Skip to main content

Gift from 1Superkids-MBP Family Day

Kami semua ke Wisma Bling Lustre pada Ahad lepas untuk sama-sama meriahkan 1Superkids-MBP Family Day, dah namanya Family Day ramai yang datang dengan family masing-masing, suami isteri dan anak-anak yang kiut-miut dan comel-comel semuanya ;)

Anak-anak memang teruja dengan hadiah yang mereka dapat tak kisah walaupun hanya sebiji gula-gula atau lollipop, tersenyum lebar hingga ke telinga dan duk bercerita lah selagi ingat. Masa Family Day tempohari Hakim masuk coloring contest (rasanya bukannya contest sangat tapi gift for kids yang participate) dan dapat red doggy pencil case yang chomel ni, mula-mula geli jugak sebab tengok doggy tapi sebab kiut ok lah, warna merah pulak tu memang tak tahan... anak-anak memang suka color red! Tengok lah tu Aiesyah dan Umar duk main red doggy pencil case, Hakim bagi kat Aiesyah sebab dia dah ada yang lain dan tak muat nak masuk pencil color dia yang banyak dan panjang-panjang tu.

Selain itu dapat jugak bag Playhouse Disney color kuning yang sangat cantik ni :D

Masa nak balik ada bling babes yang offer Hakim cupcakes, tapi Hakim tak nak, bila dia pujuk cakap see ada rainbow, terus Hakim amik, tengok ni monster cupcake nak makan pun sayang.

Ni antara doorgift yang diberikan semasa pendaftaran, ada snack, Majalah Nur, Majalah E-Baca untuk anak-anak, coupon, voucher etc. Apa yang menarik ialah manik bling-bling ni, cantik jika diletakkan di awning tudung atau baju. Tapi saya tak tahu macamana nak lekatkan manik-manik ni kat tudung...... :(
Ada sesiapa yang boleh tolong instruct bagaimana nak buat tak? Very appreciate it!

Comments

  1. tadi saje pi menayang beg PHDC ni bawak CD...

    ramai yg tegur, very nice bag... where u get this?

    I senyum jer.... :D thanks to 1 superkds-MBP

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...